Sunday, 29 June 2014

Waris Pemuda Mati Dicari



Mohon Bantuan Kesan Waris Teman Serumah

MENERUSI beberapa status yang dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Aku Pelik atau nama sebenarnya Haffiz, dia memohon orang ramai untuk membantunya mengesan waris teman serumahnya yang baru meninggal semalam.


Haffiz tersebut memberitahu, teman serumahnya yang bernama Rudy Salam Bin Arman Daris itu meninggal dunia kerana sakit dan majikannya tidak mempunyai maklumat mengenai keluarga arwah.Berikut merupakan status penuhnya:

“Salam sahabat2 semua..Tolong khabar2kan dan sebarkan2 terutama warga Johor..Housemate saya baru sahaja meninggal tadi, 28 June 2014 ( 6pm)… dibawah adalah detail beliau…. tolong hubungi saya dengan segera jika ada apa2 maklumat ttg saudara mara terdekat beliau… saya seorang diri sedang menguruskan hal ini… tolong sy, plez..masalah bertambah apabila beliau dh lama hilang ic, tp xrenew… kt employment form kerja xde detail family, boss dia pun cari sy,cmne???hubungi saya dengan segera : 013-5321224… Haffiz…

Nama : Rudy Salam Bin Arman Daris

Lahir tahun : 87

Panggilan : ady..

Duduk di : shah alam

Pekerjaan : Promoter unifi.

Berasal : Johor

Share sebanyak mungkin…..call me Haffiz – 013-5321224

″Laporan polis sudahpun dibuat dan hasil pencarian sebarang dokumen di bilik arwah tidak menemukan sebarang maklumat.Menurut Haffiz lagi, keluarga temannya itu sudah meninggal dunia dalam kemalangan dan kini mereka sedang dalam usaha mencari saudara-mara terdekatnya.Usaha tersebut agak sukar kerana arwah seorang yang sangat berahsia mengenai hal peribadinya.Apapun, semoga dengan perkongsian ini dapat membantu Haffiz mencari waris teman serumahnya itu dalam masa terdekat. -mynewshub




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 28 June 2014

Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah



Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.

(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—

(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau

(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau

(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undangundang; atau

(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau

(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,

sumber : http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara149-Ma.Html


CONTOH BERITA PALSU YANG DISEBARKAN



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 26 June 2014

Culik Pelajar Sekolah Behrang Berita Palsu

Pada jam lebih kurang 1.00 Tenghari tadi seorang pelajar Fitri Aida pelajar darjah 3 (anak kepada cikgu SK Sg Behrang) dari SKAB Slim River telah di culik oleh 2 orang india. Penculik telah diberkas oleh Polis di Sungkai kerana penculik melanggar sekatan pihak berkuasa Polis. 

Difahamkan juga Fitri Aida diberi ubat pelali untuk tidak melawan dan Alhamdulillah pelajar itu kini dalam rawatan pihak hospital. [BERITA PALSU]

*Ayat diatas copypaste seperti ditulis didalam whatapps dan facebook 

KISAH SEBENARNYA!

SLIM RIVER : Hanya dengan umpan membeli buku, seorang murid tahun tiga nyaris menjadi mangsa rogol selepas dilarikan seorang lelaki dalam satu kejadian culik di sebuah stesen bas berhampiran sebuah sekolah rendah, di sini, semalam.

Bagaimanapun, nasib menyebelahi kanak-kanak berusia 9 tahun itu apabila berjaya melarikan diri di Jalan Slim Lama, Slim Village berhampiran perkuburan Cina, sebelum diselamatkan seorang wanita.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu disedari kakak mangsa berusia 12 tahun yang ternampak kelibat adiknya bersama seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback.


Sangsi dengan keadaan itu, kakak mangsa segera menghubungi ayahnya sebelum satu laporan polis dibuat.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, berdasarkan keterangan mangsa, lelaki berusia 57 tahun itu pada mulanya mengajaknya menaiki kereta dengan alasan untuk ke kedai membeli buku.

Menurutnya, ketika berada dalam kenderaan, suspek telah mengugut mangsa agar tidak melarikan diri sebelum membawanya ke sebuah pondok berhampiran perkuburan Cina.

"Tiba di kawasan itu, lelaki berkenaan mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar.

"Mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut arahan suspek, namun setelah beberapa minit, lelaki itu bertindak meninggalkan lokasi menyebabkan mangsa segera melarikan diri.

"Seorang wanita yang kebetulan melalui jalan berkenaan segera memberhentikan kenderaannya sebaik terlihat kanak-kanak itu yang berlari dalam keadaan ketakutan, sebelum membawanya ke balai polis," katanya.

Identiti lelaki tidak bermoral itu, bagaimanapun berjaya dibongkar dalam tempoh kurang dua jam apabila polis berjaya mengesan kenderaan digunakan suspek kira-kira jam 2.40 petang di sekitar Slim River. - SINAR

Slim River : Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun menempuh detik cemas apabila diculik disebuah stesen bas sebelum dicabul di kawasan kubur Cina Jalan Slim Lama, di sini, oleh seorang lelaki dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu mangsa yang berada seorang diri berhampiran stesen bas itu didekati suspek berusia 57 tahun lalu berpura-pura bertanya kepada mangsa sama ada mahu membeli buku, sebelum mengajak kanak-kanak itu menaiki keretanya.

Suspek kemudian memberhentikan kenderaannya berhampiran kawasan kubur berkenaan lalu cuba pegang dan cium mangsa sebelum meninggalkannya.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan berkata, mangsa dijumpai oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan ketakutan dibawa oleh orang awam ke Balai Polis Slim River untuk tindakan lanjut.

"Bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian oleh seorang lagi anak perempuannya yang melihat mangsa menaiki kereta suspek bertindak melaporkan kejadian di Balai Polis Slim River.

"Berikutan kejadian, suspek yang disyaki memandu sebuah kereta Proton Wira Aeroback terbabit berjaya dikesan dan ditahan dalam satu sekatan polis kira-kira jam 3 petang," katanya.

Menurutnya suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan mencabul. -mymetro


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Kenapa Najib Tidak Rombak Barisan Kabinet?!

ADIL ATAU TIDAK TINDAKKAN PM?

Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan sebab mengapa beliau tidak membuat sebarang perubahan kepada barisan kabinet yang dilantik selepas pilihanraya umum ke 13 lalu.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas umum tambahan anggota kabinet dari pimpinan MCA dan Gerakan Rabu,Perdana Menteri kata beliau berpuashati dengan barisan kabinet berkenaan.


"Kabinet sedia ada hanya dibentuk baru saja setahun, kita perlu beri mereka masa untuk berkhidmat dan kita akan kaji semula jika perlu apabila tiba masanya," katanya.

Najib menjangkakan mereka yang baru dilantik dalam barisan Kabinet itu akan menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan dengan baik.

"Ini merupakan kerajaan Barisan Nasional, oleh itu walaupun kita mewakili parti komponen masing-masing, dalam masa yang sama kumpulan etnik kita juga, tapi jangan lupa kepada tanggungjawab yang lebih besar lagi iaitu kita secara keseluruhannya ialah sebuah kerajaan BN, jadi kita perlu mengmbil kira kepentingan semua komuniti," katanya.

Najib berkata pembesaran Kabinet akan membawa kepada perbincangan yang lebih bermakna di peringkat Kabinet kerana mereka akan berupaya mendapat pandangan yang lebih luas dan pelbagai.

Beliau juga mahu memastikan saiz Kabinet tidak akan menjadi masalah dari segi membuat dan melaksanakan sebarang keputusan.

Mengenai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang memandangkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak lagi memangku jawatan menteri pengangkutan, Najib berkata perbincangan akan diadakan antara Hishammuddin dan Liow mengenai tindakan seterusnya berhubung MH370.

Sementara itu berhubung kekosongan kerusi timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berikutan peletakan jawatan P.Waytha Moorthy, beliau berkata tiada keperluan untuk mengisi kekosongan itu.

Beliau berkata ini kerana terdapat satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal kaum India dan semua menteri serta timbalan menteri yang mewakili kaum India telah diberi tugas dan tangungjawab masing-masing secara terperinci.

"Satu unit juga telah diwujudkan di JPM untuk membantu dari segi memantau keputusan dan cadangan baharu kepada pihak kerajaan, jadi masalah kaum India tetap diberi perhatian berat oleh kerajaan," katanya.

Mengenai pertambahan timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Najib berkata terdapat keperluan untuk pelantikan itu bagi menangani tugas-tugas tertentu terutama isu berkaitan kaum.

Misalnya pelantikan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jeas beliau adalah termasuk untuk berurusan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kaum Cina.

Pelantikan Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan boleh membantu berurusan dengan usahawan kecil dan sederhana yang banyak terdiri daripada kaum Cina, katanya.- 25/6/2014

Semalam meriah para penyokong parti politik menghentam DS Najib kononnya "Dalam hati ada cina" yang merujuk kepada MCA.

Seluruh rakyat diberi peluang memilih pemimpin pada masa PRU13 lepas atas kredibiliti pemimpin itu hari ini walaupun pembangkang dengan mengunakan pelbagai tipu helah dan janji munafik untuk meraih undi dan berusaha mengangkat seorang peliwat sebagai perdana menteri.

DS Najib mungkin dilihat memperjudikan nasib BN dengan meletakkan kepala kepala perang MCA dan GERAKAN didalam kabinet pada kali ini memandangkan MCA dan GERAKAN sudah mempunyai tampuk kepimpinan yang baharu.

Jika sentimen perkauman menebal lantaran dari ajaran Anwar pada zaman kegemilangan beliau dalam UMNO dahulu untuk diheret kepada zaman ini, mohon jauhkan.

Terlalu banyak sifat kebencian yang terlalu mendalam didalam diri rata rata orang Melayu yang naif membezakan parti politik dan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia mahu menghukum tindakan DS Najib yang kononnya "hati cina" sedarkah DS Najib adalah ketua kepada RAKYAT MALAYSIA bukannya hanya KETUA KEPADA ORANG MELAYU.

Jika segelintir UMNO yang tidak suka akan tindakkan DS Najib berkerjasama dengan orang bukan melayu itu adalah pendapat peribadi sendiri yang merasakan kononnya DS Najib menagih undi cina itu adalah satu perkara yang terpesong jauh. DS Najib bertindak atas kapisiti seorang pemimpin semua kaum. bukannya Melayu sahaja. Adakah Melayu hari ini terhimpit kerana DS Najib dengan dasar kerajaannya?!

Adakah DS Najib tidak pernah mengendahkan orang melayu?! Beri beliau peluang untuk memimpin dengan cara beliau. Sebagai penyokong sewajarnya membezakan pendirian sebagai ahli parti dengan rakyat Malaysia.

Orang cina ka..India ka..melayu ka...KITA ORANG MALAYSIA!!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Nota Terakhir Mona Fandey [pengalaman wartawan]

AKU mulakan tulisan ini dengan nama Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. Hatiku kian sebak hanya kerana Allah Maha Esa Maha Mengetahui. Kenapa? Mengapa? Kerana Allah SWT yang menentukan segala-galanya.

Sebelum ini aku tidak pernah mengerti apakah yang dikatakan bahagia. Aku bertanya kepada teman. Ada yang mendefinisinya sebagai suatu keadaan perasaan. Ya, gembira satu perasaan.

Ada pula orang kata, gembira tidak mengisi atau menepati makna bahagia. Namun, aku pasti ia suatu keluarbiasaan. Tetapi, dapatkah merasainya?

Akhirnya aku menemuinya, aku berasa sungguh bahagia, tiada kata-kata untuk diungkapkan. Bahagia ini datang menerpa jiwaku dengan tiba-tiba. Saat itu aku di dalam Masjid Nabawi di Madinah.

Pertama kali aku melangkah masuk ke masjid nan suci itu. Masjid menempatkan makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW, junjungan kita. (Ketika itu aku mengerjakan umrah pada 2008. Tahun berikutnya, dengan izin Allah SWT aku dapat menunaikan haji, Alhamdulillah).

Aku masih ingat lagi saat-saat itu. Pada masa itu, aku sebak, sedih bercampur. Ya, rasa ‘bahagia’ atau rasa yang menerjah kalbu. Dengan air mata, aku menadah tangan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi. Ya Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih, aku datang dari jauh dan mendirikan solat di Masjid Nabawi.

Di Madinah yang menyaksikan pengorbanan dan perjuangan junjungan besar kita untuk menyelamatkan kita daripada kejahilan. Aku berasa hampir dengan-Mu, Ya Allah. Di benakku, aku menghitung hari seterusnya berpeluang mendirikan solat di Masjidil Haram di Makkah pula, dengan izin-Nya. Pasti perasaan bahagia ini berulang-ulang selama aku di tanah suci.

Sebagai manusia yang mempunyai perasaan, pengalaman duniawi menjamah jiwaku. Menjalankan tugas sebagai wartawan mahkamah menemukanku dengan hamba-hamba-Nya yang tersisih daripada masyarakat. Setiap hari aku melihat pemandangan yang akan mengecutkan jiwa kecil.

Saban hari aku melihat tertuduh diberkas dan diganding untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka akan mendapat hukuman kerana melanggar undang-undang jenayah dan sivil.

Di tanah suci, ingatanku kembali kepada mereka, terutama sepasang suami isteri. Dan, hati terdetik, jikalau pasangan suami isteri itu tahu kebesaran Allah. Sedarkah mereka akibat perbuatan yang akan menerima azab Allah kelak. Azab-azab yang diulang-ulang dalam firman Allah dan hadis Rasul. Hatiku mengeluh, sekiranya mereka mengingati Allah SWT semua ini tidak akan berlaku.

Tetapi, ustaz pernah mengajar, tidak perlu kata ‘kalaulah’ kerana semua yang berlaku itu satu ketentuan Allah SWT. Aku menghadiahkan al-Fatihah kepada kedua-duanya. Ya Allah ampunkan mereka berdua, doaku untuk mereka di masjid suci itu. Umum tahu siapakah pasangan yang meninggalkan nama.

Nama sebagaimana? Nama yang dirujuk sebagai kes-kes jenayah dalam pengajian bidang guaman? Rentetan hidup pasangan ini menjadi bualan waktu itu. Mereka pergi sebagai manusia yang dikenali kerana jenayah dilakukan. Tetapi adakah orang yang terfikir untuk ambil kisah mengapa jenayah sedemikian terjadi?


Mengimbas pengalaman lama, lebih lima bulan aku dan rakan-rakan wartawan membuat liputan kes perbicaraan pasangan ini di Mahkamah Tinggi Temerloh, sekitar tahun 1994/95. Isterinya mesra dengan nama Mona Fandey. Suaminya, Mohd. Affandi Abdul Rahman. Kedua-duanya menyara hidup dengan mendakwa sebagai bomoh.

Mereka diberkas dan dibicarakan atas tuduhan membunuh Allahyarham Datuk Mazlan Idris yang pada masa itu wakil rakyat negeri Pahang. Satu pembunuhan yang teramat kejam.

Aku tidak ingin mengungkit kembali fakta yang dibentangkan dalam kes mereka. Hanya untuk membawa pembaca mengenangkan arwah Mona Fandey. Dia seorang wanita ayu. Mona Fandey seperti wanita lain juga. Dia ada impian untuk berjaya dalam hidup. Salah satu impiannya ingin jadi penyanyi.

Mona Fandey seorang isteri yang sangat mencintai suaminya. Dia meluahkan perasaan hatinya dalam nota autograf yang aku ambil daripadanya dan kini tersimpan sebagai khazanah peribadi. 

Bunyinya ringkas: “Saya ingin hidup dan mati bersama suamiku.”

Ya, dia mencapai keinginannya itu. Dia mati bersama-sama suaminya. Mereka berdua dihukum gantung sampai mati atas kesalahan membunuh di bawah jenayah berat undang-undang Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sepanjang pasangan itu dibicarakan, mahkamah penuh sesak. Pada satu ketika timbul kejadian mistik yang sehingga sekarang jadi persoalan tanpa jawapan. Pada suatu pagi kes mereka, tiba giliran doktor forensik yang bedah siasat anggota mayat mangsa yang mati dalam keadaan ngeri dikerat-kerat 18.

Hadirin di mahkamah senyap sunyi. Cerita doktor terasa ngeri, seram remang bulu roma. Tidak semena-mena kedengaran bunyi ‘keruk-keruk’. Para hadirin memandang sesama sendiri.

Dada akhbar esoknya memaparkan bermacam versi yang kebanyakannya mengatakan satu bunyi menakutkan. Tetapi Utusan Malaysia melaporkan berita eksklusif. Pada petang itu, aku memperoleh maklumat daripada sumber bahawa ia adalah bunyi itik-itik jawa Mona Fandey yang mati beragan (kelaparan) di Kampung Hulu Dong, Raub.

Seorang wartawan wanita pula yang menemui Mona Fandey di lokap untuk bertanya resolusi tahun baharu, pada malamnya dikatakan mengigau menghempas muka ke lantai simen tandas hinggakan pipi dan bibir berdarah.

Aku masih ingat, Mona Fandey memberi amaran kepada wartawan supaya tidak menokok tambah apa yang dikatakannya pada masa dia bersama-sama suami dan pembantunya, Juraimi Husin dibawa menaiki trak untuk balik ke Penjara Kajang. Hukuman mati sudah dijatuhkan.

“Saya nak senyum.” Itu kata-kata akhir Mona Fandey kepadaku apabila ditanya apa yang akan dibuatnya menghabiskan sisa-sisa waktu di penjara. Manakala Mohd. Affandi pula kata, dia hendak beramal ibadat dan Juraimi mengatakan dia hendak mengaji al-Quran.

Semasa itu, fikiranku terasa berat. Mona Fandey kata dia nak senyum? Kata-katanya mengandungi amaran pula supaya tidak tokok tambah. Sepanjang perjalanan balik ke ibu pejabat Utusan, aku tidak berhenti berfikir. Apabila sampai di pejabat, aku cerita kepada Ketua Pengarang ketika itu dan beberapa editor yang memberi pandangan berbeza mengenai kata-kata Mona Fandey.

Seorang editor berpandangan, ada sesuatu yang ‘tak kena’ pada wanita ini. Namun aku jawab, tidak. Kata-kata Mona Fandey dalam maknanya. Aku beri hujah bahawa simboliknya dia pasrah nasib yang telah menimpa dirinya.

Keesokannya, keluar tajuk besar Utusan Malaysia, “Saya nak senyum.” Waktu itu akhbar Utusan Malaysia laris macam goreng pisang panas. Apabila dikenangkan, aku pun rasa nak senyum. Kenapa? Akhbar berbahasa Cina turut mengambil kesempatan memaparkan gambar-gambar yang dikatakan seolah-olah mendewakan wanita ini.

Hal ini berlaku di peringkat dia hadir perbicaraan di mahkamah. Aku masih ingat bagaimana dia menonjolkan diri dengan keterampilan berpakaian kemas bermacam fesyen pada setiap hari. Jelas dia seorang wanita yang mempunyai cita rasa tinggi kepada kemewahan.

Cita-cita yang tidak kesampaian Mona Fandey untuk menjadi penyanyi. Dalam ceritanya kepada hakim, Mona Fandey mendakwa ketika pegawai polis menyoal siasat, dia minta untuk menyanyi.

Dalam filem Hindustan, katanya, orang tidak jemu menonton sebab hero bercinta menyanyi, putus cinta menyanyi, masak di dapur menyanyi dan mengiring orang mati pun menyanyi. Apa yang menariknya, Mona Fandey meminta izin hakim agar dibenarkan dia menyanyi sebuah lagu dalam mahkamah.

Hakim bijaksana tidak membenarkan. Jika dibenarkan pasti gempar mahkamah jadi pentas hiburan. Aku berdoa kepada Allah SWT untuk mengampunkan dosa semua hamba-Nya dan diberi taufik serta hidayah kepada yang masih terpesong.

Bahagia menjelma apabila kita dapat merasai keesaan-Nya. Kebahagiaan yang abadi. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada ketiga-ketiga hamba-Nya ini.



MORAL - "Jangan main bomoh"

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 25 June 2014

Khalid Ibrahim Letak Jawatan : Sam Ketot Suruh Khalid Berundur

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak untuk memberikan sebarang kenyataan mahupun pandangan berhubung desakan segelintir pihak yang menginginkan beliau melepaskan jawatannya sebagai pentadbir nombor satu negeri itu.

Itu respon yang diterima wartawan ekoran desakan secara terang-terangan oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin semalam yang meminta Khalid untuk melepaskan jawatannya itu.

“Kami di dalam mesyuarat exco tidak mengambil masa untuk membincangkan soal itu,” katanya di dalam sidang media yang diadakan sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat exco pada Rabu.


Untuk rekod, PKR sebelum ini lantang meminta Khalid untuk melepaskan jawatannya itu ekoran beliau dilihat kerap mengambil keputusan membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) Selangor.

Isu Rampasan Bible Bahasa

Dalam masa yang sama, Khalid turut memberikan perkembangan semasa berkenaan kes rampasan bible Januari lalu melibatkan Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Menurut beliau, kerajaan negeri sedang menunggu arahan daripada pihak Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya berhubung status bible yang masih berada di bawah simpanan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Saya akan dapatkan laporan itu dahulu dari pihak peguam negara, selepas itu baru saya boleh beritahu tindakan apa yang akan diambil (sama ada pulangkan semula bible atau lupus).Bible itu sekarang masih ada di bawah jagaan JAIS, kitab itu tidak dilupuskan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sultan Selangor Sultan Saharafuddin Idris Shah telah menitahkan JAIS segera merujuk kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan sama naskhah Bible yang dirampas akan dipulangkan atau dilupuskan.

Titah berkenaan selari dengan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara, agar JAIS bertindak mengikut undang-undang. -bnbbc.my

Tidak harianlah pemilihan PKR kali ini penuh dengan insiden berdarah kerana ada sesuatu yang jelas diselindungkan oleh mereka sendiri.





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Gugur Menteri Kabinet Malaysia Jun 2014?!

Perlantikan Menteri Baru daripada MCA GERAKAN ke dalam kabinet bersesuaian dengan konsep perkongsian kuasa BN. Semua pemegang jawatan utama dalam parti komponen BN adalah pemegang kuota jawatan dalam kabinet. (tiada Menteri sedia ada digugurkan dari kabinet)



1. Liow Tiong Lai - Menteri Pengangkutan
2. Mah Sew Kong - Jabatan Perdana Menteri
3. Wee Ka Siong - Jabatan Perdana Menteri
4. Lee Che Leong - Timbalan Menteri, MITI
5. Chua Che Yong - Timbalan Menteri Kewangan
6. Senator Chu Mei Fun - Timbalan Menteri Wanita


MCA dan gerakan yang tidak berada dalam kabinet malaysia 2013 adakah disebabkan ,
  • MCA sendiri menolak perlantikan itu ketika dibawah pimpinan Chua Sou Lek , tetapi apabila MCA bertukar kepimpinan baru , ahli parti itu mahukan semula MCA didalam kabinet.
  • GERAKAN pula tidak didalam kabinet kerana kepimpinan lama parti itu tidak menang kerusi ahli parlimen , sehingga di PRK Teluk Intan baru baru ini.

Pentadbiran PM tidak pun membuat rombakan kabinet pada kali ini dn PM tak pernah pun berkata beliau berhasrat merombak kabinet,Yang mengatakankan berlaku rombakan kabinet ialah pihak media dan pemimpin dan menteri menteri kerajaan media sosial Malaysia.

Contoh pembohongan terang terangan portal pro-pembangkang


Pertambahan menteri dan timbalan menteri dalam kabinet Malaysia kali ini bersesuaian dengan konsep kongsi kuasa Barisan Nasional. (Manakala PEMBANGKANG mengamalkan PECAH & PERINTAH)

Kaedah politik baru kepimpinan MCA GERAKAN harus dimanifestasikan melalui jawatan menteri yang diberikan melalui gerak kerja yang harus mendatangkan faedah dan impak kepada rakyat jelata khususnya kepada bangsa cina.

Pentadbiran PM harus melihat Kelemahan Kementerian tertentu yg dikecam rakyat dan harus memperbaikinya kerana kelemahan menteri tertentu amat jelas dan mengecewakan aspirasi rakyat jelata.

Walaubagaimana pun , 1 rombakan kabinet harus dipertimbangkan pentadbiran PM dalam kadar segera bg menstabilkan kelemahan tertentu jentera pengurusan utama negara.

- rakan admin

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 24 June 2014

Polis Dedah Perihal Info Tiga Gadis Dibunuh Di Putrajaya

Lantaran mudahnya komunikasi seperti whatapps dan facebook pelbagai info palsu mudah diserap oleh mereka mereka yang mengambil jalan menyebarkannya tanpa merujuk sumber yang benar.

gambar hiasan

SEBARAN MAKLUMAT TIGA GADIS DIBUNUH DI PUTRAJAYA TIDAK BENAR

Penyebaran maklumat berhubung dakwaan kononnya berlaku pembunuhan terhadap tiga gadis di belukar Presint 15, Taman Rimba, Putrajaya adalah TIDAK BENAR.

Hasil semakan yang dibuat menunjukkan tiada sebarang maklumat dan laporan polis diterima setakat ini.

Walau bagaimanapun, orang ramai khususnya mereka yang keluar bersendirian dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam.

Tindakan penyebaran maklumat tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD 
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
BUKIT AMAN.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Negara Paling Kecil Didunia?!

Negara paling kecil didunia yang letaknya di laut lepas sekitar 13 kilometer dari Suffolk, United Kingdom. Luasnya hanya 4 km persegi.

'Sealand' bukan sebuah pulau, melainkan struktur bangunan di tengah laut yang didukung oleh dua menara besar. Jadi tak ubah seperti rig gerudi minyak. Walau tanpa perlombongan minyak tentunya.

Jangan terkejut bendera PAS dikesan disitu..kikiki

Struktur ini dibina oleh Tentera Laut Kerajaan Inggeris. Namun pada tahun 1968 mahkamah memutuskan struktur tersebut berada di wilayah perairan antarabangsa, dan ertinya di luar bidang kuasa Inggeris.

Kemudian datanglah sekumpulan orang dari Belanda ingin mengambil alih Sealand. Seorang lelaki bernama Michael Bates melawan dengan menggunakan helikopter. Bates menang, dan ia menobatkan diri sebagai Pangeran Sealand.

Hebatnya, Sealand mempunyai setem sendiri, lagu kebangsaan, wang, hingga bendera kebangsaan. Ironis, kewujudan Sealand jadi polemik bagi dunia antarabangsa. Negara ini tidak menjadi anggota PBB, dan pada tahun 1987 Inggeris memperluaskan wilayah perairannya hingga mendakwa Sealand masuk ke dalam kekuasaan Inggeris.


Walau demikian Bates tetap melawan dan mengemukakan banyak hujah kalau Sealand sah menjadi negara yang berdaulat. Alasannya tetap, Sealand tidak masuk wilayah negara mana pun saat dibina. Tambahan pula, orang-orang Belanda yang kalah melawan Bates ditahan dalam penjara dan banyak negara yang menyeru agar Bates membebaskan mereka. Ini bermakna, kalau Sealand bukan negara, mana mungkin mereka meminta hal tersebut?

Menurut wikipedia, jumlah populasi di Sealand pada 2004 berjumlah 27 orang. Nyatanya, kini hanya ada 4 -  sumber



Info piala dunia 23/06/2014

Belanda kini mendahului kumpulan B dengan rekod bersih tanpa kalah satu pelawanan:


Peace!hehehe...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 23 June 2014

Pemilihan PKR : Samseng Kota Raja Cetus Tragedi Berdarah

Pemilihan semula Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kota Raja hari ini dicemari suasana tegang serta aksi pergaduhan, seolah-olah menunjukkan parti itu dianggotai ramai gengster dan samseng.

Ketegangan bermula pada kira-kira pukul 4.15 petang apabila salah seorang pengundi dikatakan cuba mensabotaj proses pemilihan dengan merosakkan peti undi.

Tindakan lelaki itu menyebabkan suasana dalam Dewan Serbaguna Klang Jaya, Taman Desawan di sini kecoh sehingga dapat didengari para penyokong di luar dewan.

Suasana menjadi panik apabila beberapa petugas urus setia meluru keluar dewan dan mengarahkan pintu bangunan itu dan pagar ditutup.


Arahan berkenaan menyebabkan para penyokong cuba masuk tetapi dapat dihalang petugas urus setia, namun ada di antara mereka berjaya meloloskan diri dengan memanjat pagar.

Di luar dewan, suasana cukup tegang antara para penyokong termasuk adegan membaling kerusi.

Bagaimanapun, kecekapan anggota-anggota polis berjaya mengawal keadaan daripada menjadi lebih serius, malah tiada peti undi dilaporkan rosak. Sebanyak dua pengundi dan penyokong cedera dengan luka pada kepala.

Berikutan kekecohan tersebut, proses pemilihan semula cabang berkenaan yang sepatutnya tamat pada pukul 5 petang diawalkan kira-kira 25 minit. Peti-peti undi kemudian dibawa ke Ibu Pejabat PKR dengan diiringi kereta peronda polis.

Usaha media untuk mendapatkan penjelasan daripada beberapa urus setia dan pemimpin PKR yang hadir gagal kerana masing-masing enggan mengulas kejadian tersebut.

Sebelum itu, kekecohan sudah pun berlaku sejak proses pemilihan bermula, antaranya apabila beberapa pengundi yang sedang mengundi di dalam dewan diarah keluar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar yang juga penyandang jawatan ketua cabang Kota Raja pada kira-kira pukul 11.30 pagi.


Pengundi terbabit diminta menyemak semula nama dalam senarai berdaftar oleh Xavier yang mengesyaki mereka sebagai 'pengundi hantu'.

Dakwaan tersebut membuatkan beberapa penyokong berang dan ada yang melemparkan rasa tidak puas hati kepada Xavier.

Salah seorang penyokong, K. Krishnan, 55, memberitahu, dia mempersoalkan tindakan Xavier itu yang dilihatnya seperti menyalahgunakan kuasa wakil rakyat.

"Apa kuasa kamu memanggil mereka? Kamu hanya wakil rakyat. Apa mahu gaduh-gaduh?," soalnya kepada Xavier. Bagaimanapun, dia berjaya ditenangkan oleh penyokong-penyokong lain. 

Video dalam dewan sini


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pemilihan PKR : Pemilihan Kota Raja Bertukar Ganas! [video]

Proses pemilihan semula jawatan PKR Kota Raja di sini hari ini (semalam) bertukar ganas sehingga mengakibatkan dua lelaki cedera dalam pergaduhan semasa sesi pengundian.

Wartawan Bernama di pusat pengundian iaitu Dewan Klang Jaya di Taman Desawan mendapati pergaduhan yang tercetus pada kira-kira 4.15 petang itu bermula dari dalam dewan menyebabkan penyokong calon yang berada di luar berang.

Seorang saksi yang enggan dikenali mendakwa pergaduhan itu bermula apabila seorang pengundi dipercayai cuba memecahkan peti undi selepas membuang undinya sehingga menimbulkan kekecohan.

Penyokong calon yang mengetahui insiden itu merempuh pagar pusat mengundi namun dihalang Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang mengawal ketat pintu masuk utama ke dewan berkenaan.

Situasi tegang itu bertambah `panas' apabila ada penyokong calon di luar dewan mula membaling kerusi antara satu sama lain.

Kedua-dua mangsa, yang dipercayai penyokong dan pengundi, cedera di bahagian kepala menyebabkan proses pengundian semula cabang berkenaan terpaksa dihentikan setengah jam lebih awal.

Difahamkan pengumuman penutupan pusat mengundi itu dibuat wakil JPP atas faktor keselamatan namun beliau menyatakan peti undi tidak dirosakkan dan dihantar ke ibu pejabat PKR dengan diiringi polis untuk proses pengiraan pada kira-kira 5.30 petang.

Terdahulu, beberapa penyokong melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan seorang calon yang juga penyandang Ketua Cabang Kota Raja Dr Xavier Jayakumar kerana mengarahkan sekumpulan pengundi keluar dari dewan pengundian.

K. Krishnan, 55, mendakwa Xavier yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Andalas cuba menyalahgunakan kuasanya sebagai wakil rakyat.

"Apa kuasa dia mahu panggil mereka? Dia hanya wakil rakyat, jadi mengapa mahu gaduh-gaduh. Dia panggil suruh periksa nama guna senarai dia sebab takut kalah sedangkan kita sudah periksa di pihak kita, memang nama ada,'' katanya.

Pemilihan PKR di Selangor dilakukan semula selepas berlaku kekecohan pada 11 Mei lepas, yang menyaksikan 11 daripada 22 cabang terpaksa menjalani proses itu sekali lagi.

Sementara itu, di NIBONG TEBAL, pemilihan semula jawatan PKR sedikit kecoh apabila penyokong calon bertanding bertikam lidah ketika proses pengundian di Dewan Serbaguna Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Seri Ampangan.

Proses pengundian yang bermula pukul 10.30 pagi itu tegang apabila penyokong penyandang Ketua Cabang Nibong Tebal Datuk Maktar Shapee dan seorang calon Datuk Mansor Othman, yang juga Anggota Parlimen Nibong Tebal, cuba meraih undi anggota PKR yang hadir untuk mengundi.

Penyokong Maktar, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap, dan Mansor dilihat saling melakukan provokasi sehingga menyebabkan mereka hampir bertumbuk, bagaimanapun, urus setia pemilihan berjaya meleraikan keadaan itu.

Dalam pada itu, difahamkan pemilihan semula Cabang Nibong Tebal diboikot penyokong Maktar selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan tarikh pemilihan semula yang diputuskan PKR pusat.

Penyandang Timbalan Ketua Cabang Nibong Tebal Mohd Kamil Abu Bakar berkata pihaknya memboikot pemilihan semula itu kerana mendakwa mereka hanya dimaklum mengenai perkara berkenaan empat hari sebelum pengundian berlangsung berbanding penyokong Mansor yang dimaklum tiga minggu lebih awal.

``Kami ada menghantar surat kepada JPP minta ia diadakan pada 28 Jun namun tidak mendapat maklum balas. Justeru, kami memutuskan untuk boikot pemilihan ini kerana kekurangan masa untuk berkempen dan bertemu penyokong berbanding pengikut Mansor yang sudah membuat persediaan awal,'' katanya ketika dihubungi.

Proses pengundian yang berakhir pada 5.30 petang itu menyaksikan sebanyak 412 daripada 3,758 anggota PKR cabang Nibong Tebal yang layak mengundi, hadir membuang undi.

Proses pemilihan PKR Cabang Nibong Tebal dilakukan semula selepas berlaku kekecohan pada 4 Mei lepas apabila keputusan pengundian dibatalkan gara-gara terlebih undi.

Difahamkan jumlah kertas undi yang diterima ialah 838 keping berbanding senarai daftar sebanyak 672 orang. - BERNAMA


Sebelum ini insiden sama seperti ini belaku juga pada 11 Mei lepas yang membawa kepada pemilihan semula. Baca sini http://celahgelegar.blogspot.com/2014/05/bila-parti-liwat-berlagak-adil-peti.html



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 22 June 2014

Ibu Remaja Dikurung Telah Diberkas!

Ibu remaja Orang Kurang Upaya (OKU) yang dijumpai dikurung seorang diri di sebuah unit Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai awal pagi Sabtu diberkas sebaik pulang ke rumah untuk siasatan lanjut.


Wanita terbabit dilaporkan berasal dari Sabah dan difahamkan kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Di dalam satu kenyataan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ibu remaja lelaki itu sudah berpisah dengan suaminya.

Rohani berkata Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan sedang melakukan siasatan setelah melawat remaja itu di hospital di mana dia diserahkan.

Siasatan awal mendapati ibu remaja itu menafikan yang anaknya dikurung dan diabaikan. Dia turut mendakwa telah terputus hubungan dengan bapa anaknya itu setelah mereka bercerai.

“Buat masa ini, siasatan terperinci sedang dijalankan dan sekiranya didapati berlaku pengabaian terhadap anak OKU tersebut, kita akan menempatkan remaja itu di sebuah pusat kendalian JKM,” kata Rohani.

Tambah beliau, JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan remaja malang terbabit. Jabatan Imigresen pada awal Sabtu menemui remaja OKU yang dipercayai menghidap penyakit ‘cerebral palsy’itu ketika melakukan Operasi 6P.

Mangsa ketika itu didapati berada di dalam keadaan yang amat menyedihkan dengan keadaan fizikal yang lemah dan tidak bermaya.

Mangsa dijumpai di dalam sebuah bilik yang dipenuhi sampah dan najis.

Sebaik dijumpai, remaja itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pemeriksaan.- astroawani


Berdondang sayang semua 1Malaysia menghentam si Ibu kononnya zalim dan tidak perikemanusiaan seolah olah tidak ada hak untuk membela diri. Sungguhpun perbuatan si ibu itu salah tidak wajar kita menyerangnya hanya kerana sogokkan nafsu.

Sabar, Negara ini ada undang-undang..Bukan membela tetapi kita kena rungkai setiap segi permasalahan ini untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang lagi. Duk maki hamun si Ibu pun tak guna benda dah terjadi (mungkin hukuman setimpal wajar dijatuhkan kepada beliau selepas diadili).

Biar pihak yang berwajib membuat siasatan dan semoga perkara sedemikian ini dapat kita tangani dengan sebaik nya.

Admin percaya bukan anak ini sahaja yang mengalami nasib sebegini malah banyak lagi tetapi tidak didedahkan pada umum.

Jika dilihat dari perspektif kita sebagai rakyat Malaysia apakah yang membuatkan si Ibu tidak berakal untuk membiarkan anak kesayanganya sedemikian rupa?!

Nampaknya Jabatan Kebajikan Masyarakat mungkin boleh beri maklumat yang tepat KENAPA BOLEH BELAKU BEGINI..Susah nak dapat bantuan ke?!!!!


laporan Metro :

Tiada Siapa Sanggup Menjaganya Kerana Dia Cacat Ketika Saya Keluar Mencari Rezeki

Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.

“Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

Sumber : Harian Metro

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pemilihan PKR 2014 : Tragedi Berdarah Sehari Sebelum Pemilihan Kuala Langat [Video+Gambar]


Video yang dikongsikan oleh facebook Isupolitiksemasa ini didakwa kejadian di Kuala Langat semalam yang membawa kepada kejadian berdarah seorang penyokong Khalid juga merupakan anggota JPP Pemilihan PKR 2014.

Diawal penyebaran video ini ada yang mendakwa kumpulan penyokong Abdullah Sani yang membuat serangan ini kerana tidak berpuas hati dengan Khalid.













للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 21 June 2014

Wan Azri Mampu Bayar RM100 Sebulan?

"Saya cuba mohon dengan mahkamah untuk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan," kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.

Katanya, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dengan Anwar sendiri.

Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dengan dihadiri peguam Shahid Adli yang mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yang mewakili diri sendiri.

Shahid berkata, Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untuk membenarkan penangguhan.

Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yang memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.

Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata, daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. - Bernama







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 20 June 2014

Naga Ditemui Di Johor?!

Negara digemparkan dengan penemuan seekor naga berwarna putih yg tampak real dan menjadi perbualan hangat di kedai kopi pak saleh dan kedai kopi pak leman..

Begitu juga perbualan hangat turut didendangkan di kopitiam2 dan warung2 patani di seluruh negara.. Masing2 ada pendapat masing2 dengan debat yg hebat seperti persidangan di Parlimen.


Segala cerita dongeng dan tahyul dibualkan termasuk abg2 lebai yang lepak di hadapan surau selepas solat maghrib sementara menanti solat isya.

Akhirnya misteri penemuan seekor naga yang didakwa telah dijumpai di negeri Johor telah pun terbongkar. Ada sumber mengatakan gambar tersebut dimuatnaik dari sebuah laman web dari negara cina dan dikongsikan di laman sosial fesbuk..

Hakikatnya rakyat Malaysia memang suka cerita yang sensasi dan meletop.. tak kira lah apa cerita sekali pun.. semua nak share dan sebarkan tanpa mengetahui perkara sebenar.. hakikatnya akan ada kebenaran yg muncul di akhir cerita..

Teknik ini lah yang diamalkan oleh penggiat media sosial pembangkang.. apa jua cerita termasuk pembohongan akan disebarkan sesungguh2nya tanpa mengetahui kebenaran cerita tersebut.. oleh itu.. jangan percaya 100% apa yang anda jumpa di laman sosial.. anggaplah semuanya dusta belaka.. sekian.. wancikgumuzik



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!