Wednesday, 30 April 2014

Video Berkenaan Blackout Pemilihan PKR dalam Bilik Hotel



Video ini menguatkan lagi statement Prof. Datuk Dr. Zainal yang berbunyi "Sudah biasa menipu, Tidak Hairan keputusan pemilihan PKR pun tak telus" 

Apa yang dapat diulaskan disini tindakan PC ini bakal menyaksikan Azmin Ali akan di heret keluar dari PKR hanya kerana perselisihan antara mereka sendiri mengenangkan Anwar bakal ke penjara inilah masanya mereka ibarat "kambing terlepas kandang dan akan meragut segala yang Anwar tanam".

Walaubagaimanapun ini tidak menjadi kudis kepada kerajaan yang memerintah hari ini kerana PKR sendiri gagal mengaturcara partinya dengan baik bagaimana pula untuk mempertahankan nasib rakyat.

Sekarang imej Khalid akan dibersihkan oleh tentera-tentera berbayar beliau dalam menjernihkan isu air lombong yang kini nampak mula disalahkan kepada UMNO.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Azmin Bakal Dihukum Anwar?! @azminali @chegubard

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada siapa yang akan terlepas dari tindakan yang bakal diambil Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sekiranya terbukti wujud unsur penipuan di dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung termasuk Mohamed Azmin Ali.

Meunurut beliau, pihaknya memandang serius segala penipuan, kecurangan dan kecuaian yang berlaku dan menegaskan bahawa JPP tidak sekali-kali akan melindungi penipuan.

“JPP bukan macam SPR (Suruhanjaya Pilihanraya), kita tidak sekali-kali akan melindungi penipuan. Datuk Johari Abdul dan Abdul Malek Hussain sudah pergi ke Batang Sadong untuk menyiasat. Sekiranya terbukti adanya unsur penipuan, kita tidak akan teragak-agak untuk batal atau menangguhkan proses pemilihan walau siapa jga calon itu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Selasa. Menurut Anwar, PKR bukan macam SPR yang didakwanya suka menipu dalam pilihan raya.

“Kami tidak akan bertolak ansur sekiranya telah terbukti adanya penipuan. Macam di Setiu pun kami tangguhkan pemilihan sebab tempat mengundi itu tidak relevan, 10 batu jauh dari kawasan orang ramai,” kata Ketua Pembangkang itu.

Pada pemilihan parti 2010, Azmin yang menang jawatan Timbalan Presiden juga dikaitkan dengan kontroversi dalam pemilihan apabila keputusan awal yang dipaparkan melalui laman web rasmi parti itu dikatakan tersilap gara-gara ‘kesalahan manusia’.

Keputusan laman web itu menyiarkan perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, selepas 68 cabang mengundi menunjukkan Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mendapat keseluruhan 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekatnya, Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR (3,051), manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.

Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu sudah tidak dapat lagi diakses selepas ibu pejabat parti itu mengeluarkan keputusan rasmi lain yang menunjukkan angka berbeza iaitu Azmin mendahului Zaid.

Kesilapan keputusan tesebut dikatakan berlaku disebabkan oleh kecuaian individu yang memasukkan dan mengemaskini data serta keputusan rasmi bagi pemilihan tersebut.

Namun, sejauh mana Anwar akan berpegang kepada kenyataan beliau ini memandangkan isu kontroversi pada tahun 2010 bagi pemilihan parti itu juga gagal diselesaikan secara bermoral dan mematuhi perlembagaan parti.

Perkara ini seperti sudah boleh dijangka, Anwar hanya pantas memainkan peranan untuk menutupi kelemahan parti itu dengan cuba mengaitkan cara pengurusan SPR yang didkawa menipu dalam menguruskan perjalan Pilihan Raya di negara ini.


Sedangkan, ramai tahu bahawa PKR sendiri gagal diuruskan dengan penuh integiriti sehingga turut dilabelkan sebagai parti anak beranak apabila jawatan tertinggi parti itu diisi oleh Anwar sekeluarga.

Semalam pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan itu ekoran dakwaan memanipulasi und di cabang batang Sadong. Beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

JPP semalam menegaskan tidak akan bertoleransi dengan pihak yang terbabit jika didapati bersalah dan sekiranya dakwaan terbabit benar.

Dimaklumkan ketika proses pengiraan undi berlaku di dalam tiga bilik hotel bajet, pintu lambat dibuka dan pada masa yang berlaku ‘blackout’. 

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Air Hujan Cara Terbaik Untuk Terus Hidup

Selangor krisis airnya tidak berpenghujung kerana kedaifan pemikiran pemimpinnya yang ego dalam merencanakan agenda kerajaan kepada rakyat.

Semalam berbicara alkisah idea yang amat dangkal dari seorang yang bergelar exco Negeri Selangor yang mana mengesyorkan rakyat Selangor bersyukur sambil menadah air hujan dan berhenti menyalahkan kerajaan negeri kerana isu ini bukanlah kesilapan mereka dan ianya adalah kesalahan total kepada UMNO/BN kerana tidak menurunkan hujan dikala rakyat selangor dahagakan pembangunan dan rezab negeri yang berbilion ringgit untuk kesenangan pentabiran kerajaan Pakatan Pembangkang.


Tidak dinafikan air hujan adalah rahmat Allah swt kepada hambaNya akan tetapi mampukah air hujan HARI INI boleh dinyahasingkan bahan bertoksik yang boleh merosakkan tubuh badan manusia?

Jika dizaman dahulu air hujan jelas diyakini bersih tapi tidak pada hari ini dengan limpahan asap dari kilang dan jentera bermotor amat pasti ia bukan jalan terbaik untuk rakyat selangor menanggung keperitan ini hanya kena nafsu dan ego pemerintah mereka.


Negeri lain juga ada mengalami masalah air, tapi belum sampai tahap nak suruh minum/pakai air hujan. Admin cabar exco tu minum air hujan depan rakyat!BODOH!

KEADILAN UNTUK RAKYAT?!Puiihhh....


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

PKR Sabak Bernam Bertumbuk [video] @najibrazak @tunfaisal


Insiden yang belaku di sekitar sabak bernam dan dilaporkan seorang mangsa diserang/hiris emosinya hingga menangis.

Butirannya dengan anda menyaksikan video dibawah ini :

Daripada itu dikatakan beberapa individu berbaju kuning (BERSIH) memulakan serangan di bilik pengiraan undi semalam. Seorang makcik menjadi saksi kerakusan dan amukan versi BERSIH+HINDRAF yang bakal dipaktikkan semasa himpunan GST pada 01 Mei 2014 di Zoo Negara esok!kung kung kung

Saksikanlah lakonan mantap sivaji the dont care~


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Beruk Pejabat PKR Kemaman Mengamuk

Aktiviti sepanjang tahun ini adalah melihat amukan beruk makyeh..Gambar ini ialah gambar yang disebarkan oleh blogger PR misai lebat yang mendakwa ianya adalah rakaman gambar keadaan di tempat pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai.


Dimana disini penyandang bagi jawatan Ketua Cabang yang ada ialah Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.


Beliau dan penyokongnya dilaporkan memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat bila melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi. - sungaiderhaka


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

SARA 1Malaysia PALSU?!

mesej itu berbunyi :
"Sape2 yg berumur 18-58 thn berpendapatan di bwh Rm 3k, pergi ke Maybank atau PNB ambil borang SARA 1Malaysia segera. Skim ni tak pyh byr apa2 hanya lengkapkan borang mengikut syarat & dptkan t/tangan YB. Slps 5 thn dlm akaun kita akan ada 15k. http://www.sara1malaysia.com.my/n-index.php".

Rakyat Malaysia diacu dengan informasi yang salah dan mengelirukan pemilik telefon pintar dengan menghantar mesej ringkas (whatapps khususnya) yang mana telah menyeleweng fakta dan butiran yang sebenar berkenaan SARA1Malaysia.


Ini cubaan menimbulkan kemarahan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah semoga pihak berwajib dapat menyiasat akan perkara ini.
SARA 1Malaysia had never issued any short messaging service (SMS) as follows:
"Sape2 yg berumur 18-58 thn berpendapatan di bwh Rm 3k, pergi ke Maybank atau PNB ambil borang SARA 1Malaysia segera. Skim ni tak pyh byr apa2 hanya lengkapkan borang mengikut syarat & dptkan t/tangan YB. Slps 5 thn dlm akaun kita akan ada 15k. http://www.sara1malaysia.com.my/n-index.php".
PLEASE IGNORE THE SMS

check sumber sebelum sebarkan!!



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 29 April 2014

Chegu Bard Badut Azmin Jalut

Pemilihan "beruk sarkas" paling rare abad ini?!

Baru selesai peringkat pusingan minggu pertama, proses pemilihan PKR 2014 sudah kecoh dan riuh rendah dengan tuduh menuduh berlaku penipuan undi, tiada ketelusan dan ketidakadilan.

Ia memaksa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR pada Isnin membuat kenyataan akan menyiasat dakwaan mengenai penipuan undi yang dikatakan membabitkan penyandang jawatan Timbalan Presiden Mohd Azmin Ali yang bertanding bagi mempertahankan kerusinya.


Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Johari Abdul berkata, beliau akan terus ke Batang Sadong, dekat Sri Aman, Sarawak hari ini bagi menyiasat dakwaan itu dan akan mengambil tindakan serta-merta jika ia didapati berasas.

“Kalau dapati benar apa yang berlaku kita ambil tindakan sewajarnya dan akan buat makluman di situ dan saya beri amaran tegas. Kami serius.

“Kami akan ambil tindakan tidak kira apa jawatan mereka yang terlibat,” kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Kelana Jaya, Isnin.

Seorang ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard mendakwa penipuan berlaku ketika kiraan undi di Batang Sadong semalam melibatkan kumpulan penyokong Azmin Ali.

Selain membuat kenyataan kepada saluran berita televisyen kabel Astro Awani pada Ahad, beliau turut menyebarkan gambar menunjukkan beberapa lelaki bersama kertas undi pemilihan kawasan terpencil itu di laman media sosial.

Johari mengakui pihaknya menerima beberapa aduan berkenaan perkara itu selain daripada Chegu Bard.Bukan saja Chegu Bard (Badrul) ramai lagi buat aduan,” kata Johari.

CheguBard berkata selama ini, PKR mengkritik proses pilihan raya yang dikendali Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa banyak penipuan dan salah urus.

Justeru beliau mahu JPP perlu bertindak tegas ke atas penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam pemilihan kali ini.

Tindak tanduk Chegu Bard sebaliknya dibidas seorang penyokong Azmin, Mohd Eekmal Ahmad yang dilaporkan Astro Awani berkata, CheguBard tidak sepatutnya membuat ‘hukuman’ sendiri dengan berkempen agar pencalonan Azmin dibatalkan.

“Kalau sudah ada bukti yang cukup, serahkan lah kepada Datuk Johari dan JPP buat keputusan, kenapa perlu buat kenyataan desak supaya penyertaan Azmin dibatalkan?,” kata Mohd Eekmal.


Tetapi pihak yang mempertikaikan Saifuddin tidak pula berkempen agar Saifuddin dibatalkan dari bertanding sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan JPP yang diketuai Johari untuk memastikan pertandingan yang telus.Mohd Eekmal memberi contoh beliau sendiri serta ramai lagi ahli PKR yang mempertikaikan tindakan Datuk Saifuddin Nasution yang bertanding tanpa melepaskan jawatan Setiausaha Agong parti yang dipegangnnya.

Ekmal dan beberapa pihak lain dalam PKR berpendapat Saifuddin sepatutnya meletak jawatan kerana sebagai setiausaha agung, beliau perlu membentangkan laporan pemilihan ketika kongres PKR nanti.

“Macam mana dia (Saifuddin) nak bentangkan laporan kalau dia sendiri bertanding, sepatutnya laporan dibentangkan oleh mereka yang tidak bertanding,” kata Ekmal.

Selain di Sarawak, portal berita Agendadaily melaporkan wujud juga kekecohan di kawasan lain hingga memaksa ada yang ditangguhkan proses pengundian ke tarikh lain.

Di Pahang, gara-gara rumah kediaman dipilih sebagai lokasi pengundian, pemilihan PKR Cabang Paya Besar terpaksa ditangguhkan akibat bantahan daripada kepimpinan cabang itu sendiri.

Ini berikutan pemilihan rumah seorang aktivis yang terletak di Permatang Badak, yang dijadikan lokasi pengundian oleh PKR negeri dilihat tidak bertepatan dengan kedudukan PKR sebagai sebuah parti nasional, sekali gus boleh menjejaskan imej.

Pengundian PKR Cabang Jerantut yang sepatutnya berlangsung di sebuah restoran di bandar itu turut ditangguhkan atas sebab masalah teknikal yang difahamkan berkaitan dengan kelayakan salah seorang calon Ketua Cabang, sekali gus mengundang bantahan daripada ahli.

Kekecohan juga berlaku di 12 lagi cabang PKR Pahang, namun proses pemilihan dapat diteruskan. Antaranya di Cabang Kuantan, apabila seorang individu membuat bantahan terbuka mendakwa tidak dibenarkan mengundi sedangkan namanya berada dalam senarai ahli yang layak memilih.

Difahamkan individu terbabit dibatalkan kelayakannya kerana telah mengumumkan keluar parti dan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya umum lalu.

Proses pemilihan PKR diadakan mengikut zon, dengan minggu pertama pengundian apada 25 hingga 27 April melibatkan Sarawak, Johor, Melaka, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Minggu berikutnya disusuli pengundian di zon Sabah, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis pada 2 hingga 4 Mei.

Manakala minggu terakhir ia melibatkan zon Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 9 hingga 11 Mei.

Barisan kepimpinan baharu dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya 13 Mei depan.

Namun sebelum itu, orang ramai akan terus mengikuti apakan drama seterusnya selama tiga minggu lagi di baki tiga buah zon pemilihan PKR.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

PAS Rayu DAP Lepaskan Hudud?! #Hududkelantan #Hudud

PAS meminta DAP menghormati hak parti itu membentangkan rang undang-undang persendirian (private bill) berkenaan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan untuk dibahaskan di Parlimen.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar memberi peringatan awal kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat itu supaya membenarkan sistem demokrasi dalam menentukan keputusan akhir kepada pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

PAS juga menyeru pihak yang menentang atau tidak bersetuju dengan penguatkuasaan undang-undang hudud ini supaya sekurang-kurangnya menghormati hak demokratik PAS untuk membentangkan rang undang-undang berkaitan di Parlimen.

“PAS berulangkali menegaskan bahawa apa jua agenda dan dasar yang hendak di bawa PAS, ianya tidak akan dipaksakan ke atas rakyat atau di laksanakan secara ‘pintu belakang’ melalui cara-cara yang diluar dari kaedah Perlembagaan dan undang-undang.


“Jika sekiranya ketentuan proses demokrasi tersebut tidak menyebelahi kehendak PAS, kami akan akur dan bersedia menerima apa jua keputusan,” katanya di dalam satu kenyataan, Isnin.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena turut mengulangi pendirian yang dibuat oleh PASi untuk memberikan penerangan melalui dialog atau perbincangan bagi memberikan pemahaman berkenaan undang-undang tersebut.Kenyataan itu bagi menjawab desakan supaya PAS keluar dari PR seandainya parti itu berkeras untuk melaksanakan hudud yang memang ditentang oleh DAP seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke baru-baru ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini membuat kenyataan bahawa Majlis Kepimpinan PR bersetuju untuk melaksanakan hudud di Kelantan namun telah dibidas oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, kenyataan tersebut amat mengejutkan memandangkan majlis tersebut tidak pernah membuat keputusan sebegitu sambil medesak Hadi memberikan bukti menegnai dakwaan beliau itu.

“Amat mengejutkan Hadi mendakwa Majlis Kepimpinan PR bersetuju melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

“Jika kenyataan itu dikeluarkan oleh Hadi, maka, beliau silap dan perlu mengemukakan bukti,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu di dalam satu kenyataan baru-baru ini. -bnbbc.my


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#GST : Salah Faham GST?!

RANG Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan diluluskan di Dewan Rakyat pada 7 April lalu dan akan mula dilaksanakan mulai 1 April 2015.

Tinjauan di laman-laman sosial mendapati ramai rakyat Malaysia tidak memahami kepentingan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan implikasi sebenar pelaksanaannya.

Antara salah faham ialah GST adalah satu cukai baru yang akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak dan mengakibatkan peningkatan kos sara hidup rakyat.

Ada juga yang beranggapan GST hanyalah satu instrumen kerajaan untuk memungut cukai baru bagi menggantikan kehilangan pendapatan negara akibat cadangan pengurangan cukai syarikat pada masa akan datang.


Pengenalan GST juga dianggap sebagai satu langkah untuk mengikut trend semasa memandangkan sudah lebih 160 negara mengguna-pakai GST dan ini dilaksanakan tanpa kajian mendalam tentang beban yang ditanggung oleh rakyat.

Tanggapan negatif tentang GST ini timbul kerana kurang pemahaman tentang bidang percukaian, perakaunan sektor awam dan asas ekonomi. Ini diburukkan lagi dengan momokan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat separuh benar kepada masyarakat berkaitan implikasi GST terhadap kos sara hidup.

BENARKAH GST CUKAI BARU?

GST sememangnya adalah cukai yang baru diperkenalkan di Malaysia. Namun begitu pelaksanaannya menyebabkan dua jenis cukai lain dimansuhkan. Pada masa ini, cukai dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan melalui dua akta iaitu Cukai Jualan 1972 (Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151), yang mana kedua-duanya dipungut oleh Kastam.

Rata-rata masyarakat tidak membincangkan tentang implikasi apabila kedua-dua cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini dimansuhkan, tetapi lebih fokus kepada melihat kesan satu hala GST terhadap kos barangan dan perkhidmatan.

Cukai jualan (10%) umumnya dikenakan ke atas barangan yang dikilangkan di Malaysia atau diimport, dan dibayar oleh pengeluar atau pengimport yang mempunyai hasil tahunan RM100,000 ke atas. Cukai ini diserap ke dalam harga barangan yang dijual kepada pengguna. Manakala cukai perkhidmatan (6%) dikenakan ke atas perkhidmatan khas seperti perkhidmatan hotel (lebih dari 25 bilik), insurans, te­lekomunikasi, khidmat profesional akauntan, peguam, jurutera dan arkitek, outlet makanan dan minuman dan lain-lain lagi.

Cukai perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna jelas dinyatakan di dalam bil atau resit bayaran, berbeza dengan cukai jualan yang tersembunyi dan tidak disedari oleh pengguna.

Secara tepatnya, rakyat Malaysia membayar cukai yang lebih tinggi di dalam sistem se­­dia ada. Pertukaran kepada model GST Malaysia, bukan sahaja perlu untuk mentransfor­masi sistem cukai negara ke arah yang lebih adil, malah ia perlu kerana sistem sedia ada yang bersifat 'single-tier' sangat terdedah kepada risiko pelarian cukai yang merugikan negara.

ADAKAH GST MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA?

Penggunaan sistem cukai GST bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan berupaya menangani masalah cukai bertindan yang mana akan mengurangkan beban cukai pengguna. Contoh jelas di­terangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2014 di mana jika pengguna membeli minuman berkarbonat di restoran, mereka akan dikenakan cukai bertindan iaitu, cukai jualan yang diserap ke dalam harga minuman serta cukai perkhidmatan yang tertera di atas resit jualan.

Dengan GST, masalah seperti ini tidak berlaku kerana pengguna akan hanya dikenakan satu jenis cukai sahaja. Harga barangan akan menjadi lebih murah akibat pemansuhan cukai bertindan ini.

Bagi barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sebelum ini, kenaikan harga barangan akan berlaku. Namun begitu, kerajaan mewartakan sejumlah barang dan per­khidmatan yang dikecualikan GST. Ia termasuk makanan barangan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak dan lain-lain lagi.

Justeru, boleh disimpulkan akan ada barangan dan perkhidmatan yang naik, turun dan tidak berubah. Secara amnya, kesan berikut boleh dirumuskan. Oleh itu tidak adil untuk kita merumuskan GST akan ­me­ngakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

ADAKAH GST LANGKAH TERGESA-GESA?

Anggapan bahawa langkah memperkenalkan GST oleh kerajaan adalah tergesa-gesa adalah salah sama sekali.

Menyedari akan kepentingan dan manfaat GST, kerajaan telah mengumumkan cadangannya semasa belanjawan 2005, namun pelaksanaannya telah ditangguhkan. Dalam melaksanakan GST, kerajaan menubuhkan Panel Penilai Cukai (Tax Review Panel) yang dianggotai oleh pakar-pakar percukaian dari sektor awam dan swasta.

Panel ini menjalankan kajian meliputi pelbagai aspek GST dan undang-undang antaranya ialah Goods and Services Tax 1985 (New Zealand), Value Added Tax Act 1994, (United Kingdom), Goods and Services Tax 1991 (Kanada), dan Value Added Tax Act 1992 (Thailand).

Hasil kajian mendapati bahawa GST akan menjana ekonomi negara yang lebih mapan dengan peningkatan nilai eksport sebanyak 0.5% disebabkan harga barangan eksport akan jadi lebih kompetitif dan murah. Kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) dijangka naik sekitar 0.3%.

ADAKAH GST ABAIKAN RAKYAT?

Peningkatan defisit dalam belanjawan negara setiap tahun adalah perkara yang membimbangkan. Sekiranya ia tidak dikawal, ekonomi negara akan merudum dan kehidupan selesa yang dinikmati oleh rakyat pada masa ini akan terjejas. Justeru itu, GST yang bersifat multi-tier dan dengan skop cukai yang luas akan menjadi sumber baru pendapatan negara.

Namun begitu, ini tidak bermakna rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah akan terbeban dengan cukai ini. Bagi menjaga kebajikan rakyat, seiring dengan pengenalan GST, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah utama. Antaranya bantuan RM300 akan diberikan secara one-off kepada pene­rima isi rumah BR1M.

Lebih menarik lagi, kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Ini menyebabkan pendapatan boleh guna akan meningkat dan dijangka seramai 300,000 orang tidak perlu lagi membayar cukai. Hakikatnya, pendapatan dari GST ini jugalah yang akan dikembalikan kepada rakyat melalui bantuan sosial seperti BR1M. Dengan faedah-faedah yang diperolehi ini, adilkah jika kita simpulkan bahawa GST akan membebankan golongan berpendapatan rendah?

GOLONGAN PERTENGAHAN DAN IKS DIPINGGIRKAN?

Golongan kelas pertengahan yang bijak akan dapat memperolehi manfaat daripada pengenalan GST dengan mengambil inisiatif merancang dan mengawal perbelanjaan. Beban mereka juga akan diringankan dengan pengurangan cukai individu dan penambahan pendapatan boleh guna oleh kerajaan.

Peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) yang memperolehi hasil jualan kurang dari RM500,000 setahun pula dikecualikan daripada mendaftar sebagai syarikat berdaftar GST serta tidak perlu mengutip dan membayar GST. Ini akan memastikan perniagaan mereka berdaya saing dan mampu menarik lebih ramai pelanggan.

SEMUA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN KENA GST?

Salah satu salah faham berkaitan GST ialah semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai GST. Hakikatnya terdapat tiga kategori barangan iaitu bekalan dikenakan cukai, bekalan cukai sifar dan bekalan dikecualikan cukai. Bekalan dikenakan cukai ialah barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai, yang mana semua barangan dan perkhidmatan yang dijual dikenakan GST (output tax).

Jumlah output tax ini boleh ditolak dari input tax (GST dari pembelian barangan dan perkhidmatan tersebut). Bekalan cukai sifar pula ialah barangan dan perkhidmatan yang tidak tertakluk output tax, namun peniaga boleh menuntut input tax. Bekalan cukai sifar ini merangkumi barangan asas keperluan isi rumah seperti bahan asas makanan, hasil pertanian, bekalan ternakan.

Dalam masa sama, kerajaan juga mewartakan sejumlah barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan dari GST. Antaranya ialah tanah dan kediaman, pengangkutan awam, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan kewangan, caj tol lebuh raya serta perkhidmatan awam. Ini adalah bagi memastikan bahawa kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia terpelihara dan tidak dibebankan dengan GST.

Di sebalik salah faham tentang implikasi GST, terdapat banyak faedah pelaksanaannya. Ia akan lebih ketara dalam jangka masa panjang. Belajarlah daripada pengalaman negara-negara maju seperti New Zealand yang memperkenalkan model GST sejak 1986 lagi. Walaupun kadar GST mereka ialah 15%, namun kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terjaga.

Pelaksanaan GST membolehkan lebih banyak pengagihan hasil negara kepada golongan berpendapatan rendah, seterusnya menjadikan jurang ekonomi antara rakyat semakin kecil.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara, Merbok, Kedah


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pam Air Lombong Elak Selangor Terus Catu Air #anticatu

Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim minggu lalu bahawa catuan air akan ditamatkkan sama ada pada Selasa (esok) atau Rabu nampaknya kemungkinan besar tidak akan akan menjadi kenyataan.

Ini kerana, selepas seminggu air dari takungan kolam serta bekas lombong dipam, paras air di empangan-empangan Selangor hanya meningkat sebanyak 1.18 peratus sahaja kepada tahap 40.08 peratus, sedangkan paras selamat ditetapkan pada tahap 50 peratus.

Demikian dinyatakan Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi pada Isnin, ketika mengumumkan peningkatan jumlah kapasiti enam daripada tujuh empangan di negeri itu dalam tempoh seminggu sejak 22 April lalu hingga hari ini.

Dengan itu, katanya, catuan air mungkin tetap akan diteruskan walaupun sebelum ini dikatakan akan tamat pada 30 April.

Kerajaan PR negeri Selangor setakat ini belum mencapai keputusan sama ada akan menamatkan catuan air kerana perlu meneliti beberapa faktor.

Beliau juga memaklumkan, kerajaan PR Selangor akan menambah sepuluh unit lagi pam air berkuasa diesel yang diimport dari China bagi menambah kapasiti takungan air di empangan negeri itu pada kadar yang lebih cepat, terutamanya bagi Empangan Sungai Selangor di Kuala Kubu Bharu.“Menteri Besar dan Jawatankuasa Air Selangor akan berbincang untuk pertimbangkan semua perkara, termasuk paras loji empangan, kandungan aliran air dan jumlah takungan,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam.

Ini susulan penggunaan pam yang sudah dibeli sejak seminggu lalu hanya meningkatkan paras air empangan tidak sampai 2 peratus.

“Sepuluh pam itu akan sampai bulan hadapan,” kata Dr Ahmad Yunus.


Khalid dalam satu sidang media di Kangar, Perlis, 26 April lalu berkata, ctuan air di Selangor dijangka akan ditamatkan pada Selasa atau Rabu ini kerana pemantauan terkini terhadap empangan di Selangor mendapati paras tadahan secara puratanya sudah mencecah 39 hingga 40 peratus.

“Jadi, jika takungan air terus meningkat, kita akan umumkan penamatan catuan pada Selasa atau Rabu nanti,” katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama ahli PKR negeri Perlis di Kangar, Sabtu.

Tiga hari sebelum itu Khalid mengumumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tujuan mengepam air dari bekas lombong, kolam dan bawah tanah untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan air di Selangor.

Menjawab soalan mengenai peruntukan yang diumumkan Khalid, Dr Ahmad Yunus berkata, setakat ini belum sampai RM1 juta daripada peruntukan itu yang telah digunakan untuk memberi diesel bagi pam-pam yang sedia ada.

“Peruntukan yang kita dah gunakan tak sampai sejuta lagi. Hanya beli untuk diesel kepada pam tersebut. Kita belum guna peruntukan untuk beli pam baru,” kata beliau.

Sebelum ini terdapat sembilan pam digunakan bagi mengepam air lombong ke empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60 peratus air di negeri berkenaan.-bnbbc.my



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pemilihan PRK Main Wayang Lagi

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat dakwaan kononnya berlaku penipuan dalam proses pemilihan peringkat cabang di Sarawak membabitkan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata, dakwaan tersebut masih dalam siasatan dan akan diumumkan secepat mungkin.


"Banyak dakwaan diterima selepas gambar membabitkan insiden itu dimuat-naik dalam laman sosial. Namun kita perlu sahkan terlebih dahulu sebelum pengumuman mengenainya dibuat secara rasmi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Jelas Johari, tindakan tegas akan diambil sekiranya pihak terbabit didapati bersalah dan dakwaan tersebut terbukti benar.

"Kami (JPP) tidak akan berkompromi dengan kes seperti ini. Sebagai parti reformasi kita tidak boleh lakukan apa saja sesuka-hati.

"Pihak JPP akan mengambil tindakan sewajarnya jika kes itu terbukti benar," katanya.

Pada Ahad, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PKR ekoran dakwaan memanipulasi undi.

Beliau yang lebih dikenali Che Gu Bard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

Perkara seperti ini pernah berlaku pada pemilihan 2010 dan telah dilaporkan, namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin.

Johari berkata, pemilihan di kawasan itu (Batang Sadong) menerima banyak aduan selepas berlaku 'blackout' ketika proses pengiraan sedang berlangsung.

"Semasa pengiraan, dua calon Majlis Pimpinan Pusat datang dan secara kebetulan berlaku 'blackout'. Hal itu menyebabkan dua MPP tersebut tidak berpuas hati," katanya.

Menurutnya, pemilihan tersebut terpaksa dilakukan di sebuah hotel bajet ekoran tiada lokasi yang sesuai.

Sehubungan itu, Johari meminta semua pihak bersabar sementara menunggu hasil siasatan. Selain itu, beliau berkata JPP masih menjalankan siasatan berhubung aduan yang dibuat calon ketua Cabang Kuala Selangor S. Manikavasagam berkenaan ugutan dua pegawai Khalid yang menghalangnya bertanding di Cabang itu.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 28 April 2014

Pesawat Ringan Terhempas Di Kelantan




Kapal terbang pelatih jatuh terhempas tengah hari tadi di Taman Kurnia Jaya Pangkalan Chepa, Kelantan. Mangsa dilaporkan cedera. 

BBP Pengkalan Chepa terlibat dalam operasi menyelamat. Gambar dikongsi bersama oleh rakan Fb Bomba Saudara Nyetok Keng dan saudara Ariff. Terima Kasih








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Obama Makan Sambal Belacan

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini.  Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan.

Menu istimewa tersebut ‘didedahkan’ oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut serta menikmati hidangan tersebut bersama Obama.

“Makan tengah hari bersama Presiden Obama, beliau makan nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan,” tulis Hishammuddin di laman sosial Facebook miliknya.


Obama tiba di Malaysia semalam dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada kira-kira 4.50 petang semalam, selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan, disifatkan beliau sebagai lawatan bersejarah ke Malaysia.

Lawatan tiga hari ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk adalah sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, julung kali oleh presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu melawat Jepun dan Korea Selatan. Selepas Malaysia, beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina.


Mungkin beliau rindukan zaman kanak-kanak beliau membesar di Indonesia 


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 27 April 2014

Muhyiddin Bertemu Tok Guru Nik Aziz




Timbalan perdana menteri tan sri muhyiddin yassin mengadakan pertemuan kira kira 45 minit dengan mursyidul am pas, datuk nik abdul aziz nik mat di kediamannya di pulau melaka.

Pertemuan bersejarah buat pertama kali itu bagi menziarahi nik abdul aziz yang sakit dan uzur sejak beberapa lama.


Nik abdul aziz yang kelihatan senyum dan gembira dengan kehadiran timbalan perdana menteri kemudian mengadakan perbincangan tertutup antara keduanya serta ahli parlimen pasir mas, nik abduh nik abdul aziz yang juga anak kedua nik abdul aziz.


sumber : pelbagai


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Bahaya Air Lombong Untuk Rakyat Selangor

Kerajaan Selangor hari ini dalam pemikiran singkat mengesyorkan rakyat Selangor menerima idea menggunakan air lombong sebagai sumber air untuk negeri itu sedangkan kita sedia maklum bahawasanya air lombong dikelaskan dalam beberapa peringkat sehinggakan ada yang dikuatiri mempunyai enapan yang berbahaya.

Ingatkah kalian beberapa kes sekitar tahun 70-80an bagaimana lumpuh/matinya pendulang bijih timah akibat kerosakan buah pinggang atau kanser akibat terdedah dengan air yang mempunyai logam berat?!



Dari portal suaratv.com menulis:

Pada 2012 anggota exco kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar pernah dilaporkan berkata kerajaan negeri Selangor akan menggunakan air dari bekas lombong bagi menampung keperluan di Lembah Klang pada masa akan datang.

Air dari lombong tinggal tidak sesuai dijadikan air minum kerana mengandungi kandungan logam berat yang tinggi dan membahayakan kesihatan pengguna, kata seorang pakar

Sehubungan dengan itu Pensyarah Jabatan Kimia,Fakulti Sains Universiti Malaysia(UM) Prof Datuk Dr Mohd Jamil Maah berkata, selain itu, air lombong juga mengandungi bakteria dan mikroorganisma yang mungkin mengancam kesihatan manusia.

“Apabila aktiviti pelombongan dilaksanakan, tanah dikorek sehingga beratus meter dalamnya dan ini mendedahkan pengguna kepada berbagai mineral lain terutamanya logam berat antaranya plumbum, kromium, arsenik dan merkuri,” katanya.

Pada 25 April 2014-Sinar Harian menyiarkan satu artikel di muka surat 22 dengan tajuk”Air lombong tidak berbahaya:Awer.

Awer adalah persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia menjelaskan,kandungan air dari bekas lombong selamat digunakan kerana kajian telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS),Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas)

Presidennya,S,Piarapakaran berkata,air bekas lombong disalurkan terus ke Sungai Selangor yang kandungan dilarutkan bersama air sedia ada dan ia tidak lagi berbahaya kepada pengguna.

“Pada pendapat saya,kandungan air dari bekas lombong yang disalurkan terus ke sungai Selangor tidak bahaya lagi kerana air dalam sungai telah sedia ada.

Jadi air lombong masuk ia dilarutkan dan tidak berbahaya kerana dari lombong ke sungai terus ke loji rawatan.kata beliau pada Sinar Harian,semalam.

Bagaiamanapun,Awer meminta JAS,JPS dan LUAS mendedahkan laporan sampel kajian kandungan air lombong yang telah diperiksa.

Piarapakaran berkata,parameter sampel kandungan air bekas lombong berkenaan harus dipaparkan kepada umum supaya pengguna tidak ragu-ragu dengan kebersihannnya.

Apakah parameter yang mereka telah kaji kerana umum maklum memang ada kandungan logam berat dan sedikit radioaktif tidak bahaya dalam lombong,’’katanya.

Menurut beliau lagi,pekara yang harus dititikberatkan ialah parameter persampelan ujian air lombong berkenaan.

Sekarang in memang hujan,kalau uji hanya I permukaan memang tak bahaya,air dasar juga harus sedikit kandungannya.

“Kandungan air dasar dan dipermukaan adalah berbeza.Oleh itu parameter kajian wajar diperincikan.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Selangor serta cadangan merawat dan menaps air bawah tanah,hujan dan sungai yang dikatakan lebih menjimatkan berbanding projek membangunkan insfratruktur pemindahan air dari Pahang menerusi pembinaan Loji Langat 2.

Sebelum ini Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan masalah air Selangor mendapat sedikit kelegaan apabila air dari kolam disekitar sungai Selangor dipam kedalam sungai untuk meningkatkan aliran pada musim kering.

Jadi,hidangan air lombong untuk rakyat Selangor nampaknya menjadi kenyataan .


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Punca Ramai Berzina Dari Berkahwin?!

Sebelum ini akhbar arus perdana menulis belakunya lambakan para golongan andartu dan bujang telajak di Malaysia angkara kos perkahwinan yang melambung tinggi disamping trend masa kini yang amat bias kepada perbuatan bukan mengikut syariat Islam.

Admin terdetik menulis ini kerana adanya agenda halus yang jelas dimanipulasikan oleh segelintir pengusaha/peniaga yang kini menjadi ketakutan kepada orang-orang bujang diluar sana kerana adanya aktiviti sedemikian di Malaysia yang menjurus kepada perkara yang tidak dituntut dalam agama.


Rungutan kesempitan wang dalam meneruskan sunnah Nabi Muhammad saw ini hadirnya dari pihak lelaki kerana mereka adalah pihak yang bertanggungjawap dalam menyediakan wang belanja dan kini ianya ditambah lagi dengan momokkan promosi yang tak tentuhala dari aktiviti seperti PAMERAN PENGANTIN, KERJA KAHWIN dan macam macam (pihak TV promote bukan main lagi) yang jelas membuatkan pihak lelaki lebih tertekan jika dipihak wanita meletakan "penanda aras" yang tinggi kepada mereka.

Ini bukan soal kemampuan atau siapa hebat, tetapi dalam keadaan berlumba lumba dengan kemengahan dunia, kita bakal hampir tergelincir dari tuntutan asal sebuah pernikahan yang dituntut syarak.

Keratan akhbar Ogos 2013

Ada hadith yang menegaskan bahawasanya kaum lelaki wajar menikahi seorang wanita kerana 4 perkara.

Hadis itu berbunyi: “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)

Empat hal tersebut merupakan faktor penyebab dipersunting seseorang wanita dan ini merupakan perkhabaran berdasarkan kenyataan yang biasa terjadi di kalangan manusia, bukan suatu perintah untuk mengumpulkan perkara-perkara tersebut. Demikian kata Imam Al-Qurthubi. Namun zahir hadis ini menunjukkan boleh menikahi wanita kerana salah satu dari empat perkara tersebut, akan tetapi memilih wanita kerana agamanya lebih utama. (Fathul Bari, 9/164).

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: “Yang sepatutnya bagi seorang yang beragama dan memiliki maruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk pandangannya dalam segala sesuatu terlebih lagi dalam suatu perkara yang akan tinggal lama bersamanya (isteri ). Maka Rasulullah memerintahkan untuk mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana hal ini merupakan puncak keinginannya.” (Fathul Bari, 9/164)

Imam An-Nawawi berkata: “Dalam hadis ini ada anjuran untuk berteman atau bersahabat dengan orang yang memiliki agama dalam segala sesuatu kerana ia akan mengambil manfaat dari akhlak mereka (teman yang baik tersebut), berkat mereka, baiknya jalan mereka, dan aman dari mendapatkan kerosakan mereka.” (Syarah Sahih Muslim, 10/52).

Sebenarnya, hadis ini tidaklah menunjukkan suruhan wajib, boleh sahaja hendak buat pilihan selain daripada kerangka hadis tersebut. Namun apa yang penting di dalam perbahasan fikah adanya topik kahwin ‘Sekufu’ (sepadan).

Di sini para ulama telah menyusun perbahasan itu berdasarkan dalil-dalil yang banyak bagi membuktikan bahawa apabila lelaki dan perempuan ingin berkahwin, mereka hendaklah sekufu. Walaupun ia bukanlah syarat sah akad nikah, namun ia amat penting untuk dipertimbangkan oleh kedua-dua belah pihak. Apa yang penting dalam perbahasan ini ialah, lelaki mestilah lebih baik daripada perempuan itu. Jika perempuan ada agama, maka agama lelaki tersebut mestilah lagi advance daripada perempuan tersebut.

Nabi SAW pernah bersabda: “Apabila orang yang kamu reda agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya. Nescaya akan timbul fitnah dan kerosakan di atas muka bumi ini.” (Hadis sahih riwayat Tirmizi, no. 1080)

Hadis ini pula ditujukan pada lelaki. Dan banyak lagi hadis-hadis yang lain mengisyaratkan perkara yang sama pada dua-dua belah pihak. 

Zaman ini wanita lebih ramai dari lelaki, periharalah agamamu, dirimu dan keturunanmu dari segala mahabahaya yang mudah diganggu gugat..Nauzubillahiminzalik..
Wallahu A’lam..






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Kerajaan Selangor Nafi Hak Rakyat Selangor - Shamshidar

Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) disifatkan telah membuat kesilapan besar apabila tidak membenarkan pembinaan Projek Langat 2 di negeri itu.

Pegawai Bank, Rokiah Mohamad, 37, berkata pembinaan projek itu sepatutnya telah dipersetujui sejak tahun 2009 memandangkan amaran Kerajaan Persekutuan mengenai krisis air yang buruk yang telah dijangka berlaku pada tahun ini.

"Suatu kesilapan yang besar dan sepatutnya kerajaan Selangor patut bersetuju membina empangan Langat 2 kerana sekarang ia jelas menyusahkan rakyat.

"Krisis air yang berlaku sekarang sangat membebankan kerana walaupun saya telah menggunakan tong untuk mengumpul air tetapi ia tidak mencukupi kerana keluarga yang agak ramai," katanya kepada RakyatNews ketika ditemui di AU2 Keramat di sini hari ini.

Sementara itu, suri rumah, Nor Shamshidar Ismail, 42, beliau merasakan kerajaan Selangor sepatutnya menjalinkan kerjasama yang baik dengan Kerajaan Persekutuan dan mengetepikan perbezaan ideologi politik demi kepentingan rakyat.

"Seelok-eloknya mereka perlu bersatu sesama pemimpin, cuba lihat apa yang telah terjadi kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban kerana masalah air ini akibat tidak sepakat.

"Semenjak ketiadaan air ini, saya memang rasa cukup terbeban terutamanya apabila mengingatkan tentang pakaian anak untuk ke sekolah dan semenjak krisis ini saya sekeluarga tidak berani untuk keluar beriadah dan berjumpa sanak-saudara kerana bimbang tidak dapat menyimpan yang cukup untuk menghadapi catuan," katanya. - Rakyatnews.com




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 26 April 2014

Gambar Gambar Sekitar Kedatangan Barrack Obama Ke Malaysia #Malaysia






Hari ini dalam sejarah.
Himpunan beberapa gambar Barrack Obama dalam sesi lawatan kerja ke Malaysia.

Terima Kasih!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!