Thursday, 27 February 2014

Semoga Penyokong PAS Tidak Ditipu!

Sudah 3 hari perintah mahkamah kepada Tok Guru Haji Hadi Awang tetapi tiada siapa yang berani menyanggah PKR waima dari PKR sendiri mahupun DAP.

Dilihat apa yang terjadi ketika ini adalah satu wayang yang cukup memperbodohkan penyokong PAS sendiri atau mungkin ini strategi plan PKR untuk menyerahkan kerusi Dun Kajang kepada calon PAS akibat 'keterlanjuran' PKR menyerang presiden PAS dikamar mahkamah.

Dicorong corong blog dan media propaganda PAS semua mengarahkan diadakan solat 'hajat' untuk menyelamatkan Haji Hadi dari serangan 'musuh' yang terang terangan menyindir PKR dan sekali gus menaikkan kemarahan penyokong PAS sendiri akan tetapi tidak dizahirkan dalam penulisan atau tindakkan mereka.

Diketika ini sibuk tabung bantuan Hadi dilancarkan untuk meringankan beban Hadi yang tergigit lidah sendiri kerana mengatakan sesuatu yang tidak sahih?!

Tabung terus berjalan, Hadi Awang belum bersuara malahan dari PKR dan DAP juga begitu. Aku yakini Duit BR1M semakin banyak disumbat didalam tabung bantuan tersebut.

Aku rasakan diakhir babak cerita ini. PKR beri kerusi pada PAS! Manakala saman tersebut diselesaikan diluar mahkamah. Duit tabung BR1M tu sebagai dana pilihanraya kecil Kajang untuk PAS!PAS memanipulasikan ehsan dan kasihannya penyokong dan rela dipijak PKR demi sebuah kerusi DUN.

Tak percaya? Tungguu....

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Al Fatihah Kepada Syed Hafizudin

Takziah kepada waris dan sedekahkan Al-Fatihah Kepada Saudara Syed Hafizudin Dato Syed Omar Exco Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus /Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu Telah Kembali Ke Rahmatullah Akibat Kemalangan Jalan Raya Sebentar Tadi.

Semoga Allah SWT Tempatkan Rohnya Bersama Orang-orang Yang Beriman Insyallah.

Al-Fatihah..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Saifuddin Bidas Daim : Ya, Anwar 'lemah'


Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini bersetuju dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menyifatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang "lemah".

"Dalam konteks yang disebut itu, saya setuju Anwar lemah kerana Anwar tak dapat angkat anak dia jadi sepuluh (orang) yang terkaya di Malaysia. Beliau juga lemah kerana gagal mengumpul kekayaan seperti Daim."

"Ia amat sukar bagi saya untuk memaafkan Anwar di atas kelemahannya ini," kata Saifuddin pada sidang media pagi ini (semalam).


Dari apa yang cuba disampaikan kepada umum oleh Saifuddin adalah cubaan membanding tara antara Anwar dan Daim. Akan tetapi individu yang cuba "sorok" hartanya dan individu dengan harta yang "tersorok" dua perkara yang tiada beza. Jika Daim dilihat cuba di'coverline' oleh pemilik Majalah Malaysian Business dan Anwar pula di cover oleh Saifuddin selaku pendukung Anwar. Bak kata pepatah ibarat meludah kelangit.

Dua individu ini sememangnya kaya raya melimpah mangkuk tapi apalah adanya jika saling tunding menunding. Salurkan kekayaan itu kepada yang memerlukan. Bukan boleh kambus bawa dalam kubur pun.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Khalid Ibrahim Pilih Penstrukturan Semula Industri Air #betternation #kajang

Saya dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor. 


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor menjadi wakil untuk kerajaan negeri. MoU ini adalah langkah ke arah penyelesaian jangka panjang dalam menangani isu bekalan air di Lembah Klang. - Datuk Seri Najib Razak






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Daim tidak adil - Dr Salleh

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak, membidas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin kerana tidak adil dalam memberi kritikan terhadap dasar-dasar Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Dr Salleh Said merujuk kepada temubual Daim Zainuddin mengenai dua isu, inflasi dan perpaduan dalam hendaklah ditukar kepada KiniBiz.

Menurut Dr Salleh, pada tahun 1981 bila Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih kepimpinan negara, kadar inflasi lebih daripada 10%. Pada 1984, bila Daim menjadi Menteri Kewangan, kadar inflasi 4%. Ia kemudian menurun pada tahun 1985 sewaktu berlaku kegawatan ekonomi (recession) di mana keadaan ekonomi, pasaran saham, harga hartanah dan lain-lain juga merudum. Hakikatnya berlaku keadaan deflasi yang mengakibatkan ramai yang muflis.

Justeru itu menurut Dr Salleh, inflasi kosong atau keadaan deflasi pada hakikatnya bukannya satu keadaan ekonomi yang baik kepada pengguna dan rakyat terutama kepada pelabur-pelabur.

Pada 1991, bila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, kadar inflasi meningkat pada kadar 5%. Tahun 1998, setelah Anwar dipecat, Daim dilantik semula Menteri Kewangan, kadar inflasi meningkat pada kadar 6%.

Semasa Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri kadar inflasi menghampiri 9%. Pada hari ini kadarnya adalah 3%.

Rakyat atau pengundi merungut merungut mengenai kenaikan harga, sesuatu yang menjadi asas kritikan Daim terhadap pentadbiran Najib. Sudah tentu, ada cara menangani isu kenaikan harga tersebut. Salah satu ialah melalui kawalan harga dan kedua ialah melalui pemberian subsidi.


Bagaimanapun menurut bekas Ketua menteri Sabah itu, sekiranya kerajaan memilih cara kawalan harga, kerajaan juga terpaksa membayar kosnya. Daripada mana kerajaan mendapat wang itu? Ia diperolehi daripada cukai-cukai yang juga dipungut daripada rakyat. Rakyat sebagai pengguna juga membayar kos daripada kawalan harga tersebut secara tidak langsung

Dr Salleh mengambil contoh kenaikan harga tol. Kerajaan membayar ratusan juta setiap tahun kepada pemilik konsesi sebagai pampasan untuk tidak menaikkan harga tol. Walhal rakyat Malaysia yang lain di Sabah dan Sarawak, yang tidak menggunakan lebih raya bertol, memberi sumbangan wang yang besar untuk faedah pengguna jalan raya di Lembah Kelang.

Sudah tentu cara seperti ini akan menggembirakan rakyat dan pengguna jalan raya dalam bandar-bandar besar, tetapi persoalannya adakah ini sesuatu yang adil kepada pengguna jalan raya yang tinggal di kawasan yang tidak mempunyai jalan raya yang sempurna, jauh sekali menikmati lebuh raya yang besar?

Seperkara lagi yang disebut Daim ialah kerisauan rakyat tentang politik kaum dan agama. Daim sendiri mengakui parti-parti politik sebagai punca. Memang benar kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) wajar dipersalahkan kerana meniupkan sentimen kaum dan agama, tetapi soalnya, kenapa Daim meletakkan bulat-bulat kesalahan itu pada Najib!

Apa yang berlaku hari ini pernah terjadi pada 1987 sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kerajaan pada ketika itu mengambil tindakan tegas dengan menangkap pemimpin-pemimpin yang menghasut melalui Operasi Lalang dibawah ISA.

Apakah ISA masih relevan? tanya Salleh. Di satu pihak rakyat meronta-ronta mahukan liberalisma, demokrasi, kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk berhimpun dan sebagainya. Manakala di satu pihak lagi, mereka menuduh Najib lembik dan tidak tegas.

Tidak dinafikan, secara sepintas lalu kelihatan keadaan yang berlaku hari ini seperti tidak terkawal kerana ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan terhadap kebebasan dan sikap liberal kerajaan. Mahahtir pernah berkata Malaysia tidak boleh dibenarkan terlalu mengamalkan demokrasi terbuka kerana rakyat akan salah guna kebebasan jika kebebasan itu diberikan kepada mereka. - FMT


Ibarat sepasang selipa Jepun kalau cabuk tu memang dimamah zaman, tapi orang zaman ini pakai kasut crock itupun boleh dikelaskan dah tertinggal bas. Kritik sebab "benda" dengan kritik sebab "sayangkan" itu perkara biasa kepada orang yang berkepentingan.

Kadir dan Tun Daim ini ada game plan nya..Sepasang selipa jepun yang sesuai pada zaman jepun kini berpasangan. Memang sesuai... Apa yang mereka mahu lagi?!Kalau nak dikirimkan ke alam barzakh tunggu la tak lama lagi pon..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 26 February 2014

Mayat Ditemui Tepi Jalan Siap Dikapankan



Bukit Mertajam – Kekecohan telah tercetus bilamana satu jenazah yang telah lengkap dikafankan telah ditemui ditepi jalan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam pagi ini.


Jenazah tersebut telah ditemui oleh para pengguna yang sedang menggunakan jalan yang berhampiran Bulatan Kawasan Perindustrian Tambun, Bukit Minyak, Pulau Pinang awal pagi ini.Pihak Polis masih menjalankan siasatan buat ketika ini bagi mencari jawapan akan insiden ini.-terengganutoday




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Inikah Rancangan Menteri Besar Nak Bunuh Rakyat Selangor?

Keluh kesah rakyat Selangor hari ini menunggeng kepenatan mengangkat air untuk kegunaan harian kena pula duk tingkat atas bangunan yang tiada lif. Seksanya tuhan sahaja yang tahu.

Ada kira menunding jari pada SYABAS kerana tidak menguruskan air dengan bijak sedangkan pelbagai idea dan cadangan untuk menjana sumber air terawat jelas dicadangkan dari 2010 akan tetapi demi menjaga kocek para pemimpin Selangor yang mahu gaji dinaikkan dan kononnya MAMPU untuk itu menafikan keselesaan rakyat untuk menikmati hidup yang lebih baik di Selangor.

Pakatan pembangkang hanya mahu menunding jari kepada orang lain sedangkan ini adalah satu bahana yang ditempah sendiri oleh pemimpin Selangor. Bila ditanya 'mampukah Selangor naikkan gaji pemimpin?' Semua mengakuinya..tpi jika dia tanya 'berapa ramai tak mandi?' Masing masing senyap diam menikus.

kepala hotak si MB pernah mengesyorkan merawat air lombong untuk menyelesaikan masalah air ini. Kalau difikirkan secara logik..Memang MB nak buunuh rakyat Selangor ker?Ikan lombong pun orang takut nak makan inikan pula suruh minum, mandi dan makan air lombong.

Isu ini bukan isu politik semata mata ia melibatkan rakyat Selangor. Kepada yang duk tuduh SYABAS itu dan ini, sekarang aku mohon korang selidik dahulu apa cadangan SYABAS berikan kepada Kerajaan Negeri dalam masa 6 tahun lepas dan ditolak mentah mentah kononnya membazir dan mereka ada altenatif lain.

Apalah gunanya rezab kerajaan negeri berbilion ringgit hari ini kalau nak basuh berak pun kena beli air mineral?!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Tuesday, 25 February 2014

Krisis Air : Cadangan SYABAS DItolak Kerajaan Negeri? #kajang

Krisis air yang pernah melanda Lembah Kelang pada tahun 1997 dijangka berulang dalam masa terdekat jika cuaca panas dan kering sekarang berterusan sehingga menyebabkan penyusutan air di tujuh empangan utama.Sebagai langkah berjaga-jaga Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berkemungkinan besar mengadakan catuan air bagi penduduk Lembah Kelang dan Selangor.

Bagaimanapun, sekiranya hujan lebat turun dalam waktu terdekat ini, cadangan catuan itu akan ditangguhkan dahulu.

Cadangan catuan air itu dijangka diumumkan semasa lawatan Syarikat Bekalan Air Selangor di Empangan Genting Kelang tengah hari esok yang juga turut disertai oleh Kementerian Tenaga dan Teknologi Hijau.

MalaysiaGazette difahamkan lawataan di Empangan Genting Kelang itu berikutan penyusutan paras air yang ketara di lokasi itu.

Empangan Genting Klang adalah kawasan tadahan air utama bagi kawasan Kuala Lumpur.

Mengikut data pemantauan paras empangan oleh Jabatan Meteologi menunjukkan Empangan Genting Kelang (Klang Gate) mencatatkan jumlah simpanan air sebanyak 50.70 peratus dengan paras air semasa 90.50 meter berbanding 94 meter pada paras normal. Ketika krisis air tahun 1997, paras air di Klang Gate diisytiharkan kritikal apabila menyusut kepada paras 89 meter.

Empangan-empangan lain pula masih belum berada di paras kritikal tetapi menunjukkan penurunan paras ekoran cuaca panas dan kering sejak sebulan lalu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi dalam jawapan bertulisnya kepada MalaysiaGazette berkata, cuaca panas dan kering kini hanya melibatkan kawasan di Semenanjung Malaysia sahaja manakala Sabah dan Sarawak telah mula menerima hujan pada hujung minggu lalu.

Tambahnya, cuaca panas dan kering di Semenanjung Malaysia ini dijangka berakhir setelah musim Monsun Timur Laut digantikan dengan musim peralihan monsun yang akan bermula pada pertengahan Mac.

Kata Jabatan Meteorologi, cuaca panas pada ketika ini adalah disebabkan oleh ketiadaan hujan bagi tempoh yang lama di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, di samping jumlah awan yang kurang di ruang angkasa pada siang hari.

“Keadaan ini menyebabkan sinaran terik matahari akan terus sampai ke bumi menjadikan suhu udara telah meningkat dengan pantas,” ujar jabatan itu.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan bersama ribut petir akan mula turun untuk beberapa hari bermula esok di Terengganu dan Pahang pada sebelah pagi serta Selangor, Negeri Sembilan, Melaka Johor dan Pahang pada sebelah petang.

Setakat ini tidak ada ada keperluan yang mendesak untuk melaksanakan operasi pembenihan awan namun Jabatan Meteorologi sentiasa bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi membincangkan keperluan mengadakan operasi berkenaan jika keadaan memerlukan. - MalaysiaGazette (13/02/2014)



Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor yang dibuat pada 16 Julai 2012 berhubung dengan cadangan Kerajaan Negeri untuk mengambil alih operasi SYABAS dengan menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 dalam Perjanjian Konsesi sepertimana yang dilaporkan oleh pihak media hari ini.

Dakwaan Menteri Besar Selangor di dalam kenyataan tersebut bahawa SYABAS telah tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

Krisis bekalan air yang sedang melanda di sebahagian kawasan di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada masa ini adalah disebabkan kekurangan bekalan air terawat untuk diagihkan oleh SYABAS akibat dari keengganan Kerajaan Negeri Selangor melulus dan melaksanakan projek-projek untuk menambah bekalan air terawat di negeri ini. Keengganan Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan arahan pembangunan kepada projek pembinaan Loji Langat 2 dan kegagalan Kerajaan Negeri mengazetkan perlarasan tarif yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi juga merupakan faktor yang telah menyumbang kepada krisis ini. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga telah mengarahkan pembekuan Perbelanjaan Modal (CAPEX) SYABAS dan ini telah membantutkan usaha-usaha SYABAS untuk mengurangkan kadar NRW serta, menaiktaraf, penambahbaikkan dan penyelenggaraan sistem sedia ada ketahap yang lebih baik lagi.

SYABAS sebelum ini telah beberapa kali memaklumkan kepada Kerajaan Negeri Selangor mengenai akan berlakunya krisis bekalan air jika program program penambahan bekalan air tidak dilaksanakan melalui 48 pucuk surat yang telah dihantar semenjak 25 Mei 2005 lagi kepada Kerajaan Negeri Selangor dan kepada Menteri Besar sendiri.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah dimaklumkan SYABAS mengenai perkara ini melalui 9 mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah semenjak hujung tahun 2010 yang mana Kerajaan Negeri mempunyai 30% pegangan saham di dalam SYABAS. Setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah, Kerajaan Negeri turut dimaklumkan menerusi wakilnya di dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah kedudukan bekalan air yang kritikal tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini.

Menteri Besar Selangor juga telah membuat kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan apabila mengatakan keadaan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi sehingga melimpah. Sebenarnya isu kekurangan bekalan air adalah merujuk kepada kekurangan air terawat untuk memenuhi permintaan pengguna. Tanggungjawab untuk memastikan Negeri Selangor mempunyai loji rawatan air yang mencukupi adalah terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Menteri Besar dan Kerajaan Negeri semenjak tahun 2005 telah dimaklumkan bahawa kapasiti loji-loji yang sedia ada telah tidak mencukupi dan sememangnya ada di antara 34 loji sedia ada telah beroperasi melepasi kapasiti rekabentuknya.

Menteri Besar Selangor boleh melihat dan merujuk kepada semua laporan-laporan dan surat-surat yang telah dihantar kepada beliau sebelum ini. Untuk memahami perkara ini dengan lebih jelas lagi, SYABAS menjemput Menteri Besar untuk melihat sendiri keadaan operasi loji-loji yang diurus oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan.Dalam hal ini,Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang diurus tadbir oleh Konsortium Abass Sdn. Bhd., syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor juga telah beroperasi 20% melebihi kapasiti rekabentuknya. Adalah ganjil dan amat mengelirukan jika Menteri Besar sendiri tidak tahu menahu atau buat tidak tahu status pengeluaran loji yang dipunyai oleh Kerajaan Negeri Selangor sendiri.

Sebagai pemegang saham di dalam SYABAS, Menteri Besar dan kerajaan negeri Selangor juga mempunyai tanggungjawab di bawah undang-undang untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah berkaitan menambah kapasiti bekalan air terawat, tetapi ini tidak dilakukan oleh beliau.

Kerajaan Negeri adalah bertanggungjawab dalam hal ehwal pembekalan air mentah yang mencukupi dan tidak tercemar seperti diperuntukkan di bawah Senarai Kedua, Senarai Negeri, Perkara 6 (C) Perlembagaan Persekutuan. Selain dari itu adalah juga menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa bekalan air terawat mencukupi. SYABAS hanya menguruskan perkhidmatan pengagihan air terawat sahaja yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat operator loji rawatan air yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri.

Dalam hal ini, Kerajaan Negeri wajar dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas semua masalah yang timbul akibat tindakan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar yang telah menyebabkan pembinaan Loji Langat 2 tidak dapat dilaksanakan dan Menteri Besar juga yang mengarahkan agar CAPEX tidak dijalankan dan akibatnya SYABAS tidak dapat melaksanakan kerja-kerja untuk mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil atau NRW (Non Revenue Water) dan menjejaskan usaha SYABAS untuk membaikpulih dan menaiktaraf aset bekalan air bagi meningkatkan kecekapan dalam memberi perkhidmatannya kepada pengguna. Pada masa yang sama kegagalan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengazetkan perlarasan tarif telah menyebabkan tanggungan tertunggak SYABAS kepada operator loji rawatan air.

Oleh itu, tuduhan dan dakwaan Menteri Besar menerusi kenyataannya itu adalah tidak benar dan mengelirukan. Kita sepatutnya bertanya kepada Menteri Besar apa tindakannya untuk menyelesaikan masalah ini, bukannya masih lagi membuat kajian-kajian yang mengambil masa yang panjang sedangkan realitinya para pengguna dan rakyat Selangor amnya telahpun berdepan dengan masalah kekurangan bekalan air.

Pihak SYABAS sedia duduk semeja dengan Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan serta SPAN untuk membincangkan langkah-langkah mencari jalan menyelesaikan masalah bekalan air ini dengan kadar segera.

-TAMAT-


IR. V. SUBRAMANIAM
Pengarah Eksekutif - Perkhidmatan Teknikal


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

@tunfaisal @fuhas_tweet Krisis Air - Media Khalid Ibrahim Tipu Rakyat Selangor?! #PRKkajang #Kajang


Selang 2 tahun Kerajaan Negeri Selangor memberi maklumat kepada media berkenaan jumlah kapasiti air mentah di empangan mencukupi untuk kegunaan rakyat Selangor membuatkan ianya terpersona sehinggakan akhirnya "HARI INI SELANGOR TIADA AIR"


menurut artikel yang ditulis pada 2010 (gambar atas) jumlah kapasiti air mentah di Selangor mencukupi sehingga 2019 (5 tahun awal kering dari sasaran?). Artikel ini seolah olah 'ayat penyedap' sahaja semata mata sebagai alasan terhadap bantuan yang cuba diberi oleh kerajaan persekutuan. Malahan hari ini tiada air di Selangor dengan semberono mereka menyalahkan kerajaan kerana tidak cekap dalam pengurusan air.


Pada 2012 sekali lagi isu air dibangkitkan dan seperti yang dikeluarkan oleh media pro pembangkang "Selangor Boleh Banjir..Air Lebih Dari Cukup" ianya seperti cuba menutup "bangkai gajah" sedangkan jelas nyata tindakkan sombong dan tidak prihatin terhadap masalah rakyat dibebani oleh rakyat.

Hari ini rakyat Selangor merasakan bahangnya pembohongan yang dibuat oleh media pembangkang yang menulis bagi lidah pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor. Apa yang Selangor mahu tunjukkan lagi? Adakah menyalahkan UMNO/BN adalah satu satunya jalan singkat yang cukup popular dewasa ini dan ia akan menyelesaikan masalah ini secara drastik?

Khalid oh Khalid..air liur basimu melimpah lebih dari air liur berkempen anwar ibrahim kah kah kah...

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#SelawatPerdana : Bakal Gemakan #Putrajaya Dengan Qasidah dan Selawat Kepada Allah & Rasul

Sebelum ini Putrajaya pernah digemakan dengan bacaan selawat dan qasidah ketika Program Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival 2013 yang berlangsung pada 7 November 2013.

Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal.

Saya menyambut baik program seperti ini diperbanyakkan kerana ia melahirkan rasa cinta kepada Islam di jiwa anak muda. Selain itu program ini juga dilihat mampu melahirkan kesedaran di dalam diri kita umat Islam untuk mencontohi sikap serta kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

Justeru, pada 21 Mac 2014 akan datang, marilah kita bersatu dengan menghayati bacaan qasidah dan selawat bersama dua pendakwah terkenal kelahiran Indonesia bagi mengeratkan kembali perpaduan dan persaudaraan kita sesama umat Islam yang semakin berpecah akibat perbezaan ideologi politik.

Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :
Instagram : @SelawatPerdana


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Monday, 24 February 2014

Adakah Tun Daim Diberi Keistimewaan?

Ribut ruang maya dibedil pembangkang oleh dakwaan Shamsul Iskandar Mohd Akinyang mana mengesa untuk memaklumkan kepada umum kenapa Tun Daim disingkirkan dari senarai individu terkaya dari Malaysia?

PETALING JAYA: PKR Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin has questioned why former Finance Minister Tun Daim Zainuddin was left out of the list of Malaysia’s 40 richest individuals compiled by Malaysian Business Magazine.

He said that it was “very weird” because public perception was that Daim and his son Datuk Wira Dani Daim belonged to the ultra-rich group.

Shamsul Iskandar pointed out that former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s eldest son Datuk Mokhzani Mahathir had been slotted in ninth place with assets worth RM4.22bil.

He added that such lists promoted transparency because members of the public could scrutinise the various companies, including Mokhza­ni’s, if they wished to.

“Why did ‘Malaysian Business’ not go into Daim’s assets? Is there something it wants to hide?

“As MP, I need to question this,” Shamsul Iskandar said, adding that he was sure that Daim and his son belonged in that group.

In the magazine’s Feb 16 issue, it reported that the combined wealth of Malaysia’s 40 richest individuals had surged to RM215.82bil as of Jan 18 this year.

It said that this was a 11.73% rise from RM194.86bil a year ago, with Hong Kong-based Robert Kuok topping the list with assets worth RM54.48bil.

Businessman Tan Sri T. Ananda Krishnan came next with assets worth RM33.19bil, maintaining his hold on second position since 2004.

Public Bank Group’s founder and chairman, Tan Sri Teh Hong Piow, also maintained third position on the list with assets that were worth RM18.07bil. [terjemahan]

Kenapa? Tidak layakkan melayu disenaraikan dalam list ini atau ada sesuatu yang cuba diselindungkan dari pengetahuan umum apa yang belaku disebalik nama Tun Daim? Beliau senaja disingkirkan atau sesuatu senaja diselindungkan?



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Soalan Lazim PR1MA #pr1ma

1. Apakah kriteria kelayakan untuk memohon kediaman PR1MA?
• Warganegara Malaysia.
• Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
• Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM7,500.
• Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
• Mengikut garis panduan tambahan yang ditetapkan oleh PR1MA.

2. Bolehkah saya mendaftar untuk PR1MA sebagai kediaman kedua saya?
Ya, anda boleh mendaftar.

3. Jika saya di Malaysia tetapi isteri saya berada di luar negara, adakah kami layak untuk mendaftar?
Ya, anda boleh mendaftar selagi pendapatan purata isi rumah adalah antara RM2,500 – RM7,500.

PENDAFTARAN
1. Bagaimanakah mendaftar untuk kediaman PR1MA?

Pendaftaran boleh dilakukan secara online di laman web rasmi PR1MA di www.pr1ma.my

2. Adakah terdapat sebarang bayaran dikenakan untuk mendaftar kediaman PR1MA?

PR1MA tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran. PR1MA juga tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga dalam menawarkan perkhidmatan untuk mengisi borang atau menyediakan peruntukan khas untuk rumah PR1MA.

3. Adakah pasangan saya perlu mendaftar sekiranya saya telah mendaftar untuk kediaman PR1MA?

Setiap pasangan perlu mendaftar sekali secara bersama. Jika anda sudah berkahwin, sertakan butiran pasangan anda dalam borang pendaftaran.

4. Saya akan berkahwin tidak lama lagi. Perlukah saya memohon sebagai individu atau pasangan?

Anda boleh memohon sebagai individu buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, untuk permohonan dan cabutan undi, anda perlu mengemas kini maklumat peribadi seperti butiran diri pasangan anda.

5. Berapa kerap saya perlu mengemas kini profil saya?

Anda perlu mengemas kini maklumat anda di dalam sistem pendaftaran PR1MA jika terdapat sebarang perubahan.

6. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghadapi masalah semasa membuat pendaftaran?

Sila hubungi Pusat Panggilan PR1MA di talian 03-7962 4374 yang beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang) atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang). Anda juga boleh e-melkan ke info@pr1ma.my

7. Terdapat kesilapan IT di bahagian pendaftaran di laman web PR1MA. Apa yang perlu saya lakukan?

Sila e-melkan paparan skrin (screen shot) ke pihak PR1MA ke info@pr1ma.my

8. Di manakah saya boleh melihat senarai dokumen yang diperlukan untuk proses pendaftaran PR1MA?

Rujuk maklumat di dalam laman web http://www.pr1ma.my/how-to-apply.php?required_documents=1

9. Saya tidak boleh mendaftar kerana Kad Pengenalan saya telah digunakan di dalam sistem. Apa yang perlu saya lakukan?

Hubungi kami di 03-7962 4374 dari jam 9:00 pagi – 6:00 petang dari hari Isnin hingga Jumaat atau Sabtu (9:00 pagi –1:00 petang) maklumkan kepada PR1MA ke info@pr1ma.my.

10. Bagaimanakah jika saya terlupa kata pengguna/kata laluan?

Anda boleh dapatkan semula dengan mengklik di sini https://register.pr1ma.my

11. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan PR1MA?

Anda perlu menghantar:
i. Salinan kad pengenalan (KP)
ii. Slip gaji atau penyata bank terkini

PEMBANGUNAN PRIMA

1. Adakah kediaman PR1MA pegangan kekal atau pegangan pajakan?

Ia bergantung kepada hak milik ("pemilik") tanah pada setiap pembangunan PR1MA.

2. Di manakah lokasi pembangunan PR1MA?

Pembangunan PR1MA terletak di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layarihttp://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.

3. Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang pelancaran & harga kediaman PR1MA?

Sila layari http://www.pr1ma.my/pr1ma_homes.php.

4. Berapakah harga kediaman PR1MA?

Kediaman PR1MA berharga dalam lingkungan RM100,000 hingga RM400,000.

5. Apakah saiz-saiz kediaman PR1MA?

Secara umumnya, rumah teres PR1MA berukuran dari 1,400 kps hingga 1,700 kps dan apartmen PR1MA berukuran dari 670 kps hingga 1,300 kps.

6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi:

Pusat Panggilan 03-7962 4374
Isnin hingga Jumaat (9:00 pagi – 6:00 petang)
atau Sabtu (9:00 pagi – 1:00 petang)
E-mel: info@pr1ma.my


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Baca Seterusnya...

Saman Fitnah 'Wahyu' Tok Guru Hadi Awang Makan Diri


Kerana terlalu menyalahkan orang lain akibat kegagalan otak dan akal sendiri hari ini dalam sejarah seorang yang digelarkan "tok guru" dalam parti islam yang kononnya membawa perjuangan islam sejati didapati bersalah dalam kes fitnah calon PRU13 DUN Bukit Besi Saudara Mohd Shamsul.

"Tok Guru" yang disegani dan dihormati kini lagaknya seperti penyangak dikalangan mereka sendiri menabur fitnah terlampau sehingga memakan diri. Jumlah denda yang dikenakan begitu tinggi dan ini bakal mengheret penyokong berkopiah untuk menderma wang BR1M demi menghalalkan perbuatan "tok guru".

Pastinya perasaan benci dan geram semakin menebal kerana ini dengan mudah dikatakan konspirasi UMNO untuk memecahbelah perpaduan Parti Pakatan Rakyat yang ditunjangi "bapak rasuah" dan "tok guru" yang kini semakin hanyut ibarat "bangkang ke longkang".

PAS perlu sedar bahawa tindakkan ini adalah satu bentuk penentangan ke atas mereka(PKR/DAP) sendiri yang selama ini PAS membantu PKR dan DAP akhirnya memudaratkan diri sehingga "tok guru" sendiri "terdesak" dengan bermain fitnah sesama sendiri (dengan PKR) apatah lagi pada lawannya (UMNO/BN).


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Sunday, 23 February 2014

Apa Sebab Pengecualian Daim daripada senarai terkaya?

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar telah mempersoalkan mengapa bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin telah ketinggalan dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia disusun oleh Malaysian Business.

Beliau berkata bahawa ia adalah "sangat pelik" kerana persepsi orang ramai ialah Daim dan anaknya Datuk Wira Dani Daim dalam kumpulan ultra-kaya.

Shamsul Iskandar menegaskan bahawa anak sulung bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani Mahathir berada di tempat kesembilan terkaya dengan aset bernilai RM4.22bil.

Beliau menambah, bahawa senarai itu dinaikkan kerana orang ramai boleh menelitinya, termasuk ini Mokhzani, jika mereka ingin.

"Mengapa 'Malaysian Business' tidak pergi ke dalam aset Daim? Adakah terdapat sesuatu yang ia mahu menyembunyikan?

"Sebagai Ahli Parlimen, saya perlu dipersoal," kata Shamsul Iskandar, sambil menambah bahawa beliau pasti yang Daim dan anaknya tersenarai dalam kumpulan itu.

Dalam 16 Feb isu majalah itu, ia melaporkan bahawa kekayaan gabungan 40 individu terkaya di Malaysia telah melonjak kepada RM215.82bil pada 18 Jan tahun ini.

Ia berkata bahawa ini adalah peningkatan 11.73% daripada RM194.86bil tahun yang lalu, dengan berpangkalan di Hong Kong Robert Kuok mendahului senarai dengan aset bernilai RM54.48bil. Ahli perniagaan Tan Sri T. Ananda Krishnan melonjak dengan aset bernilai RM33.19bil, kebali pada kedudukan kedua sejak tahun 2004.

Pengasas dan pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow, juga mengekalkan kedudukan ketiganya dalam senarai dengan aset yang bernilai RM18.07bil - [bahasa] - sumber

Daeng : Dalam perkara ini semua orang kena jelas kenapa beliau dikecualikan adakah beliau kini dah tukar taraf kerakyatan atau beliau kini memang jatuh bengkrap ke?

Kita lihat bagaimana mereka sorok "bangkai gajah" guna tudung saji. Doremon PKR ini pula ganti tempat Rafizi nampaknya kali ini. kah kah kah...

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 22 February 2014

Siapa Cina Dimata Anwar

Ramai org tidak tahu, Pada Julai, 1969 Anwar dgn 1,500 pelajar berdemo di KL menurunkan dan merosakkan papantanda Cina, Ramai org Cina sudah lupa pd tahun 1980 Koperasi2 Cina rugi Rm3.6Bilion tapi Anwar menutup pintu tak mahu jumpa mereka.

Pada tahun 1983 DAP dan MCA berdemo 2000 org membantah Anwar tetapi Anwar mengerahkan 15,000 org hadir utk menyokongnya dlm isu perlantikan GuruBesar bukan Cina di SRJK Cina...

Baca lagi di : http://www.anwaraidc.com/?p=44201

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Cerita Dari Pejabat Mewah Waytha Moorthy Di JPM

Bukan main menyalak Waytha kononnya PM tak mahu bantu bangsa India padahal dia menterkedarah ikut tekak dia.

Sepertimana dalam perjanjian MOU antara Hindraf, Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipanggil “Expert Steering Committee” dimana jawatan kuasa ini akan mempunyai 5 orang ahli yang terdiri daripada seorang pengerusi yang akan dilantik oleh Perdana Menteri dan dipersetujui oleh HINDRAF termasuk 2 wakil dari Barisan Nasional dan 2 Wakil dari Hindraf. Perdana Menteri mencadangkan agar seorang Menteri Kabinet India dijadikan sebagai Pengerusi bagi “Expert Steering Commitee” namun Waytha Moorthy menolak perlantikan mana-mana ahli politik dalam jawatankuasa tersebut.

Kemudiannya Perdana Menteri mencadangkan Tan Sri Dr. Tambirajah dari Sri Murugan Centre untuk dijadikan sebagai pengerusi namun ia juga ditolak oleh Waytha Moorthy dengan alasan Tan Sri Tambirajah ialah ahli akademik dan berbangsa Ceylonese. Beliau tidak akan memahami sentimen kaum india.

Waytha Moorthy mencadangkan beberapa nama seperti Tunku Abdul Aziz Ibrahim, Tan Sri Dzulkifli Razak (Bekas VC USM), Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin (Former SIRIM D-G) dan Datuk Dr. Dension Jayasooria (UKM). Waytha Moorthy juga turut mencadangkan 2 nama wakil dari Barisan Nasional juga.

Akhirnya PM mencadangkan Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Bekas Menteri Kabinet dan Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional untuk dijadikan pengerusi bagi Expert Steering Committee. Waytha Moorthy setuju dan mengiktiraf perlantikan Tan Sri Nor Mohamed Yackop sebagai Pengerusi ESC. Waytha Moorthy turut menyetujui 2 Wakil Barisan Nasional yang dipilih ialah Tan Sri Dr. Thambirajah and D. Ravindran dari PEMANDU. Kesemua mereka dilantik secara rasmi pada 18 September 2013.

Mesyuarat pertama Expert Steering Committee dijadualkan oleh Pengerusi ESC pada 7 November 2013 di mana Hindraf masih belum mengemukakan nama 2 orang wakilnya. Setiausaha Sulit Waytha Moorthy telah dimaklumkan mengenai mesyuarat ESC dan telah meminta menyerahkan dua nama wakil hindraf agar surat perlantikan dikeluarkan secepat mungkin.

Namun tiada nama yang diberikan malah Waytha Moorthy meminta untuk berjumpa dengan Pengerusi terlebih dahulu sebelum mesyuarat ESC. Jadi mesyuarat yang dijadualkan pada 7 November 2013terpaksa dibatalkan dan satu pertemuan antara Waytha Moorthy dan Tan Sri Yackop dijadualkan pada 8 November 2013. Pengerusi ESC Tan Sri Yackop setuju dengan pemintaan Waytha Moorthy dan beliau komited untuk menjalankan tugasnya.

Tetapi pada 8 November 2013 Waytha Moorthy membatalkan pertemuan dengan Pengerusi dengan alasan mahu mendapat penjelasan daripada Perdana Menteri mengenai Expert Steering Committee.Kecewa dengan tindakan Waytha Moorthy yang asyik memberi alasan dan menolak mesyuarat ESC, Tan Sri Yackop menolak jawatan sebagai Pengerusi ESC pada 8 November 2013 pada hari yang sama.



Mengikut sumber lagi :
Apabila penulis mencecah kaki masuk ke pejabat Tuan Senator Waythamoorthi selepas beliau mengambil sumpah ini yang penulis nampak. Penulis pernah bekerja di pejabat yang sama dari 19 July 2012 hingga 6 Mei 2013. 

Kerusi baru , carpet baru , cat dindinh baru , meja baru , TV LED baru dan lain-lain pengubahsuaian telah dibuat. [artikel penuh berserta gambar]








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Mohon Bantuan Amal


Kami akan melaksanakan program Program Didik Amal IT dan Media Sosial yang akan menumpukan kepada Latihan Perkomputeran Asas (MS Office, Windows, Linux dan Internet) dan Kursus Asas Juru Teknik Komputer untuk kepada anak-anak yatim dan pelajar-pelajar miskin lepasan SPM. 

Latihan ini merupakan satu kerjasama sosial dalam siri Inisiatif Sempoilah Dari Pemuda kepada Anak Muda dengan NGO2 yang berminat bagi meningkatkan nilai pasaran buruh kepada golongan sasaran iaitu Pelajar Miskin dan anak Yatim Lepasan SPM. 

Sehubungan dengan itu, kami dengan rendah dirinya memohon dermakbakti tuan-tuan dan puan-puan agar dapat menyumbangkan komputer-komputer lama yang masih berfungsi untuk memulakan kelas ini. Selain itu, sumbangan dalam bentuk perabot seperti meja banquet, kerusi lipat, whiteboard dan juga peralatan membaikpulih elektronik seperti screwdrivers, long nose, multi-tester, solder, dan lain-lain juga dialu-alukan. Jika ada yang berminat untuk menyumbangkan tempat latihan secara percuma juga kami alu-alukan. 

Bagi tuan-puan yang berminat untuk menyertai kursus yang sama, sejumlah kecil bayaran untuk menampung sewa, utiliti dll akan dikenakan. 

Tuan-puan yang berhasrat untuk memberi zakat ilmu sebagai tenaga pengajar juga dialu-alukan untuk bersama kami. 

Kelas ini akan dimulakan, InsyaAllah dalam seberapa segera dalam tahun ini juga dan buat permulaan akan dimulakan di Wangsa Maju. Satu Majlis Penyerahan Sumbangan akan diadakan dan tuan-puan yang berhasrat untuk membuat sumbangan dijemput hadir termasuklah yang hendak mendaftar diri sebagai peserta program. 

Sekiranya tuan-puan tidak dapat memberikan sumbangan seperti yang tertera, kami dengan takzimnya memohon tuan-puan untuk memanjangkan posting ini dengan cara mengongsi atau share di wall tuan-puan. 

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada saya sendiri 

Azanisham Samat - Pengerusi Makmal Media Sosial Kebangsaan 
Azanisham@meso.org.my 
013-7787942 

Gambar hiasan : Bagaimana mencipta speaker buatan sendiri mengunakan barang terpakai untuk smartphone! 

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Friday, 21 February 2014

Calon BN PRK Kajang #Kajang

Barisan Nasional (BN) mengumumkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac depan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media PRK Kajang di Menara Dato Onn,KL. di sini, sebentar tadi. - sumber

(Gambar : Calon BN berbaju biru)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Makhluk Laut Yang Pelik

Seekor ikan misteri dengan gading yang amat menakutkan seperti paku di dekat mulut dan duri di sepanjang tubuhnya telah ditangkap dan di lepas pantai Kalimantan. Penemuan itu telah membuat nelayan tempatan dan pihak berkuasa merasa hairan dan belum dapat mengenalpasti spesies itu.


Penduduk tempatan menyebut ikan aneh itu sebagai ikan Armour. Ikan itu mempunyai duri tajam pada bahagian atas dan bawah tubuh, yang akan semakin kecil menuju ekor. Sapar Mansor, 43, pemancing berasal dari Taman Ceria, Permyjaya, menangkap ikan itu di Laut China Selatan dekat tudan, Malaysia.

Kepada Borneo Pos Dia berkata: "Ini adalah pertama kalinya dalam hidup saya bahawa saya telah melihat ikan jenis ini. Aku membawanya pulang untuk isteri saya dan memberitahunya hasil tangkapan. - Borneopos


Kepada kakipancing@nelayan AIR TAWAR jenis spesis ikan ini tidak dianggap pelik malah sebagai musuh kepada pukat. Mana tidaknya ikan ini saling tak tumpah macam "ikan bandaraya" (pet fish) yang merosakkan mata jaring dan suka menelan mata kail. Teksur kulitnya yang bersisik kasar menyukarkan untuk proses menyinkirkannya dari pukat. Dan ia cukup suka bergulung (mcm kepompong) bila terkena pukat.


Sekitar tahun 90'an ikan ini sering dijadikan ikan hiasan. tetapi hari ini dianggap ikan yang pelik..Mungkin kerana ia tidak boleh dimakan gamaknya? he he he..

Ia dikenali sebagai "Armor Fish" mungkin kerana kulit semulajadinya macam berperisai

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 20 February 2014

SPRM Masih Siasat Isu Rasuah Lim Guan Eng?!

KENYATAAN MEDIA: SPRM SEDIA BERI PENERANGAN KEPADA ADUN PULAU PINANG

MERUJUK kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng semalam bahawa beliau keliru antara proses mengumpul maklumat dan siasatan formal, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menjelaskan bahawa SPRM sebelum memutuskan sama ada satu siasatan formal boleh dibuka atau sebaliknya, SPRM akan mengadakan proses mengumpul maklumat apabila menerima maklumat.

SPRM akan mengumpulkan maklumat untuk dinilai oleh Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM), yang akan memutuskan merit sama ada kertas siasatan perlu dibuka atau sebaliknya selaras dengan kehendak undang-undang.


SPRM juga ingin memaklumkan bahawa wujud perbezaan yang jelas antara proses mengumpul maklumat dan siasatan formal.

Memandangkan Ketua Menteri berkata beliau keliru dengan tatacara kerja yang diamalkan oleh SPRM, SPRM bersedia untuk memberi penerangan kepada Ketua Menteri, barisan Exco dan juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang berhubung tatacara kerja siasatan bagi memastikan masyarakat faham atas sistem dan prosedur yang digunakan oleh SPRM.

Berkenaan dengan isu Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang turut dibangkitkan oleh YAB Lim, SPRM ingin menyarankan bahawa sekiranya mereka masih belum memahami isu tentang siasatan berkaitan laporan audit walaupun telah berkali-kali dijelaskan, perkara berkenaan boleh dibawa ke perhatian Jawatankuasa Aduan Mengenai Rasuah (JKMR), yang turut dianggotai oleh Ahli Parlimen DAP, YB Dr Tan Seng Giau. YB Dr Tan merupakan ahli JKMR, salah satu badan bebas yang memantau perjalanan SPRM.

Untuk makluman, SPRM akan menyiasat jika ada kes berunsur rasuah ditimbulkan dalam LKAN. Berdasarkan rekod tindakan yang diambil ke atas LKAN, terdapat kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah, disabitkan kesalahan setelah perbicaraan atau tertuduh mengaku salah. Bagi kes-kes yang tidak mencukupi keterangan, SPRM akan mengesyorkan tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai kerajaan terbabit dan dikenakan tindakan tatatertib atas kesalahan melanggar peraturan dan prosedur jabatan.

Selain siasatan, SPRM juga menjalankan pemeriksaan terhadap amalan, sistem dan prosedur yang membuka ruang dan peluang kepada perlakuan Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2007, sebanyak sembilan kertas siasatan telah dibuka manakala LKAN 2008 membawa kepada 15 kertas siasatan dibuka, LKAN 2009 (17), LKAN 2010 (11), LKAN 2011 (26) dan LKAN 2012 pula 18 kertas siasatan.

Antara 2006 dan 2011, seramai 23 individu telah dituduh di mahkamah hasil siasatan yang dijalankan oleh SPRM dari LKAN. Sementara itu, 19 individu pula telah diambil tindakan tatatertib. Susulan LKAN 2012 yang dibentangkan pada Oktober dan awal Disember lalu, sebanyak 18 kertas siasatan telah dibuka. Kesemua kes telah pun selesai disiasat. Kes-kes berkenaan telah pun dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dan tindakan susulan.

Sebagai langkah jangka panjang, SPRM bukan sahaja memfokus kepada tindakan punitif melalui penyiasatan, tetapi juga melihat aspek penambahbaikan terhadap amalan, sistem dan prosedur melalui khidmat pemeriksaan dan perundingan. Ini bagi memastikan kelemahan-kelemahan yang boleh membuka ruang dan peluang perlakuan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa diperbaiki.

PESURUHJAYA DATUK MUSTAFAR ALI
PENGARAH BAHAGIAN SIASATAN
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
20 Februari 2014
Kenyataan balas ini bersabit pembohongan LGE yang mana beliau kononnya sudah bebas dan BERSIH, akan tetapi SPRM  masih dalam proses pengumpulan dan terima maklumat. 

DAP cukup terkenal dengan dakyah memutar belit dan memanipulasikan keadaan agar nampak beliau kononnya cukup bersih dalam mengendalikan aset negeri. Jika beliau bersih kenapa sendiri yang berkata(mengakui)?..Kenapa melangkau laporan SPRM? sedangkan dia sendiri tahu dah nak terlondeh tak lama lagi.

Isu penyelewengan Teresa Kok yang didakwa oleh bekas pemandu beliau tu apa cerita? http://daengselili.blogspot.com/2014/02/kalau-berani-saman-saya.html


Macai akan spin macam kipas helikopter malam nie kan?!...kah kah kah


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Waythamoorthy Naif?!


Tindakan Pengerusi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur hanya kerana tidak memenuhi tuntutan beliau disifatkan sebagai biadab dan melampaui batas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sikap Waythamoorthy yang cuba menyalahkan kerajaan khususnya Perdana Menteri pada hakikatnya, merupakan permainan politik beliau untuk menutup sikapnya yang mementingkan diri.

Katanya, tindakan beliau selaku Timbalan Menteri yang menuntut agar semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya mencerminkan sikap tamak dan tidak ikhlas beliau dalam memperjuangkan nasib kaum India secara holistik, seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

"Beliau perlu ingat, ramai lagi pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia yang telah memperjuangkan nasib kira-kira dua juta kaum India di negara ini. Saya sendiri selaku Ahli Parlimen Sembrong telah banyak membantu kaum India di kawasan saya selama ini.
"Selaku Menteri Kabinet dan Naib Presiden UMNO, saya tidak dapat menerima tindakan Waythamoorthy menyerang kerajaan selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri.

"Keputusan beliau memilih meletakkan jawatan setelah hanya sembilan bulan di dalam pentadbiran merupakan satu perbuatan khianat yang ternyata membelakangkan semangat setiakawan dalam kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Waythamoorthy yang semalam mengambil jalan mudah menyalahkan kerajaan terhadap kemunduran masyarakat India di negara ini.

Meskipun pelantikannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini disifatkan pelbagai pihak sebagai sia-sia, Waythamoorthy tetap berusaha menegakkan benang basah apabila mendesak Perdana Menteri pula meletakkan jawatan.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, Waythamoorthy sendiri tidak pernah datang berjumpa dan berbincang dengan beliau dalam hal peletakan jawatannya, apatah lagi membentangkan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan atau kebajikan kaum India.

Ternyata, kata beliau, Waythamoorthy masih terpengaruh dengan corak pendekatan politik yang dilakukan oleh Hindraf iaitu melalui desakan dan tekanan.

Jelasnya, Waythamoorthy perlu memahami bahawa corak kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mengamalkan sikap demokrasi dan toleransi tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.

"Peluang berada dalam Kabinet kerajaan sepatutnya digunakan sebaik mungkin jika benar-benar beliau ikhlas mahu membantu membela nasib kaum India.

"Saya yakin majoriti masyarakat India amat menghargai sumbangan Perdana Menteri dan kerajaan BN kepada mereka serta tidak akan terpengaruh dengan pemimpin berfikiran sempit seperti Waythamoorthy," tegasnya.


Kerajaan BN, tambah Hishammuddin, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sejak dulu lagi telah dan sentiasa berusaha membantu membela masyarakat India tanpa mengira fahaman politik mereka - UM

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone












Baca Seterusnya...

Pejabat Teresa Kok "Dituang" Cat Bukan Disimbah?

Kecoh hari ini Teresa Kok cuba meraih simpati rakyat Malaysia kononnya diserang secara psychology yang mana dilaporkan pejabat beliau disimbah cat?!

Daripada bukti dan keterangan dari beliau seolah olah ini satu perbuatan kianat?

Ada beberapa kemusykilan :

1. Cat merah tersebut kelihatan seperti dituang kerana besi penghalang (pintu grill) sedikitpun tidak diterjejas.

2. Jika ia disimbah. Pasti kita sedia maklum abis terpercik, bukan?

3. Kejadian ini belaku dikala beliau sendiri tahu ramai yang sedang marah pada beliau, adakah ini dalam proses mengambil peluang?

Nampak sangat waktu kejadian ini pintu (grill) tersebut terbuka lalu suspek "menuang" cecair tersebut lalu pulang.

Ha ha ha...ayam DAP bodoh!!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Wednesday, 19 February 2014

Warga Vietnam Tikam Perut Rakan Senegara

Dua pekerja kontrak warga Vietnam parah selepas ditikam di dada dan perut oleh rakan sekerja mereka di sebuah tapak projek perumahan di Taman Sedri Pelangi, Rembia, di Alor Gajah, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, See Dek, 25, ditikam di bahagian kiri dadanya oleh suspek yang juga rakannya berusia awal 30-an di dalam tandas sebuah bangunan di tapak projek perumahan terbabit.

Difahamkan, rakan mangsa, Ad Win, 40-an, yang cemas melihat rakannya terbaring berlumuran darah sambil menekup dada cuba melawan dua suspek terbabit, namun dia turut ditikam di perut sebelum suspek melarikan diri.

Melihat dua suspek yang juga rakan senegaranya itu melarikan diri, Ad Win bingkas bangun mengejar mereka sehingga ke deretan bangunan kedai sambil menjerit meminta tolong sebelum dia tersungkur berhampiran sebuah kedai runcit kerana kecederaan parah dialaminya.
AD Win cedera parah akibat tikaman di bahagian perut.

Menurut sumber, ketika kejadian kedua-dua mangsa baru saja berehat untuk makan tengah hari di tapak projek berkenaan sebelum didatangi dua suspek dalam keadaan berang sambil memegang sebilah pisau dan kayu.- metro



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!