Thursday, 25 December 2014

Semua Acara Sambutan Dibatalkan - Sultan Perak

Sultan Perak titahkan acara hiburan yang dirancang menjelang sambutan Tahun Baharu termasuk anjuran kerajaan negeri, dibatalkan.


Juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah juga menitahkan semua masjid di negeri ini (Perak) mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat, esok memohon doa untuk meringankan ujian agar kehidupan rakyat dipulihkan seperti sedia kala.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Sultan Perak, memaklumkan, titah berkenaan diutarakan sempena keberangkatan baginda bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim ke sesi taklimat situasi banjir di Perak serta lawatan baginda ke pusat pemindahan mangsa banjir, hari ini.


Turut berangkat menemani Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memantau banjir di sekitar Bandar Di-Raja Kuala Kangsar ialah Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir (Menteri Besar Perak), YB Kamil Safie (ADUN Manong), YB Maslin Sham Razman (ADUN Chandan), Saudara Mustafa Shah (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar) dan wakil wakil penduduk yang berkesempatan turut sama.

Difahamkan ketika ini Datuk Wan Khair-il Anuar selaku Ahli Parlimen Kuala Kangsar tidak ada didalam negara. Walaubagaimanapun beliau masih memantau keadaan di sekitar kawasan melalui pasukan pasukan penyelamat, ketua kampung dan wakil-wakil beliau di setiap kawasan yang terjejas.





Gambar Ehsan : Mustafa Shah (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar)


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Semua Acara Sambutan Dibatalkan - Sultan Perak Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 25 December 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!