Tuesday, 30 December 2014

Pesawat AirAsia QZ8501 Ditemui #QZ8501 #airasia



Masuk hari ketiga pencarian pesawat malang milik Air Aisa Indonesia... pencarian lebih tertumpu kepada Selat Karimata berhampiran pulau Bangka, kira-kira 15 ke 20 kilometer daripada tempat kapal terbang kali terakhir bercakap dengan menara kawalan.

Kawasan tersebut menjadi fokus selepas seorang nelayan yang hanya dikenali sebagai Taha mendakwa melihat banyak serpihan yang "bukan sampah biasa" dilihat di kawasan tersebut pada Isnin.

Berbekalkan maklumat tersebut pesawat tentera Indonesia (TNI) dikerahkan untuk memulakan pencarian di zon yang disebut oleh Taha.

Hasilnya lebih kurang jam 11.00 pagi tadi lebih 10 objek berjaya dirakam pesawat Hercules C130 yang turut membawa media.

Selepas beberapa kali berlegar dikawasan tersebut, mereka pulang ke pengkalan udara Landasan Udara Iskandar, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, dan membuat laporan.

Hasilnya satu pasukan khas diterbangkan ke tempat kejadian yang kemudiannya untuk mengambil serpihan.

Petang Selasa, serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.

Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo, sebentar tadi.

"Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya.

Sementara pembantu juruterbang pesawat Hercules C130 Letnan Satu Penerbang Erwin Tri Wibowo mengaku menemukan tubuh manusia di Selat Karimata, Kalimantan Barat.

"Tadi juga sempat tertangkap kamera seperti orang terbawa ombak," ujar beliau.

Tri mengatakan tubuh manusia tersebut ditemukan dekat Teluk Air Hitam, Selat Karimata.

Pesawatnya sempat berputar-putar beberapa kali di kawasan itu untuk mencari dugaan tubuh tersebut. Namun, ia hilang.

Sementara itu, berikutan perkembangan tersebut Ketua Badan Penyelamat Indonesia Soelistyo mengarahkan semua pasukan yang terlibat dengan SAR menuju ke zon serpihan AirAsia ditemui di Laut Jawa.

Menurut dia, seluruh armada akan menuju ke lokasi melakukan pencarian. Di titik itu ditemukan sejumlah serpihan mulai dari pelampung, dan pecahan exit door.-
sumber : agendadaily.com










للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pesawat AirAsia QZ8501 Ditemui #QZ8501 #airasia Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 30 December 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!