Thursday, 25 December 2014

@najibrazak : Wilayah Persekutuan Cadang Batal Sambutan Tahun Baru - Tengku Adnan



Tengku Nan menyatakan pendirian beliau agar majlis sambutan Tahun Baru 2015 dibatalkan walaupun mendapat tajaan sebanyak RM3 Juta dari salah satu Bank terkemuka di Malaysia iaitu AMBank. 

Selepas sesi bertemu dan bersalaman dengan hadirin, terus diadakan sidang media di Ruang Legar Menara DBKL yang menjawap beberapa isu yang sedang dibangkitkan didalam media maya berkenaan kontrovesi Majlis Sambutan Ambang Tahun Baru di Putrajaya yang kononnya kerajaan Wilayah Persekutuan mengeluarkan sejumlah wang (RM3 Juta) untuk membiayai program pada malam ambang tahun . 

Dalam ucapan sidang media yang dikeluarkan oleh Tengku Nan, Beliau menafikan akan pengeluaran dana tersebut untuk tujuan itu sebaliknya Tengku Nan mengatakan Konsert Ambang 2015 itu bakal dibatalkan dan tengku nan akan berbincang dengan Pengerusi AmBank Group Tan Sri Azman Hashim agar sudi menyalurkan kos keseluruhan Ambang Tahun Baru berjumlah RM3 juta kepada DBKL itu untuk tindakan bantuan banjir dan sebagainya.

Beberapa majlis bakal berlangsung pada malam tahun baru tersebut dimaklumkan ianya seperti Majlis Selawat di Masjid Putra Putrajaya dan Selawat Perdana Cinta Rasul di Dataran Merdeka.

Majlis Rumah Terbuka Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Dataran DBKL Kuala Lumpur, kebanyakkan hadirin telah menduduki meja masing masing menunggu kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Nan Tengku Mansor tepat pada pukul 5.00 selepas sesi bersalaman dengan wakil wakil Gereja Seluruh Wilayah Persekutuan terus dilangsungkan dengan ucaptama Menteri Wilayah .



  
Dalam ucapan beliau, Tengku Nan secara peribadi merasakan majlis ini harus dilangsungkan setelah berbincang dengan beberapa wakil dari bukan Islam yang mana ada segelintir mengkritik majlis sambutan Rumah Terbuka Krismas ini tidak menghormati mangsa musibah banjir yang terjejas di Pantai Timur. Beliau memetik nama negeri negeri yang sedang didalam keadaan banjir dan beliau mengesa para hadirin agar bertafakur dan kepada yang Islam diminta membaca Al-Fatihah tanda rasa simpati dan berdoa agar mereka dalam keadaan baik dan selamat.



Selesai sidang media Tengku Nan dan para pertugas majlis bersama sama menyerahkan hadiah tanda simbolik kepada majlis rumah terbuka krismas pada tahun ini.



Dilihat seorang pemimpin pembangkang, Teressa Kok turut sama hadir dan diberi laluan oleh para petugas untuk beliau turut sama member hadiah kepada hadiri.












للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@najibrazak : Wilayah Persekutuan Cadang Batal Sambutan Tahun Baru - Tengku Adnan Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 25 December 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!