Monday, 29 December 2014

#AwasBanjir : "Ibarat Melepaskan Anjing Tersepit" #prayforpantaitimur



Pembangkang kat Malaysia nie kalau Kerajaan bantu kena kutuk tak bantu lagi la kena. Apa yang dorang cuba terapkan adalah kebencian sedangkan Kerajaan hari ini cukup penuh dengan kasih sayang dan toleransi.

Pembangkang bila nak sesuatu mengikut tekaknya mesti akan bandingkan Malaysia dengan negara luar, tetapi pernah ke pembangkang bandingkan muafakatnya orang negara luar bila belaku musibah di dalam negara mereka?



Pembangkang kat Malaysia ini jadikan musibah ini satu jambatan untuk menabur fitnah dan mencerca pemerintah. Termasuklah seorang yang pernah aku hormat dalam bidang sastera. Bila ada sahaja tak kena terus tulis madah puisi syair kononnya dan jelas menghukum pemerintah tanpa usul periksa.

Najib memacu kerajaan yang cukup fleksible dan ini menjadikan kepimpinan negara terus dihenyak seolah olah pemimpin Malaysia tiada ada jasa kepada rakyat nya yang hari ini cukup selesa dengan teknologi dan hidup yang jauh lebih baik dari negara sekitarnya.

Jika semasa banjir ini pun boleh ditabur fitnah dan mengadu domba perkara-perkara dusta apalah jadinya pada Malaysia ini ada malapetaka gunung berapi.Kerajaan kena usaha palam lubang gunung tu agakanya. Pasukan penyelamat dikawasan banjir menitik peluh bersengkang mata untuk menyelamatkan dan membantu mangsa. Datang hero taik kucing tabur fitnah dengan bahan yang cukup kreatif dari segi grafik dan penyampaian. Rakyat naif diracun dengan sentimen marahkan pemimpin sedangkan pemimpin yang mereka angung-agungkan itu hanya "bawak telur dua biji sahaja" ke kawasan banjir. 


Bila aku menulis sesuatu yang tak kena dengan nafsu serakah pembangkang aku dituduh lembu Najib Barua Najib sedangkan Najib tak kenal pun siapa aku.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#AwasBanjir : "Ibarat Melepaskan Anjing Tersepit" #prayforpantaitimur Daeng Selili Rating: 5 Monday, 29 December 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!