Monday, 8 December 2014

AL FATIHAH Dato Fuad Hassan Meninggal Dunia!

Innalillahi wainna ilaihi raajiuun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu. Dimaklumkan bahawa YBhg Dato' Haji Fuad Bin Tan Sri Haji Hassan Ketua Pengarah Hal Ehwal Khas (JASA) Malaysia telah meninggal dunia sebentar tadi jam 12.20 am di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.


Admin dimaklumkan pada awalnya arwah mengalami serangan Jantung sewaktu Retreat KKMM di Kemaman malam kemarin, Dan telah di bawa ke Hospital Besar Tuanku Afzan Kuantan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Bukit Teratai, Ampang sebelum Solat Zohor.

Rumah: No.52, Jalan 4M, Ampang Jaya, Selangor

Takziah kepada ahli keluarga Arwah. 
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. AL FATIHAH!

(sumber dari pengawai JASA) 


Dato' Fuad adalah anak kepada tokoh agama pengajian Al-Qur'an iaitu Tan Sri Haji Hassan Azhari. Beliau adalah anak kedua, abangnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan adiknya ialah pelakon Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau kini menetap di Ampang Jaya, berhadapan dengan rumah adiknya, Dato' Jalaluddin Hassan. Beliau dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.

Beliau mempunyai kelulusan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
AL FATIHAH Dato Fuad Hassan Meninggal Dunia! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 8 December 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!