Tuesday, 11 November 2014

Mayat Dalam Pukat Di Besut [Gambar]

Ketua Polis Daerah Besut, Terengganu mengesahkan bahawa penemuan mayat yang tersangkut di pukat jerut oleh nelayan kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Susu Dara Terengganu kira-kira jam 2.00 petang semalam bukanlah nelayan yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Perhentian tetapi ianya seorang lelaki warga asing.



Admin nasihat mohon jangan reka reka cerita berkenaan penemuan ini, ini mungkin kes pembunuhan@kehilangan yang melibatkan warga asing yang tidak kena mengena dengan kes kehilangan nelayan yang dilaporkan baru baru ini 

KUALA BESUT - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pemancing yang hilang ketika keluar memancing di laut Khamis lalu gempar apabila satu mayat ditemui terapung kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Susu Dara dekat Pulau Perhentian semalam.

Penemuan mayat itu melegakan semua pihak termasuk mereka yang terlibat dalam operasi mencari juga waris Ali Majid, 59, selepas lima hari operasi dilakukan.

Berita penemuan mayat tersebut menyebabkan waris mangsa dan orang ramai bergegas ke Jeti Pelancongan Kuala Besut untuk menunggu.

Suasana pilu menyelubungi di kawasan jeti apabila ahli keluarga mangsa ada yang tidak dapat menahan kesedihan termasuk isteri mangsa Hasnah Mat, 52 dan anak-anak.

Berita penemuan mayat tersebut diketahui ketika jemaah menunaikan solat hajat khusus untuk pencarian Ali di tepi pantai Kampung Pengkalan Atap berdekatan rumah mangsa.

Majlis solat hajat itu anjuran Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Besut yang turut dihadiri Adun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Namun tidak lama kemudian, berita penemuan mayat itu menghampakan semua pihak apabila didapati mayat yang ditemui bukan Ali.

Mayat warga asing yang ditemui

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah yang ditemui di Kuala Besut mengesahkan mayat yang ditemui kira-kira jam 2 petang semalam bukan Ali.

Menurutnya, mayat tersebut telah ditemui oleh nelayan bot pukat tunda dari Kuala Terengganu kira-kira 10 batu nautika selepas Pulau Susu Dara sebelum diserahkan kepada Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (Maritim).

“Berdasarkan keadaan mayat yang mempunyai kesan tatu pada beberapa bahagian anggota badan termasuk pengecaman yang dibuat anak lelaki mangsa mengesahkan mayat tersebut bukan Ali, sebaliknya dipercayai warga asing.

“Mayat dipercayai lelaki itu dianggarkan telah mati kira-kira seminggu berdasarkan keadaan mayat dan punca kematian yang belum diketahui,” katanya yang juga Ketua Operasi SAR.

Khaled berkata, mayat tersebut di bawa ke Jeti APMM di Tok Bali, Pasir Putih Kelantan sebelum dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tengku Anis, Pasir Putih, Kelantan untuk bedah siasat.

Operasi mencari akan diteruskan

Beliau berkata, berikutan itu usaha mencari dan menyelamat pemancing terbabit akan diteruskan.

“Kami juga memohon bantuan helikopter dari Unit Udara Polis bagi memantapkan lagi usaha mencari mangsa yang diperluaskan di kawasan pesisir pantai,” katanya.

Terdahulu, majlis solat hajat yang diadakan semalam diimamkan bapa Tengku Zaihan iaitu Che Ku Abd Rahman Che Ku Abdullah dengan dihadiri kira-kira 100 jemaah terdiri daripada penduduk sekitar.

Menurut Tengku Zaihan, majlis solat hajat itu diadakan sebagai salah satu usaha memohon kepada ALLAH agar mangsa yang lebih dikenali sebagai Mail dalam kalangan penduduk tempatan segera ditemui walau dalam apa keadaan sekalipun.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari mangsa yang bertungkus-lumus sejak Khamis lalu, manakala kepada keluarga mangsa saya berharap mereka tabah dan bersabar,” katanya. [rujuk]





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Mayat Dalam Pukat Di Besut [Gambar] Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 11 November 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!