Sunday, 9 November 2014

Kes Lelaki Berpakaian Wanita Mengejutkan Muhyiddin


Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang mengejutkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun bukan pakar dalam hal berkenaan, beliau merasakan keputusan itu perlu diteliti semula kerana ia memberi implikasi besar kepada masyarakat, apatah lagi ia berkaitan dengan Perlembagaan.

"Ia satu keputusan yang agak luar biasa, mengejutkan walaupun mahkamah yang putuskan.

"Saya baca kenyataan pihak pimpinan Islam seperti mufti dan persatuan wakili peguam Muslim yang merasa hairan bagaimana keputusan itu dibuat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini, Ahad.

Muhyiddin berkata kerajaan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan itu, namun pihak Jabatan Agama Islam Negeri dan Peguam Negara boleh 'mencelah' untuk mengemukakan rayuan supaya keputusan itu diteliti semula.

"Jadi, elok diserah pada pihak Peguam Negara, Jabatan Agama Islam Negeri atau Majlis Agama Islam Negeri untuk membuat apa-apa rayuan atau sebagainya," katanya.

Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang mengetuai panel tiga hakim membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu. - Bernama

(Gambar hiasan)

Isu ini serahkan kepada pihak perundangan yang berkenaan hal ini, walaubagaimanapun adalah HARAM bagi lelaki berpakaian wanita (atau sebaliknya) lagipun jika mak andam pun kalau nak cari makan nak mengandam ke nak melaram?!

Kepada pengantin yang nak pakai serbis mekap tu cuba hire gadis asli jadi mak andam..yang nak bapok gak tu dah kenapa?! Tu la terlalu ikut sangat budaya asing..



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kes Lelaki Berpakaian Wanita Mengejutkan Muhyiddin Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 9 November 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!