Friday, 14 November 2014

Kebebasan Bersuara Malaysia Rendah?!

Baru baru dalam sidang dewan rakyat seorang MP DAP yang angkuh lagi bijaksana melabelkan Malaysia sebuah negara yang tidak mengamalkan kebebasan bersuara secara total seperti mana dalam video yang ditunjukkan dibawah ini.


Malahan perbandingan yang MP DAP tersebut dalam percakapannya langsung tidak memandang kepada kebaikkan yang baik malah mahu meletakkan Malaysia setara dengan negara yang kurang bernasib baik berbanding Malaysia iaitu Timor Leste. 


Mungkin ada dikalangan pembaca jarang mendengar nama negara itu akan tetapi MP DAP membandingkan Malaysia dengan negara yang "kurang baik" dari Malaysia (rank 141)?!

Sebelum ini DAP dalam ceramahnya sering membandingkan Malaysia dengan Singapura dalam pelbagai aspek akan tetapi tidak pada "Kebebasan Bersuara". Apakah yang cuba diselindungkan fakta yang mana Singapura jauh lebih "kuku besi" berbanding negara ini. 


Dalam perbahasan di Dewan Rakyat yang disambut oleh Datuk Seri Shabery Cheek jelas menceritakan senario sebenar Malaysia hari ini lebih baik dalam mengendalikan hak Kebebasan Bersuara berbanding negara keagungan pakatan pembangkang.



Walaubagaimanapun Malaysia tidak pernah mempertikaikan cara Singapura mentadbir urus negaranya. Cuma parti DAP jelas mahukan pembandingan mengikut tembolok mereka sahaja.

Nampak jambul jek komunis tu kena bedai dengan Shabery Cheek kah kah kah...

Kebebasan Bersuara Malaysia Rendah?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 14 November 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!