Tuesday, 18 November 2014

Director Cina Buli Pemandu Wanita

Gambar seorang lelaki cina bertindak membuli seorang  pemandu wanita. Individu ini dikhabarkan seorang Director Business Development di sebuah syarikat di Subang Jaya. Individu berkenaan bertindak ala samseng jalanan dan mengundang komen negetif terhadap beliau. 

Kali ini pihak berkuasa khususnya PDRM sewajarnya tidak mengamalkan "double standard" lantaran ada yang mengaitkan perkara ini dengan insiden saudari Kiki Kamaruddin.

Kita tunggu dan lihat apa komen KPN.




Seorang pemandu wanita mengalami detik cemas di sebuah lebuh raya dari USJ menuju ke Shah Alam.

Mangsa mendedahkan, pemandu lelaki (gambar) terbabit memandu secara melulu dan merbahaya menyebabkan mangsa bertindak membunyikan hon padanya. 

Bagaimanapun tindakannya itu mengundang akibat apabila lelaki berkenaan berhenti dan menahan kereta mangsa dan seterusnya menengking mangsa, meludah cermin kereta dan merosakkan wiper kereta serta cermin sisi.

Mangsa sempat merakam gambar lelaki itu yang memandu kenderaan jenis Honda CR-V dengan nombor pendaftaran W2202B yang dipercayai berbangsa cina. - sumber






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Director Cina Buli Pemandu Wanita Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 18 November 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!