Tuesday, 21 October 2014

Tren LRT Baru 2015?!


Majlis Menandatangani Perjanjian kontak CSR ZELC untuk membekalkan 30 set Transit Aliran Ringan (LRT - Light Rail Transit) dengan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah diadakan bertempat di Hotel Hilton Kuala Lumpur hari ini.


Majlis ini diadakan bagi meneruskan pelan transformasi sistem pengangkutan awam Lembah Kelang dengan mengantikan gerabak model baru Transit Aliran Ringan pada tahun hadapan (2015) bagi laluan Ampang. Upacara tersebut telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Encik Zhou Qinghe, Pengerusi dan Pengarah Urusan CSR ZELC bersama Y. Bhg. Tan Sri Ismail Adam, Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad.

Turut hadir pada majlis ini antaranya ialah Y. Bhg. Encik Luo Chongfu Timbalan Pengarah Urusan CSR ZELC , Dato’ Sri Shahril Moktar (Kumpulan Pengarah Urusan Prasarana) dan Dato Mohd Zahir Zahur Hussin (Kumpulan Pengarah bahagian kewangan Prasarana).


Prasarana Malaysia Bhd bakal akan menggantikan kumpulan tren enam gerabak yang kini beroperasi bagi LRT RapidKL (LRT) Laluan Ampang, dengan tren baharu tahun depan bagi meningkatkan perkhidmatannya.






Lima puluh tren enam gerabak atau kenderaan rel ringan (LRV) berharga RM990 juta sedang diperoleh daripada pengeluar tren China CSR Zuzhou Electric Locomotive Co Ltd (CSR ZELC).

LRV terbabit dijadual diserahkan mulai Disember dan dijangkakan beroperasi secara berperingkat-peringkat mulai Oktober 2015.

Pengerusi Prasarana Tan Sri Ismail Adam berkata tren baharu itu akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat, termasuk televisyen litar tertutup, tingkap kecemasan, kipas pengudaraan kecemasan, peranti pengesanan asap dan kebakaran dan sistem pemantauan automatik operasi tren.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Seri Shahril Mokhtar dan Timbalan Ketua Pengarah CSR ZELC Lou Chongfu untuk membekalkan LRV terbabit bagi Laluan Ampang, di sini hari ini.

Tren berkenaan, yang turut dilengkapi paparan destinasi interaktif dalam tren, tempat duduk tidak melungsur turun, LCD hiburan berinformasi, dan ruang kerusi roda yang lebih luas, akan menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih menarik untuk pengguna. Purata penumpang kini mencecah 180,000 penumpang sehari.

Operasi RapidKL LRT Laluan Ampang yang dimulakan pada 1996 dikenali sebagai perkhidmatan STAR-LRT sebelum diambil alih oleh Prasarana pada 2002 bersama-sama perkhidmatan PUTRA-LRT yang dijenamakan semula sebagai RapidKL LRT Kelana Jaya-credit rakyatnews
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tren LRT Baru 2015?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 21 October 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!