Sunday, 12 October 2014

Najib Sepatutnya Tunduk Menyembah Rakyat #bajet2015

Sejak pembentangan bajet 2015 di Dewan Rakyat Jumaat lepas pelbagai keluhan dan rugutan dimedia siber yang rata rata mempunyai pandangan yang tersendiri.


Tidak sepi dari lidah pembangkang yang hari ini mempertikaikan focus tiap isi bajet kali ini yang mana dilihat lebih menjurus kepada permerhatian terhadap infrastuktur demi kelangsungan keselesaan rakyat demi masa akan datang. Dalam pada itu ketua pembangkang DS Anwar sendiri menganggap "dia tiru kami" dalam masa yang sama beliau setuju dengan apa yang dibawa oleh pucuk pimpinan negara DS Najib Razak.

Yang menyedihkan segelintir penyokong pembangkang menyerang bajet kali ini dengan harapan boleh meneruskan agenda menghasut rakyat kononnya kerajaan hari ini tidak layak memerintah hanya kerana bajet ini tidak menepati tembolok mereka sedangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini tidak meminggirkan mana mana bahagian dan layaknya dipanggil ADIL iaitu 'meletakkan sesuatu yang wajar ditempatnya'

Sebagai contoh tambahan wang BR1M diumumkan DS Najib dianggap sebagai suapan setiap hari oleh pemikir kreatif memutarbalikkan sumbangan kerajaan kepada yang layak menerima BR1M. Ada pula pakar kira kira memberikan kiraan BR1M adalah gaji setiap hari kepada penerimanya.

Walaupun pendirian admin kepada subsidi dan BR1M ini tidak wajar diberikan berterusan tapi admin dapat rasakan sendiri bertapa bersyukurnya mereka mereka menerima bantuan ini yang sedikit sebanyak boleh menampung pembelanjaan barangan keperluan atau sebagai alat pengaliran wang dalam negara dan ini banyak memberi pergerakan positif ekonomi.


BR1M tidak teruskan pun tidak mengapa akan tetapi jangan dilupai ianya salah satu manifesto PRU13 yang kini kita sedang menikmati manfaatnya.

Isu Subsidi kecoh sekejap sebelum bajet diistiharkan termasuk beberapa gerakan demonstrasi menentang penarikkan subsidi RM0.20 dikala harga minyak dunia dikhabarkan telah turun. Hal ini admin tak pasti nak ulas bagaimana tapi dari apa yang pernah kita lalui zaman sebelum ini harga minyak turun negara kita kekalkan harganya untuk mengelak trap ekonomi yang mungkin akan belaku kelak.

Perjuang Rakyat sedang lena dalam Dewan Rakyat

Tak dilupa Malaysia hari ini menjadi tumpuan dunia lantaran insiden tragis Lahad Datu, MH370, MH17 dan pelbagai kejadian yang tidak disangka sangka malah ia menarik perhatian dunia dizaman pemerintahan DS Najib yang penuh gelombang hari ini termasuk kegilaan DS Anwar yang tidak pernah memuji akan keadaan pemerintahan kerajaan hari ini akan tetapi dikutuknya Malaysia sehinggakan ia menimbulkan spekulasi yang tidak baik kepada negara dan ia memberi impak kepada pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia dan itulah motif yang cuba dijayakan terhadap keadaan ekonomi Malaysia hari ini.

Masih ingatkah himpunan BERSIH sebelum ini, berapa negara rugi dari kejadian itu ada anda fikir apa impaknya berdemonstrasi sedangkan dinegara kita ini cukup aman adanya.


PEMBANGKANG HANYA BOLEH TUDUH DALAM PENULISAN MEREKA KONONNYA KERAJAAN MENIPU. ISU BLACKOUT SAMPAI HARI INI TIADA SEBARANG BUKTI!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Najib Sepatutnya Tunduk Menyembah Rakyat #bajet2015 Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 12 October 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!