Friday, 31 October 2014

Kenali Calon Presiden Majlis Belia Negeri Perak

Untuk makluman semua, Mesyuarat Agung MBN Perak kali ke 18 akan berlangsung pada 1hb November 2014.

Dibawah adalah sedikit ucapan dari calon 01 Hasnul Fairuz :

Dengan rasa rendah dirinya saya dicalonkan bagi penggal ini sebagai Presiden Majlis Belia Negeri Perak. 

Saya mohon sokongan, dorongan dan doa rakan-rakan untuk saya meneruskan perjuangan Dasar Belia Aman Jaya serta konsep 5P untuk 5 Tahun. 

Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya.


Calon 01 - Meraikan Perbedaan Memperkukuhkan Perpaduan !!!

- Terlibat dengan  Gabungan Pelajar Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sejak 1993

- Peserta World Youth congress di Maghribi pada tahun 2003

- Peserta National Youth Asean award di Cambodia 2006

- Penerima tokoh kepimpinan bagi sambutan hari belia peringkat negeri perak 2005

- Penerima tokoh kesukarelaan bagi sambutan hari belia peringkat negeri perak 2007. 

- Pernah menjadi Exco majlis belia malaysia sejak 2006-2009

- Ketua penerangan majlis belia malaysia 2010- hingga kini 

- Presiden Majlis Belia Negeri Perak satu (1) penggal


Setelah admin membuat kajian sikap secara rambang, rata rata menyokong penuh Hasnul Fairuz untuk terus memimpin Majlis Belia Negeri Perak pada sesi pemilihan kali ini.

Seorang pemain badminton yang admin temubual berkata, tidak ada sebab mengapa Hasnul tidak boleh mengekalkan jawatan berkenaan kerana beliau sememangnya mempunyai rekod cemerlang dalam pelaksaan tugas yang diberi pada penggal yang lalu tidak.

"Bagi saya seorang atlit sukan, kita perlu memberi ruang ini kepada beliau (Hasnul) untuk mengekalkan jawatan tersebut bagi memudahkan beliau meneruskan agendanya untuk membangun dan memajukan belia di negeri ini.

"Saya sendiri pernah bertemu dengan beliau disatu acara sukan di Ipoh pada awal tahun ini, beliau mempunyai sifat karismatik yang menarik dan boleh didekati tanpa perlu protokol yang berlebih lebih malahan beliau rajin membantu dalam masyarakat belia Perak hari ini tidak kira apa jua kaum dan fahaman agama, sifat rendah dirinya dan sentiasa dekat dihati belia juga akan menjadikan beliau sebagai contoh untuk generasi belia terus cemerlang pada masa kini dan akan datang.

"Namun, apa yang penting ialah saya menyokong beliau mengekalkan jawatan selaku Presiden Majlis Belia Negeri Perak." 


Dengan itu admin berpendapat adalah wajar kita mengekalkan Presiden MBN yang sedia ada saudara Hasnul Fairuz (link facebook) sebagai Presiden Majlis Belia Negeri Perak adalah kerana belia negeri perak sememangnya memerlukan pemimpin yang sebegini  

Undilah Hasnul Fairuz calon 01 yang sememangnya telah terbukti kepimpinannya.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kenali Calon Presiden Majlis Belia Negeri Perak Daeng Selili Rating: 5 Friday, 31 October 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!