Tuesday, 2 September 2014

[Video] Wartawan Ditumbuk Dari Belakang?! #MH17 #prayMH17

Seorang petugas media yang membuat liputan kepulangan jenazah nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 mengalami kecederaan selepas dipercayai dipukul oleh ahli keluarga mangsa di Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi.


Jurugambar daripada kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Aizuddin Saad dipercayai ditumbuk dalam kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan manakala kameranya turut rosak.

Difahamkan, orang ramai termasuk petugas pusat peringatan berkenaan berjaya meredakan keadaan. Aizuddin kemudian dihantar ke sebuah klinik berdekatan oleh kakitangan pusat peringatan itu untuk mendapatkan rawatan. - sumber

DS : Dalam keadaan kekecewaan semua rakyat Malaysia wajar kita mengawal perasaan, walaubagaimanapun pihak berkuasa diharap dapat menyiasat akan kejadian ini. Walaupun dilihat ia seakan perkara kecil akan tetapi di Malaysia mempunyai undang-undang yang wajib ditegakkan!

video

Adakah mayat itu boleh bangun berjalan semula kah selepas wartawan ini dikasari?!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
[Video] Wartawan Ditumbuk Dari Belakang?! #MH17 #prayMH17 Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 2 September 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!