Tuesday, 9 September 2014

Tsunami : Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Amaran #tsunami


"Assalamualaikum.. Jpam langkawi terima pggiln drpd balai polis pdg matsirat.. Info mngatakan sebentar td berlakuny gempa bumi Dan dijangka akan berlaku ombak besar pada jam 2.30 ptg ini.. Balai polis minx info kn kpd beach boy untuk hentikan xtvt sukan pantai PD ptg ini..Maklumat yg jpam terima dari polis.. Minta semua rakan2 bgtau adeq beradik yg dok kwsan berdekatan pantai.. Berhati2"

Itulah antara sedutan ayat dalam applikasi what-apps yang mana ditambah tokok ayatnya dengan GEMPA BUMI segala macam sedangkan ia adalah amaran angin kencang dan laut bergelora sahaja dikeluarkan oleh Jabatan Meterologi Malaysia agar menjauhi pantai dan berwaspada pada keadaan laut yang tidak selamat bagi bot bot kecil. Berhati hati dalam menyebarkan berita.!



AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A: AMARAN UNTUK PERKAPALAN

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat-Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Labuan dijangka berterusan sehingga Selasa, 9 September 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Selat Melaka dijangka berterusan sehingga tengahari, Selasa, 9 September 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

(I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga Selasa, 9 September 2014.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

(II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, P.Pinang, Perak, Johor Barat dan Terengganu dijangka berterusan sehingga tengahari, Selasa, 9 September 2014.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Dikemaskini pada 09 September 2014, jam 10:09AM - Sumber JMM

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tsunami : Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Amaran #tsunami Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 9 September 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!