Tuesday, 2 September 2014

#PPS Pasukan Pemukul Sukarela?!

Polis bertindak betul dengan menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, Malaysia bukan sebuah negara yang membenarkan kerajaan negeri mengambil alih peranan polis, atau memberi layanan istimewa kepada mana-mana badan beruniform yang berlagak seperti polis.



"Pasukan sukarela itu dilihat mencabar polis dengan mengambil bahagian dalam sambutan Merdeka di Pulau Pinang walaupun telah diberi amaran oleh pihak berkuasa.

"Kumpulan itu seolah sengaja menggunakan hari istimewa Merdeka untuk melanggar undang-undang dan memburukkan imej polis.

“Saya rasa mereka patut pergi ke negara lain di mana polis di sana lebih ofensif di mana mereka tembak dan bunuh orang. Baru mereka tahu betapa amannya Malaysia,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Sentoria Langkawi Sdn Bhd semalam.

Beliau menegaskan, seseorang itu tidak boleh berlagak selaku polis hanya dengan memakai uniform yang dibekalkan organisasi bukan kerajaan.

“Mereka yang rasa ada kuasa di negeri itu tidak sepatutnya mengandaikan bahawa mereka ada kuasa untuk mengambil alih tugas polis,” tambahnya.

Ahad lalu, polis telah menahan 154 anggota PPS selepas mereka mengambil bahagian dalam perarakan Hari Merdeka di Padang Kota, Pulau Pinang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata anggota PPS itu, termasuk tujuh wanita, ditahan pada jam 10.15 pagi untuk membantu siasatan kerana melanggar Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin semalam dilaporkan turut bersetuju dengan tindakan polis, selain melabel kumpulan itu sebagai “berbahaya.” - sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#PPS Pasukan Pemukul Sukarela?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 2 September 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!