Thursday, 25 September 2014

Penjawat Awam Naik Gaji 2015?! [Siaran Media JPA]


Semasa keadaan situasi negara sedang dalam peringkat memacu kearah Negara Maju Berpendapatan tinggi masih ada segelintir rakyat Malaysia yang berfikiran kolot dan terlalu mengharapkan suapan yang boleh dianggap 'melampau'.


Merujuk dari petikan sebuah blog yang mendakwa menerima pesanan ringkas didalam aplikasi whatapps. satu artikel yang tidak bersumber sahih malah berunsur fitnah keatas presiden CEUPACS. Walaupun sebelum ini ISU NAIK GAJI dan PENJAWATAN dalam sektor awam dilihat CEUPACS cukup sinonim dalam perkara seperti ini. Walaubagaimanapun komen dari pengunjung blog tersebut jelas tidak menerima dakwaan tersebut.

Orang ramai dinasihatkan berhati hati dalam menyebarkan sebarang bentuk berita yang melibatkan orang ramai demi mengelakkan salah faham dan rasa tidak senang dalam masyarakat kita hari ini.

Terima Kasih kepada JPA kerana bertindak segera dalam perkara ini:


PENAFIAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) MENGENAI KAKITANGAN AWAM TERIMA KENAIKAN GAJI BARU MULAI 1 JANUARI 2015.



PUTRAJAYA, 25 September 2014-Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin memaklumkan bahawa penyebaran berita mengenai kenaikan gaji dan elaun kakitangan awam yang disiarkan melalui media-media sosial adalah tidak benar. Mohon kerjasama semua pihak untuk tidak menyebarkan berita ini sekiranya ada menerimanya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pasukan Komunikasi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tel: 03-88853830/3146
Emel : komunikasi@jpa.gov.my 








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Penjawat Awam Naik Gaji 2015?! [Siaran Media JPA] Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 25 September 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!