Tuesday, 16 September 2014

Khairy Optimis Orang Muda Sokong Barisan Nasional #pengkalankubor #bn4prk

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yakin hampir setengah pemuda yang akan mengundi dalam PRK Pengkalan Kubor kekal dengan BN.

Pemuda Umno yakin seramai 45% pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tidak akan mensia-siakan peluang untuk terus memilih Barisan Nasional pada PRK itu, 25 September ini.


Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ini kerana pengundi muda itu mengetahui dengan jelas apa yang telah dilakukan BN pada masa Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar menjadi wakil rakyat DUN itu sejak tiga penggal lalu.

"Alhamdulillah saya lihat semua pengundi muda ini mengenali calon BN, (Mat Razi Mat Ail) yang mampu membawa kesinambungan Allahyarham dan mengambil berat masalah mereka.
"Mereka tahu jasa Allahyarham semasa menjadi wakil rakyat banyak membuat perubahan dan jika bukan jasanya tidak ada apa-apa sebenarnya di Pengkalan Kubor," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Pengkalan Kubor di Tumpat, hari ini.


Turut hadir pada program itu adalah calon BN Mat Razi yang mesra dipanggil ustaz.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata kewibawaan calon BN yang dilihat bukan sahaja mampu membawa pembangunan fizikal tetapi juga mampu membawa golongan muda itu membentuk sahsiah yang baik berdasarkan kepada perwatakan ilmu agama yang ada pada Mat Razi.

Katanya dalam beberapa sesi pertemuan dengan golongan itu, mereka mahukan pembangunan yang lebih menyeluruh bagi masa depan mereka termasuk peluang ekonomi yang boleh disertai mereka.
Menurutnya hasrat golongan itu yang mahukan lebih banyak gelanggang futsal umpamanya akan diberi perhatian asalkan ada tapaknya.

"Masalah utama adalah tanah kerana ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Apa pun kita jamin untuk bina juga gelanggang itu," katanya.

Beliau turut mengingatkan jentera Pemuda supaya berkerja dengan berkesan kerana mereka bakal berdepan saingan yang sengit dengan parti lawan yang akan melakukan apa sahaja untuk merampas DUN berkenaan. – Bernama, 15 September, 2014.

Jika begitu sebarang pembangunan di Kelantan "sebelum ini" seolah olah disabotaj oleh Kerajaan Negeri dengan senaja untuk menebalkan rasa kebencian kepada pemerintah pusat?!

Patut la ramai duk main kat bendang jadi padang bola....


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Khairy Optimis Orang Muda Sokong Barisan Nasional #pengkalankubor #bn4prk Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 16 September 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!