Tuesday, 9 September 2014

KEJAM : 3 Ekor Kucing Dilempar Dari Tingkat 9


Admin terpanggil nak kongsikan kisah kucing 3 ekor ini sebabnya admin cukup sayang kucing. Walaupun motif pembunuhan ini  tidak jelas tapi ia melibatkan haiwan yang disayangi Nabi Allah Nabi Muhammad SAW.

Kepada pemilik kucing, jagalah keselamatan dan kebajikan haiwan peliharaan anda. Janganlah ia kerana kecuaian kita, kita bakal disoal kelak disana. Wallahualam..



Menyayat Hati.. 

Nasib yang menimpa 3 ekor anak kucing, dipercayai dilempar dari tingkat 9. 

Berikut adalah status saksi kejadian, Qiemy Myra Aimy  : “Kejammmmmm!!!Sampai2 kawasan parking rumah, tiba2 terperanjat dengar bunyi kuat jatuh dari atas. Nampak sangkar kucing berisi 3 ekor anak kucing pecah diatas jalanraya. Bila pandang atas, tiada siapa2 dikawasan tangga pangsapuri.2 ekor terkuar dari lubang sangkar yg pecah mengeletek dan mati. Sekor lagi mengerang kesakitan dan mati selang beberapa minit kemudian.Jiran yang mendukung anak terperanjat sebab sangkar kucing tu betul2 jatuh 5 meter dihadapannya. Anak2 jiran cari ibu kucing dan letak berhampiran anak kucing. (Lihat gambar)Ajk penduduk kenal owner sangkar kucing, tinggal di tingkat 9. Apabila dihubungi, owner sangkar kucing masih berada di KL otw balik rumah dari tempat kerja.Mungkinkah perbuatan khianat?. Masalahnya 'apa salah anak2 kucing ni sampai kena campak dari tingkat 9?'”

- siakapkeli.com
KEJAM : 3 Ekor Kucing Dilempar Dari Tingkat 9 Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 9 September 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!