Monday, 15 September 2014

Bila Artis Masuk PAS Dapat Gelaran Ustaz Dan Ustazah?! #pengkalankubor #bn4prk

Pas dilihat semakin ketandusan ideologi dengan memainkan isu ketokohan agama calon sebagai modal berpolitik pada PRK Pengkalan Kubor, kali ini.

Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, tindakan tersebut juga dilihat sebagai memperlekehkan gelaran ustaz kepada calon BN, Mat Razi Mat Ail.

"Ini bukan satu isu pun, apa yang penting calon BN sendiri tidak pernah mendakwa mendakwa dirinya ustaz, beliau (Mat Razi) buka madrasah dan sebab itu dipanggil masyarakat sekeliling sebagai ustaz.

"Artis-artis yang masuk Pas juga digelar ustaz dan ustazah, tidak ada siapa pun nak mempertikaikannya,maka ia bukan isu pun sebenarnya," katanya kepada media di sini, hari ini.

Beliau mengulas isu Pas mempertikaikan gelaran 'ustaz' yang dipanggil kepada Mat Razi walaupun calon BN itu memiliki pondok agama sendiri sebelum ini. Menurutnya, panggilan ustaz yang merujuk kepada maksud guru,tuan,ketua ataupun profesor di negara-negara Arab itu tidak sepatutnya dipolemikkan pembangkang.

Beliau berkata, pembangkang kini dilihat lebih beremosi dan ketandusan ideologi sehingga menimbulkan isu-isu yang tidak sepatutnya membelenggu pemikiran masyarakat.

"Ini semata-mata mahu membunuh karektor calon BN, cara Islam yang sepatutnya ialah bersaing secara sihat dan bukannya mengkritik gelaran itu," katanya.

Fathul berkata, kenyataan itu agak memalukan apabila ia didakwa dari Pas sedangkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sebelum ini menyebut syarat menjadi menteri besar tidak semestinya seorang ulama.

"Kalau dari parti selain Pas, saya tidak kisah, tetapi apabila dari sahabat-sahabat kalangan Pas, ia sangat memalukan," katanya.

sumber


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bila Artis Masuk PAS Dapat Gelaran Ustaz Dan Ustazah?! #pengkalankubor #bn4prk Daeng Selili Rating: 5 Monday, 15 September 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!