Thursday, 4 September 2014

Akta Hasutan : Kenapa Perlu Takut?

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mad Akin menyifatkan beberapa dakwaan di bawah Akta Hasutan terhadap ahli politik Pakatan Rakyat (PR) sengaja dibuat untuk menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tegas seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Shamsul berkata, beliau merasakan perkara tersebut setelah melihat dakwaan-dakwaan tersebut hanya dibuat selepas Mahathir mengkritik dan menarik balik sokongannya pada Najib yang disifatkan Mahathir sebagai "terlalu lembut" dalam isu-isu penting.

"Kita lihat tindakan pertuduhan di bawah Akta Hasutan secara agresif ini dilakukan berlakunya kononnya penarikan balik sokongan Mahathir kepada Najib.

"Apakah Najib ingin membuktikan kepada Mahathir beliau tegas dan menggunakan Akta Hasutan ini untuk menahan mereka yang bercanggah dengan kerajaan BN?" katanya dalam sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, hari ini.

Shamsul menjelaskan, langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menggunakan Akta Hasutan ini dilihat sama dengan kaedah yang digunakan oleh kerajaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura.

Katanya, tindakan yang dilakukan kerajaan BN tersebut jelas tidak berasas memandangkan perbezaan situasi politik antara Malaysia dan Singapura.

"Saya ingin ingatkan Najib dan Putrajaya jangan cuba meminjam strategi yang digunakan kerajaan PAP Singapura yang terus menggunakan Akta Hasutan ini untuk mengekang pemimpin-pemimpin politik di sana.

"Saya fikir di Malaysia ini situasinya berbeza dengan kekuatan rakyat serta kekuatan di Parlimen dan negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat, kita akan gerakkan semua ini untuk menghentikan akta yang zalim ini segera," ujarnya. - sumber



KENAPA PERLU TAKUT?

Jika bukan kerana agenda subversif untuk menghasut membenci terutama isu agama, institusi Raja - Raja Melayu dan mempertikaikan kuasa Sultan?

Sekiranya Akta Hasutan tu dimansuhkan kelak. Kita tengok apa yang akan berlaku. Sejak sejak akhir - akhir ni pun cukup kita lihat bertapa biadapnya mereka didalam ceramah dan lebih lebih lagi dalam alam siber terutama facebook.

Berapa dozen pemimpin dikalangan Pemimpin Pakatan yang didakwa dibawah akta hasutan kerana cuba nak menghasut rakyat terhadap isu yang melibatkan keharmonian dan keselamatan negara kita? Salah satu contohnya kes Tian Cua yang jelas menghina perjuang tanah air didalam insiden Lahat Datu

Agenda sebenar Pemimpin Pakatan adalah mahu menghapuskan Akta Hasutan ini adalah supaya diorang boleh buat semua tu secara bebas dan tidak perlu risau akan kecelaruan rakyat akibat dari kata kata nista dan bohong dari mereka. Hakikatnya, memang pemimpin pakatan mahukan Akta tersebut dimansuhkan agar lebih mudah pemimpin pakatan menabur fitnah dan buat dakwaan tanpa ada bukti yang kukuh.

Jika disenaraikan dari awal lagi macam macam dakwaan palsu mereka tabur dan paling menyedihkan rakyat keliru antara percaya atau tidak sehingga membawa kemenangan kerusi pada PRU13 seperti Nurul Izzah yang mengeluarkan kata kata fitnah terhadap Raja Nong Chik.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Akta Hasutan : Kenapa Perlu Takut? Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 4 September 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!