Monday, 4 August 2014

Sungai Bertukar Warna "Darah"?!

Penduduk di Wilayah Zhejiang, China terkejut dengan warna sungai di wilayah mereka yang tiba-tiba berubah warna menjadi merah darah. Perubahan warna itu berlaku hanya dalam masa satu jam.

Menurut keterangan saksi, warna air sungai kelihatan normal pada Khamis 24 Julai 2014 pukul 5.00 pagi. Satu jam kemudian, tiba-tiba warna air sungai itu berubah menjadi merah darah.

Selain berubah warna, sungai itu kemudian juga mengeluarkan bau yang tidak sedap. Penduduk mengira warna air berubah kerana ada seseorang yang membuang sampah ke dalam aliran sungai.


"Kami mengesyaki ada seseorang yang membuang zat pewarna buatan ke sungai," ujar Ketua Biro Perlindungan Alam Sekitar wilayah Wenzhou Jianfeng Xiao, seperti dikutip The Examiner, Ahad (27/7/2014).

Pihak berkuasa mengambil sampel air dari sungai dan melakukan pemeriksaan. Namun belum diketahui apa yang menyebabkan perubahan dari air sungai itu. - okezone.com

Aku pun syak ada mangkuk duk buang pewarna dalam sungai nie, harap tidak menjejaskan ekosistem sungai tersebut. Memang sejak azali lagi bab kebersihan ini memang tidak diurus dengan baik oleh juak juak ini.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Sungai Bertukar Warna "Darah"?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 4 August 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!