Thursday, 7 August 2014

Pesta Bogel Penang : Kenapa Berbahaya Kepada Negara Malaysia

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi pada Rabu berkata, seramai 15 peserta dilihat di dalam video yang bertajuk “Penang Nude Sport Games” (Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang) di mana tujuh rakyat Malaysia, manakala empat lagi dari Singapura.

“Mereka yang lain adalah seorang dari Filipina, dua dari Myanmar, dan seorang dari India.

“Sembilan peserta adalah lelaki manakala enam lagi wanita,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini. Beliau berkata, polis turut merakamkan kenyataan 10 individu bagi membantu siasatan. Video berkenaan tersebar selepas ia dimuat naik dua bulan lalu.



Kenyataan Media :
Dato' Zainal Abidin Osman Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang 
Khamis 7 Ogos 2014

PESTA SUKAN BOGEL DI TELUK KAMPI TAMAN NEGARA PULAU PINANG
  1. UMNO Negeri Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 18 individu yang terdiri daripada warga Malaysia dan warga asing atas nama Penang Nude Sports yang menganjurkan acara sukan bogel 'Malaysia Nude Sports Games 2014', difahamkan berlaku pada penghujung Mei lalu, di Teluk Kampi Taman Negara Pulau Pinang berdekatan Teluk Bahang; sebagaimana yang mendapat liputan meluas pihak media dalam negara sejak kelmarin.
  2. UMNO Pulau Pinang maklum bahawa pihak Polis sudah membuka kertas siasatan, mengenal pasti sebahagian daripada mereka yang terlibat dan mengambil keterangan beberapa individu berhubung dengan penganjuran sukan bogel tersebut untuk membantu siasatan. UMNO Pulau Pinang bagaimanapun ingin mendesak pihak berwajib agar menyegerakan siasatan dan mendakwa mereka yang terlibat dengan acara tersebut; terutamanya individu yang dikatakan penganjur acara berkenaan secepat yang mungkin.
  3. UMNO Pulau Pinang turut mempersoalkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang menolak tanggung jawab sepenuhnya ke atas insiden berkenaan kepada Jabatan Perhilitan hanya kerana ia berlaku di Taman Negara yang di bawah kelolaan agensi Persekutuan berkenaan. Kenyataan pendirian Kerajaan Pulau Pinang terhadap penganjuran sukan bogel berkenaan adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Pada masa jumlah pengunjung atau pelancong ke Pulau Pinang meningkat, kerajaan Negeri tidak segan silu mengambil kredit di atas perkara berkenaan tetapi apabila pelancong yang datang ke Pulau Pinang melakukan perbuatan jijik dan memalukan di Pulau Pinang, kerajaan negeri dengan tangkas mengambil sikap melepaskan tanggung jawab kepada pihak lain.
  4. Persoalannya, apakah penganjuran acara yang memalukan dan tidak bermaruah sebegini boleh berlaku di Pulau Pinang kerana individu-individu yang menyertainya berasa bebas dan tidak takut melakukannya di negeri ini kerana Pulau Pinang kini berada di bawah pemerintahan kerajaan yang diterajui DAP?
  5. UMNO Pulau Pinang juga mendesak Jabatan Perhilitan yang menguruskan Taman Negara berkenaan dan pihak-pihak berkuasa kerajaan Persekutuan dan Negeri lainnya serta pihak Polis supaya memperketatkan pengawasan dan kawalan ke atas lokasi-lokasi yang berpotensi dijadikan tempat aktiviti-aktiviti tidak senonoh, songsang dan di luar norma-norma yang diterimapakai rakyat Malaysia, agar peristiwa seumpama ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
  6. UMNO Pulau Pinang berpandangan penganjuran acara sukan bogel tersebut merupakan satu penghinaan tahap tinggi dan perbuatan menjijikkan serta mencemar nama baik rakyat Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya. Kementerian Pelancongan dan agensi pelancongan negeri didesak, dalam usaha mereka mempergiatkan promosi industri pelancongan negara perlu turut juga memastikan pelancong-pelancong dari luar negara agar faham dan senantiasa menghormati adat resam, budaya dan agama rakyat Malaysia yang pelbagai. Penularan budaya songsang, tidak sihat dari luar negara yang bertentangan dengan adat, budaya, amalan dan agama rakyat Malaysia perlu disekat kemasukannya agar tidak mencemarkan nilai-nilai murni yang menjadi pegangan dan cara hidup rakyat Malaysia sejak sekian lama.
  7. 7. UMNO Pulau Pinang berharap negeri Pulau Pinang akan terus menjadi destinasi pelancongan ternama pilihan pelancong-pelancong dari dalam dalam dan luar negeri kerana syurga makanannya, keindahan alam semulajadinya dan keramahan serta keunikan budaya rakyatnya.
Semoga yang bogel togel tu diberi pengajaran yang setimpal agar menjadi teladan pada yang lain.

Tidak kira siapa dan apa alasanya pun perbuatan seperti ini bakal memberikan satu implikasi buruk kepada negara sekiranya dibiarkan begitu sahaja.

Sila lihat apa jadi sekiranya ini dihalalkan dan menjadi trend kepada muda mudi yang masih mentah hari ini. walaupun dalam pesta di teluk bahang itu majoriti tua kerepot cukup matang membezakan baik dan buruk usia tidak menghalang nafsu serakah berkelakuan seperti haiwan.
MOHON : Jangan tengok video ini macam haram jadah!!!

http://youtu.be/ziAV1wGLL9w

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pesta Bogel Penang : Kenapa Berbahaya Kepada Negara Malaysia Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 7 August 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!