Friday, 8 August 2014

Mangsa Warga Malaysia Dikenalpasti #MH17


Selepas tiga minggu pesawat MH17 telah ditembak jatuh dengan 298 orang menaiki pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, ada 43 orang warga Malaysia dah hari ini, mangsa pertama dari Malaysia mungkin telah dikenal pasti, kata sumber.


Beliau ialah wanita berusia 27 tahun berasal dari Pulau Pinang, Elaine Teoh, dipercayai rakyat Malaysia pertama yang dikenal pasti oleh pakar-pakar forensik di Belanda.

The Star melaporkan bekas pelajar lulusan Universiti Melbourne itu dikenal pasti antara dua dan empat hari lalu.


Difahamkan polis dan MAS dikatakan telah menghantar wakil untuk memberitahu ibu bapa Teoh mengenai penemuan itu. Beliau dipercayai bersama teman lelakinya warga Belanda Emiel Mahler, 27 ketika kejadian.

Teoh dan Mahler kedua-duanya bekerja di sektor kewangan di Melbourne dan telah ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Portugal dan Belanda.


Dilaporkan sebelum ini bahawa rakan Teoh terbaik Tan Sook Theng sepatutnya mengambil pasangan tersebut di KLIA sebelum kejadian pada 17 Julai lalu. - Sumber


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Mangsa Warga Malaysia Dikenalpasti #MH17 Daeng Selili Rating: 5 Friday, 8 August 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!