Monday, 11 August 2014

Khalid Kekal Menteri Besar - Blogger Terima Upah Hayun Khalid

Berikutan merupakan sidang media oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Selepas Mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor berhubung kedudukan beliau sebagai MB Selangor. Mesyuarat itu turut dihadiri Sultan Selangor.

Sultan Selangor memperkenankan MB Terus Menjalankan Tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Khalid Memperjelaskan Bahawa beliau Masih Memperoleh Kepercayaan Dewan DUN walau di Pecat Dalam PKR. Oleh itu, sehingga ada perkembangan baru beliau masih MB dan akan menjalankan tugas dan amanah rakyat Seperti Biasa.

Selain itu, Exco Kerajaan Negeri sedia ada akan dikekalkan dan beliau akan bertemu dengan semua Exco dalam masa terdekat.

Menurut Majlis Dewan Diraja Selangor, pentadbiran Negeri ditadbir Oleh Menteri Besar dan dibantu oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan bukannya oleh parti politik, Oleh itu, tiada masalah atau kekurangan ketetapan dalam membuat sesuatu Keputusan Kerajaan Negeri.

Beliau juga akan mempertimbangkan tawaran PAS supaya menjadi ahli parti tersebut.

Berhubung mesyuarat kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan empat exco dari Pas. Katanya, itu sudah memadai baginya untuk beliau mengadakan mesyuarat kerajaan negeri walaupun tanpa exco dari PKR dan DAP. Ini berdasar tatacara Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.

Berhubung lain-lain Exco yang tidak mengikut tatacara Artikel 52.2B, mereka dinasihatkan untuk melepaskan jawatan. Beliau akan menemu bual setiap Exconya esok bagi mengetahui sokongan mereka. - suaragenerasibaru

Ada berberapa blogger pembangkang yang membawa suara parti khususnya PKR/DAP menyendeng kreditbiliti TSKI berikutan beliau bukan lagi ahli PKR dan terus terusan melondehkan TSKI. Fitnah makin rancak..

UMNO TAK PERLU JADI HERO






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Khalid Kekal Menteri Besar - Blogger Terima Upah Hayun Khalid Daeng Selili Rating: 5 Monday, 11 August 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!