Wednesday, 13 August 2014

Khalid Dedah Surat Perkenan Sultan #Kajangmove


Surat Jawapan DYMM Sultan Selangor Berhubung Penamatan Khidmat 5 EXCODari laman sesawang twitter rasmi dari MB Selangor TS Khalid Ibrahim (Bebas) menyertakkan surat perkenan Tuanku Sultan Selangor diatas pemecatan 5 EXCO kerajaan Pakatan.

Khalid Ibrahim menerima tampan hebat sebelum ini lantaran kemaruk kuasa Anwar Ibrahim dalam mengawal isu pertelingkahan dalaman parti PKR yang membawa kepada keputusan semborono memecat TSKI dari PKR kerana ingkar meninggalkan kerusi Menteri Besar untuk dihadiahkan kepada Isteri Anwar Ibrahim iaitu Wan Azizah.


Pada awal kronologi insiden ini, Azmin Ali selaku anak emas Anwar dikhabarkan membina empaya sendiri didalam Parti Keadilan Rakyat dengan menamannya Parti Keadilan Raya didalam kempen Pemilihan parti lepas yang mana kini secara tidak rasmi Azmin Ali memenangi kerusi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat lantaran pemecatan TSKI dari PKR.

Tindakkan yang jelas memberi laluan mudah kepada Azmin ini ternyata Anwar cukup cekap dalam perancangannya dalam mengukuhkan cengkaman kroni beliau dalam parti yang didominasikan oleh Isteri, Anak dan sahabat karib beliau.

Azmin kini berpasangan dengan Rafizi akan menggunakan apa jua cara untuk melindungi diri masing masing kerana masa kian suntuk dan kemaraan kem Khalid yang kian teguh bersamanya.

dari facebook rasmi beliau menulis :

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hari ini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah mengadakan mesyuarat seperti biasa dengan korum yang mencukupi bersama empat Ahli MMKN dan tiga pegawai Ex-Officio.

Jumlah ini memadai dan sah mengikut Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang menetapkan sekurang-kurangnya mempunyai empat (4) anggota MMKN untuk mentadbir negeri secara sah.

MMKN juga telah diberitahu tentang perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak meneruskan perkhidmatan ahli 5 orang pegawai MMKN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkuatkuasa semalam.

DYMM Sultan Selangor telah berkenan untuk membatalkan pelantikan EXCO-EXCO yang terlibat atas nasihat daripada Dato’ Menteri Besar secara bertulis.

Kita berpendapat bahawa 5 EXCO tersebut tidak boleh diteruskan perkhidmatan mereka setelah mengeluarkan kenyataan bersama untuk tidak mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Menteri Besar dan hanya menghadiri mesyuarat MMKN bagi memantau perjalanan Kerajaan Negeri serta hanya akan menurut kehendak parti yang mereka dokongi.

Kenyataan ini sekaligus bercanggah dengan 10 Aku Janji dan Sumpah Kesetiaan yang telah dilafazkan ketika mengangkat sumpah di hadapan DYMM Tuanku Sultan.

Saya berharap rakyat Selangor tidak keliru dengan situasi ini kerana penamatan khidmat EXCO-EXCO ini dibuat secara sah mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Saya berharap rakyat Selangor bertenang kerana pentadbiran Kerajaan Negeri berjalan seperti biasa manakala agenda membela kebajikan untuk rakyat akan diteruskan dan diutamakan.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 
13 OGOS 2014

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Khalid Dedah Surat Perkenan Sultan #Kajangmove Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 13 August 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!