Wednesday, 2 July 2014

Terowong Runtuh : Laluan Projek MRT Tidak Melalui Kawasan Kejadian

SIARAN MEDIA- KEJADIAN MENDAPAN JALAN DI JALAN IMBI TIADA KAITAN DENGAN PROJEK MRT 

Kuala Lumpur, 2 Julai 2014: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) ingin memberi makluman kepada pertanyaan pihak media berkenaan kejadian mendapan jalan di persimpangan Jalan Pudu – Jalan Imbi – Jalan Hang Tuah pagi ini.

MRT Corp ingin menyatakan bahawa kejadian tersebut tiada kaitan sama sekali dengan Projek MRT.

Laluan MRT Sungai Buloh – Kajang tidak melalui kawasan kejadian tersebut.

Kesan daripada kejadian tersebut, pihak DBKL dan polis telah melaksanakan penutupan jalan dan lencongan trafik di kawasan Bukit Bintang. MRT Corp ingin menasihati pengguna jalan raya supaya patuh kepada semua arahan papan tanda lalu lintas.

TAMAT - sumber


Insiden tanah runtuh di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi yang runtuh tengah hari tadi tidak mempunyai kaitan dengan Projek Transit Rapid Massa (MRT).

Menurut MRT, Jalan tersebut tidak termasuk dengan laluan Projek MRT antara Sungai Buloh-Kajang.

"MRT Corp ingin menegaskan insiden (tanah runtuh) tersebut tidak terlibat dengan Projek MRT," katanya menerusi kenyataan kepada media, hari ini.

MRT kemudiannya menasihati pengguna jalan raya mematuhi arahan pihak polis yang mengawasi lokasi tersebut dan meminta para pengguna memandu dengan cermat terutama bagi penunggang motosikal.

Sehingga jam tiga petang tadi, pihak berkuasa masih lagi menjalankan aktiviti pengorekan tanah susulan terdapat saluran gas, air dan kabel yang mungkin boleh mencetuskan letupan akibat tekanan tinggi.

Siasatan awal pihak berkuasa turut mendapati kemungkinan punca tanah runtuh akibat daripada saluran air dalam tanah pecah. - rakyatnews



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Terowong Runtuh : Laluan Projek MRT Tidak Melalui Kawasan Kejadian Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 2 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!