Friday, 18 July 2014

Puluhan Ribu Zionis Terus Gempur Gaza #MH17

Dalam keadaan tumpuan dunia kepada insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di Ukraine, Zionis hari ini mengambil kesempatan memulakan serangan darat besar-besaran ke atas Gaza.

Serangan itu berlaku hanya beberapa jam selepas genjatan lima jam pada Khamis sebagai tempoh bertenang bagi tujuan penyaluran misi kemanusiaan ke Gaza.

Bedilan meriam dari darat ini turut diikuti denngan serangan tentera laut yang sudahpun dilancarkan di sepanjang sempadan Gaza.


Sejak seminggu lalu, Israel telah menempatkan puluhan ribu askarnya siap dengan jentera pemusnah berat di sempadan Gaza, dalam persediaan melancarkan serangan darat.

Menurut laporan, serangan darat dimulakan di utara Gaza dengan tembakan meriam serta bom berkuasa tinggi yang menghancurkan terowong-terowong di sana.

Sehingga pagi ini, jumlah syahid di Gaza meningkat kepada 240 orang manakala 1,770 lagi dilaporkan cedera. - portalberita




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Puluhan Ribu Zionis Terus Gempur Gaza #MH17 Daeng Selili Rating: 5 Friday, 18 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!