Monday, 14 July 2014

POLIS PILIH KASIH : Razlan Tegur Peguam Negara

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafli menggesa polis dan Peguam Negara tidak mengambil tindakan secara 'pilih kasih' dalam membuat penghukuman serta adil dalam melakukan siasatan.


Menurut Ketua Pemuda Wilayah itu, polis juga perlu bertindak ke atas ahli demonstrasi Bersih 2.0 yang merosakkan banyak harta benda di ibu kota sebelum memulakan siasatan terhadap pemuda UMNO yang melakukan demonstrasi dihadapan Ibu Pejabat DAP, Mei lalu.

"Wajah 20 orang (peserta Bersih 2.0) telah disiarkan di media. Kita juga mengenali sesetengah daripada mereka. Jangan beritahu kami tiada satupun telah dikenalpasti. Apa dah jadi dengan kes itu?," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau ditemui media dihadapan Balai Polis Wangsa Maju setelah beliau dan lima lain dipanggil untuk memberi keterangan diatas insiden demonstrasi pada 22 mei lalu.

Pada tarikh tersebut, Pemuda UMNO melakukan melakukan demonstrasi sebagai tanda protes kepada ADUN Seri Delima RSN Rayer diatas kenyataan 'UMNO Celaka' yang dikeluarkan ketika persidangan DUN Pulau Pinang.

Kenyataan Rayer turut mendapat perhatian ramai pihak yang mendesak Setiausaha DAP Lim Guan Eng mengenakan tindakan tegas termasuk memecat ahli politik tersebut. - rakyatnews


BAGAIMANA DENGAN INDIVIDU YANG JELAS
BERTINDAK MENENTANG UNDANG-UNDANG INI?


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
POLIS PILIH KASIH : Razlan Tegur Peguam Negara Daeng Selili Rating: 5 Monday, 14 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!