Thursday, 17 July 2014

Pesawat MAS Terhempas Di Sempadan Rusia #pray4MH17

Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.

Laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini. [Berita penuh menyusul]


17/07/2014 11:39pm [update]

MOSCOW - Sebuah pesawat penumpang Malaysia yang membawakan seramai 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia, lapor Interfax yang memetik sumber daripada industri penerbangan hari ini.

Dikatakan pesawat jenis Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur. Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan Interfax itu buat masa ini. - Reuters

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pesawat MAS Terhempas Di Sempadan Rusia #pray4MH17 Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 17 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!