Friday, 4 July 2014

Mengemis Tapi Hidup Mewah?!

Apabila niat Tengku Adnan mahu membuat perubahan dalam menyaring para gelendangan di Kuala Lumpur, Beliau dikecam oleh penyokong dan media pembangkang kononnya Ku Nan tidak berhati perut malah ada yang menuduh beliau jahil dan sebagainya.


Segala tidakkan dan perubahan yang cuba dilakukan oleh menteri Wilayah itu semestinya melalui pelbagai peringat kajian sebelum diteruskan.


Berdasarkan laporan oleh agensi, masalah kebersihan di Kuala Lumpur salah satu faktor yang telah menyumbang khususnya di kawasan tumpuan pelancong adalah kumpulan gelandangan. Ini kerana tabiat gelandangan yang suka membuang sampah serta tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, selain itu kumpulan pengemis pula kebanyakan meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan, seperti Pavillion, KLCC, tepi-tepi jalan dan sebagainya. Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbang kepada masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai perkara lain seperti masalah sosial, keselamatan, menjejaskan imej Kuala Lumpur dengan pandangan yang kurang elok apabila dilihat oleh pelancong.

Dalam pada itu, kajian terhadap golongan ini juga telah dilakukan secara menyeluruh dan mendapati kumpulan gelandangan ini berpunca daripada; 

1. Tiada pekerjaan;
2. Miskin;
3. Masalah Mental/kemurungan,/penyakit melarat;
4. Warga asing tiada pekerjaan; 
5. Ketidakupayaan mengurus diri; 
6. Ditinggalkan keluarga serta penagihan dadah/arak/bekas banduan;
7. Warga Emas

Malaysia dalam memacu kearah negara maju dan kita menerima sejumlah pendatang asing yang ramai disamping juga pelancong asing juga sebagai pemerhati kepada keadaan ibu negara kita ini, Jika para pengemis dan gelendangan ini bersepah di sekitar ibu kota ini apa lagi cerita indah yang bakal dibawa keluar oleh pelancong asing ke negara mereka?

Kerajaan cukup jelas akan perkara ini, mohon berfikiran lebih waras berbanding nak menfitnah dan memaki hamun dibulan puasa yang sungguh mulia dan berkat ini.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Mengemis Tapi Hidup Mewah?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 4 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!