Wednesday, 9 July 2014

Kucing Paling Pendek Didunia #cat #meau

Seekor kucing asal dari California baru-baru ini memecahkan rekod sebagai kucing terpendek di dunia. 

Kucing bernama Little Pixel ini dimiliki oleh seorang wanita Tiffani Kjeldergaard yang berasal dari Potrero, California. Sebelumnya, rekod ini dipegang oleh induk Little Pixel yang bernama Fizz Girl dengan tinggi 6 inci pada tahun 2012. Tahun lalu, rekod ini dipecahkan oleh Cye, kucing dari jenis Napoleon Munchkin asal Kanada dengan tinggi 5.3 inci.


Little Pixel dan Fizz Girl merupakan kucing jenis Mini Mew Munchkin yang dikenali sebagai penjaga rumah. Rata-rata, tinggi kucing jenis ini adalah 10 inci. Namun, sejak kehadiran Fizz Girl yang lahir pada tahun 1995, kakinya yang pendek tersebut ditunjukkan oleh para pakar haiwan sebagai masalah kesihatan yang serius. Namun, Persatuan Khusus Para Pencinta Kucing (The International Cat Association) mengeluarkan ciri-ciri baru untuk kucing jenis Munchkin pada tahun 1995, yakni berkaki pendek, yang disebabkan oleh mutasi genetik secara semulajadi. Meski pun demikian, kucing-kucing tersebut membesar sihat dan boleh berlari serta bergerak dengan lincah. 

Dipetik dari Bundapoker, Sabtu (3/7/2014), meskipun hingga kini masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak Guinness World Records, namun Tiffani, pemilik Little Pixel berkeras bahawa kucingnyalah yang memecahkan rekod untuk kategori tersebut tahun ini.

Siapa kata pendek tak menarik?!








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kucing Paling Pendek Didunia #cat #meau Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 9 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!