Tuesday, 1 July 2014

Khalid Tak Rancang Plan B Masa Depan - Tony Pua

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua terus mengkritik pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan gangguan bekalan air yang melanda beberapa kawasan di negeri itu baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menyelar Khalid kerana cuma menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd . (Syabas) berhubung masalah tersebut dengan memberi alasan tidak mempunyai kawalan ke atas syarikat konsesi air itu.


“Bagaimanapun perkara yang lebih penting bukankah kerajaan Selangor sepatutnya mempunyai Plan B untuk membantu mereka yang terjejas. Apa yang kerajaan Selangor boleh lakukan untuk membantu mereka?.

“Kerajaan negeri pakatan yang bertanggungjawab dan mengambil berat sepatutnya berbuat lebih daripada itu (daripada sekadar menyalahkan Syabas) walaupun Syabas sememangnya pihak yang patut dipersalahkan,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Tony bagaimanapun memuji jaminan Khalid untuk turun padang bagi memberi penerangan kepada orang ramai dan mencari jalan mengenai kemelut tersebut.

Katanya, kerajaan pakatan pembangkang Selangor tidak sepatutnya cuma menunggu sehingga mendapat kawalan ke atas Syabas dalam berhadapan isu itu. -MNH
Khalid Tak Rancang Plan B Masa Depan - Tony Pua Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 1 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!