Friday, 4 July 2014

Istiadat Pengebumian : Insiden Kemalangan Di Kuala Kangsar



Gambar Istiadat Pengebumian Perajurit Negara yang Terkorban Semalam di Kuala Kangsar. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga perajurit negara yang terkorban semalam di Kuala Kangsar. Admin doakan semoga roh sahabat semua ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

Al- fatihah.

Gambar istiadat pengebumian :







FLASHBACK

KUALA KANGSAR 03 Jun – Dua anggota tentera ​masing-masing ​berpangkat Koperal dan Sarjan maut apabila kereta perisai tentera yang ​dinaiki ​bersama dua lagi anggota ​hilang kawalan ​sebelum terbalik di Kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.46 petang itu, mangsa, Sarjan Bayong Burma maut di tempat kejadian, sementara Koperal Che Mohd Fatanah Che Ismail, 31, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua lagi anggota dikenali Lans Koperal Freaddy Barlabas, 29, dan Koperal Sharifuddin Abdullah, 36, dilaporkan parah di beberapa bahagian badan dan sudah menerima rawatan di hospital sama.

Siasatan awal mendapati, kenderaan dipercayai dipandu Freaddy yang dalam perjalanan dari Kedah untuk menjalani latihan menembak di Negeri Sembilan itu, hilang kawalan akibat tayar pecah.

Keadaan itu menyebabkan, kenderaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik ke bahu kiri laluan. - klxpress.com



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Istiadat Pengebumian : Insiden Kemalangan Di Kuala Kangsar Daeng Selili Rating: 5 Friday, 4 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!