Wednesday, 2 July 2014

Hukuman Kepada Peminta Sedekah

Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.

Tengku Adnan berkata keputusan itu diambil selepas pihaknya bermesyuarat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa agensi berkaitan baru-baru ini yang antara lain, membincangkan masalah kebersihan serta isu gelandangan.

"Kita akan ambil satu kaedah di mana yang pemberi kita akan saman dan penerima pula akan kita 'angkut' kerana kebanyakan peminta sedekah ini adalah orang asing.

"Selain itu, badan bukan kerajaan yang memberi makanan secara percuma kepada gelandangan juga akan ditetapkan tempatnya dan tidak boleh merata-rata tempat kerana ini akan mengundang kekotoran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Nur Ramadan peringkat Putrajaya malam ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Tengku Adnan berkata kementerian itu dan agensi di bawahnya akan mengadakan majlis berbuka puasa di semua 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan agar dapat mendengar permasalan rakyat dan lokasi pertama ialah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 780 penerima antaranya anak yatim, fakir miskin dan orang kelainan upaya. - Bernama


Pelaksanaan dengan berkesan wajib dilakukan dalam menbenteras sindiket peminta sedekah ini dan golongan gelendangan yang mencacatkan keindahan kota raya ini akibat lambakan orang seperti mereka.

Jika yang pernah merasai keadaan ini sekitar dalam beberapa tahun ini sahaja trend meminta sedekah menjadi satu kegiatan yang cukup popular sehinggakan orang seperti ini lebih ramai dari pelanggan yang menyinggah disesebuah kedai makan.


Tindakan saman ini satu cara yang wajar dilaksanakan untuk menjamin keadaan terkawal akibat lambakan pendatang tanpa izin yang kian ramai di ibu kota Kuala Lumpur, Mereka tiada perasaan malu atau segan untuk bergelendangan atau meminta sedekah kerana mereka sehingga hari ini hidup mudah begitu akibat kemurnian dan rasa kasihan orang Malaysia sendiri yang akhirnya membawa imej buruk kepada negara.

Macai pembangkang bukan tahu akan keadaan ini, cakap ikut suka hati sahaja. Macam la kerajaan tidak kasi muka pada peminta sedekah dan gelendangan selama ini.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Hukuman Kepada Peminta Sedekah Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 2 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!