Tuesday, 22 July 2014

Hak Kebebasan Menipu Ganti Akta Hasutan

Akta Hasutan 1948 tidak perlu dimansuhkan kerana ia dilihat sebagai benteng mengekang perbuatan menghasut berkaitan agama Islam, perpaduan dan kedudukan Melayu termasuk anak-anak Sabah dan Sarawak di negara ini.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata pemansuhan akta berkenaan bermakna membenarkan sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengan hal kepentingan Melayu dan agama Islam boleh menghasut agar keistimewaan itu terhapus.

"Kita lihat ada kumpulan yang mahukan akta ini dimansuh kerana mereka telah mula menyebabkan Melayu berpecah-belah, mempengaruhi pemimpin Melayu bekerjasama dengan mereka dan menyebabkan perpecahan undi Melayu.

"Apabila akta hasutan ini dimansuhkan, ia dilihat sebagai kemenangan mereka," katanya ketika membentang kertas kerja pada sesi bertajuk Mempertahankan Perlembagaan Sebagai Asas Perpaduan Nasional dalam Wacana Islam dan Cabaran Semasa di sini pada Isnin.

Abdul Hamid berkata usaha mengekalkan Akta Hasutan juga sebagai usaha mengekalkan perlembagaan negara sedia ada.

"Kita bukan mahu meminggirkan atau menidakkan hak bangsa lain, tetapi kita hanya mahukan perlembagaan dipertahankan dan segala yang telah dipersetujui dikekalkan," katanya.

Abdul Hamid berkata dalam keadaan sekarang, pemimpin Melayu dan Islam tidak kira daripada parti mana harus bersatu dalam mempertahankan agama, kepentingan Melayu dan pertahankan perlembagaan Malaysia sedia ada.

"Kita kena kuatkan kerajan persekutuan, PAS, patut bekerjasama dengan Umno dan BN di peringkat pusat.

"Saya membuat seruan ini kerana percaya bahawa dalam keadaan sekarang pada hemat saya itu saja cara pertahankan kepentingan Melayu dan agama Islam," tegasnya.

Dalam pada itu beliau juga mempersoalkan mengapa Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan itu berada di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sedangkan akta itu (Hasutan) terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Ini kerana KDN yang sepatutnya memansuh atau meminda akta berkenaan kerana mereka yang mempunyai maklumat kerahsiaan ketenteraman negara. Tetapi kenapa JPNIN yang mengambil alih? Adakah ini satu rampasan atau 'hijacking'?," katanya.

Sementara itu, pengamal undang-undang Datuk Salehuddin Saidin berkata kerajaan digesa mengkaji tiga deraf RUU yang menyentuh empat perkara sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahasa Kebangsaan (Perkara 152), Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera (Perkara 153), Kedaulatan Raja-raja Melayu (Perkara 181) dan bahagian III berkaitan kerakyatan (Perkara 14-30).

Beliau dalam pada itu turut mendakwa mungkin terdapat rampasan kuasa ketika mempersoalkan 'individu' di sebalik penggubalan Akta Keharmonian Nasional ini yang antaranya melibatkan pihak pembangkang dalam Majlis Peguam.

Wacana dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) serta dihadiri 200 wakil daripada NGO Melayu dan Islam antaranya Perkasa dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Majlis penutupan wacana itu dirasmikan Yang Dipertua Yadim Datuk Dr Asyraf Wajdi.- BERNAMA


Selepas mansuhnya ISA sebelum ini hampir 50 Akta tidak berkuasa lagi pada hari ini dan ini adalah antara penyebab kepada keadaan tidak terkawal (dalam sesuatu isu) kerana pihak berkuasa Polis tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk bertindak dalam pencegahan belakunya keadaan tegang dan anarki di Malaysia.

Soal keselamatan negara adalah perkara pokok yang kita perlu pertahankan dan bagaimana jika kita hidup dalam keadaan tegang dan tidak selamat hanya kerana terlalu mahukan hak kebebasan bersuara yang akhirnya menjadi Hak Kebebasan Menipu dan Menjahanamkan negara?!






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Hak Kebebasan Menipu Ganti Akta Hasutan Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 22 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!