Tuesday, 1 July 2014

DAP Akan TOLAK PAS Tidak Lama Lagi!

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengakui ramai penyokong pembangkang mula sangsi tentang nasib pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dakwanya, penyokong pembangkang kini bimbang pakatan pembangkang akan menerima nasib seperti Barisan Alternatif disebabkan tindakan PAS menimbulkan semula isu hudud.

“Adakah pakatan akan menerima nasib seperti Barisan Altenaif yang hanya berjaya pada PRU 1999. Adakah pakatan masih lagi sebuah pakatan untuk berhadapan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 nanti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.


Kit Siang berkata, pakatan pembangkang berjaya dalam PRU13 selepas menangani krisis dalaman pada tahun 2011 dengan mengesahkan hudud bukan agenda pakatan pembangkang dan memberi tumpuan terhadap dasar rangka kerja yang sama.

Dakwanya, jika isu hudud ditimbulkan semasa PRU13 pasti pakatan pembangkang tidak mencapai 52 peratus undi popular dan mungkin tewas di Selangor manakala BN meneruskan penguasaan di Kedah serta Johor.

Beliau mendakwa, ramai rakyat Malaysia mahu terus menyokong pakatan pembangkang tetapi dengan syarat pakatan pembangkang terus berpegang kepada dasar rangka kerja sama dan persetujuan yang dicapai selama ini.

“Krisis kali ini akan menjadi ujian besar pemimpin DAP, PKR dan PAS sama ada mereka boleh mengatasinya untuk rakyat Malaysia,” katanya. – mynewshub.my

Sudah berapa banyak pembohongan yang dicanang oleh pakatan pembangkang pada PRU13 yang lepas wajar menjadi pengajaran dalam merencanakan PRU14 akan datang. Kegagalan mereka dalam menipu sebahagian penyokong kerajaan berjaya menafikan kemenangan yang kononnya milik pakatan pembangkang yang mendapat hasil dengan menipu rakyat Malaysia.

Jika pakatan satu parti yang bersatu padu kenapa masih mengamalkan amalan "pecah dan perintah" itulah bukti besar dan pekung sebenarnya pakatan yang jelas tidak dapat menandingi kerajaan yang hari ini jelas dan tegus dalam perkongsian kuasa untuk bangsa bangsa selain Melayu dengan tangan bangsa itu sendiri.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
DAP Akan TOLAK PAS Tidak Lama Lagi! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 1 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!