Thursday, 3 July 2014

China Larang Umat Islam Berpuasa?!

China melarang kakitangan awam, guru dan pelajar di wilayah Xinjiang berpuasa, menurut laman web kerajaan, semalam.

Beberapa jabatan kerajaan turut memuat naik notis terbabit sejak bermulanya Ramadan akhir minggu lalu. Stesen radio Bozhou dan University TV menyatakan mereka akan menguatkuasakan larangan tersebut dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah bergolak tersebut.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit menyelar tindakan itu sebagai menyekat kebebasan beragama.

"Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang.

"Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutamanya ketika Ramadan," tegasnya.

Memetik laporan AFP, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan pimpinan Parti Komunis mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur. - AFP


Ada yang tidak sedar dek untung duduk di Malaysia ini dengan kebebasan yang cukup diberikan malah kini Agama, Sultan dan Orang Melayu dipijak pijak oleh segelintir mereka.

Ada yang membuat perbandingan dengan China dan Malaysia, kita sedia maklum China ada cara mereka memerintah, begitu juga Malaysia, tetapi aku yakin kebebasan yang kerajaan beri kepada rakyat Malaysia jauh lebih baik dari China.

Tapi sayang "beri susu dibalas tuba"..



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
China Larang Umat Islam Berpuasa?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 3 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!