Thursday, 17 July 2014

Ceroboh Sabah : Tembak Jika Cuba Ingkar #sabah

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, isu pencerobohan perairan Sabah tidak boleh ditangani secara emosi.

Sebaliknya, beliau berkata, apa juga tindakan yang hendak dilakukan oleh pasukan keselamatan mestilah berdasarkan kepada segala prosedur operasi standard (SOP) dan undang-undang sedia ada.


"Bagaimanapun saya menganggap cadangan untuk membenarkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diberi kuasa melepaskan tembakan terhadap mana-mana pihak yang menceroboh kawasan perairan Sabah mungkin dibuat kerana rasa marah.

"Ini memandangkan insiden terbaru mencabar kesabaran kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia di Kem Marakah di sini, hari ini sempena lawatan tiga hari ke Lebanon bagi meninjau perkembangan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-1 yang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Semalam, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika mengemukakan cadangan itu berkata, sebelum ini anggota TLDM tidak mempunyai kuasa untuk melepaskan tembakan yang menyebabkan penceroboh bermaharajalela dan sentiasa berjaya meloloskan diri daripada ditahan.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, dalam konteks Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pasukan itu mempunyai jangka masa sederhana dan panjang dalam menangani isu pencerobohan perairan Sabah.

"Kita tidak boleh ambil tindakan drastik untuk jangka masa pendek sebab itulah gunakan segala prosedur sedia ada. Lagipun peruntukan undang-undang sudah mencukupi bagi membolehkan tentera bertindak, oleh itu buat sahajalah," katanya.

Hishammuddin menegaskan, walaupun beliau sama sekali tidak akan berkompromi soal pencerobohan di Sabah namun segala tindakan mesti mengikut undang-undang.

"Kita tidak mahu akibat mengikut perasaan orang tidak bersalah menjadi mangsa," katanya.

Mengenai masalah kekurangan aset TLDM, Hishammuddin berkata, kalau dibandingkan dengan keluasan perairan negara memang ia tidak mencukupi.

"Tetapi kita boleh bekerjasama dengan negara-negara lain untuk membantu. Tiada gunanya menambah aset kalau perancangan tidak ada," katanya. - : sumber





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ceroboh Sabah : Tembak Jika Cuba Ingkar #sabah Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 17 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!