Saturday, 12 July 2014

Bendera Israel Di PWTC?!

Berikut ialah gambar yang diambil oleh jurugambar Wan Zahari pada jam 3:30 ptg 15 Disember 2005 di Bangunan PWTC, Kuala Lumpur. Gambarnya ialah bendera Israel berkibar diatas bangunan PWTC bersama beberapa bendera negara asing. Ramai yang marah apabila gambar ini tersiar, ramai yang marah kenapa bendera Israel dikibarkan di bangunan tersebut.

Tiada satu pun bendera yang dikibarkan Melebihi daripada satu bendera yang lain apabila semua Bendera negara negara berkibar didalam satu barisan. Dan Turutan susunan kekanan bendera adalah berdasarkan kepada Senarai keanggotaan didalam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Ianya tidak dibenarkan berkibar dalam keadaan Dari atas kebawah kerana itu menunjukkan Provokasi. dan juga Mana Mana Bendera tidak dibenarkan jatuh kebawah, ini akan menimbulkan provokasi perang kepada negara terbabit. 

Pemutusan Perhubungan Malaysia Dan Israel Ialah berikutan kekejaman yang telah dilakukan rejim zionis pada Kem Pelarian Palestin di Sabra dan Shatilla. Dan Ianya Tindakan kita Hanya terbatas kepada Pemutusan Perhubungan diplomatik dan perdagangan secara terus Tanpa sebarang Provokasi yang yang bersifat perperangan kepada Israel.

Perlu diingatkan juga bahawa Penubuhan Negara Israel Telah pun dipersetujui oleh Bangsa Bangsa Bersatu semenjak tahun 1948, dan juga. Kawasan Palestin yang seperti anda lihat sekarang ini adalah didalam wilayah Israel seperti yang telah diletakkan dalam pengisytiharan Negara Israel Merdeka pada tahun 1948. Status Negara Palestin pada Hari ini masih lagi merupakan Wilayah Autonomi. Bukannya sebagai Negeri mahupun negara. Kuasa Autonomi yang diberikan kepada Negara Palestin adalah Seperti Kuasa Autonomi Perbandaran sepertimana yang dinikmati oleh Perbandaran Perbandaran Di Jepun dan Amerika Yang meliputi kemudahan Kesihatan, Keselamatan , dan Kebajikan . ( Supaya Israel tidak dikecam Oleh Amnesty International dan terus menganiaya umat Islam.)

Secara Signifikannya, PALESTIN MASIH BERADA DIBAWAH PENGARUH ISRAEL. Kita tidak berperang dengan Palestin yang merupakan sebahagian wilayah Israel Pada Hari ini.

Apakah sekadar marah hangat-hangat tahi ayam ? Atau pun marah sekadar terasa sebak di dada dan geram perasaan? Adakah marah tersebut dapat ditransformasikan atau dihalakan untuk melakukan sesuatu yang bermanafaat untuk membela nasib rakyat Palestin ?

Ya memang kita marah, tapi apakah pernah kita bangun tengah malam bermunajjat pada Allah swt agar rakyat serta umat Islam di Palestin dilindungi dan diberi keselamatan daripada kekejaman pihak tentera ? Apakah pernah kita berdoa setiap kali selepas solat supaya umat Islam di seluruh dunia diberi perlindungan daripada keganasan ? Apakah pernah kita memberikan sumbangan kepada pasukan bantuan kemanusiaan untuk memberi bantuan perubatan, pendidikan dan makanan kepada negara umat Islam yang mundur ? Apakah pernah kita menghantar bantahan bertulis kepada kedutaan-kedutaan asing yang terlibat agar umat Islam diberi layanan berperikemanusiaan di negara tersebut ?

Atau kita hanya sekadar marah dan geram untuk menunjukkan kita prihatin akan nasib umat Islam seluruh dunia ?

DAPAT BEZAKAN YAHUDI , ISRAEL dengan ZIONIS?

Macai spin kata bendera itu masih berkibar hingga hari ini...isk isk isk bulan puasa pun cela pemerintah

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bendera Israel Di PWTC?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 12 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!