Saturday, 12 July 2014

Ayam Cucuk : JAKIM Mohon Penguna Beri Maklumat



Ada Dakwaan, Pasaraya Jual Ayam Tebuk, JAKIM SiasatDengarnya, ada berita mengenai ayam yang ditebuk di leher dan tidak disembelih mengikut syariat Islam telah dijual di sebuah pasaraya besar.

“Menyirap betul petang-petang ni, tengah tak larat kaki melangkah nak masak, keluarkan ayam.. Baru nak potong, ternampak leher yang ditebuk.



“Mengucap panjang aku.. dek kerana banyak sangat benda haram yang terjual, jadi saya sertakan juga dari mana saya membeli ayam ini, untuk menjaga sesama Islam,” kata pengguna Facebook yang begitu marah itu.

Dalam satu kenyataan, JAKIM berkata perkara berkenaan telah diadukan kepada JAKIM pada pukul 6 petang semalam.

“JAKIM telah mengambil maklum perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankn sama ada perkata itu benar atau sebaliknya.

“Sekiranya terdapat maklumat mengenai sebaran asal dan pemilik akaun Facebook yang menyebarkan maklumat tersebut, pengguna diminta memaklumkan perkara itu kepada kami dengan segera,” kata kenyataan itu oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM. -mynewshub



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ayam Cucuk : JAKIM Mohon Penguna Beri Maklumat Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 12 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!