Sunday, 6 July 2014

Apa Untungnya Halau Pengemis?!


Saya berpendapat cadangan dan matlamat Ku Nan adalah baik untuk negara dan imej rakyat Malaysia:-

1. Ibu negara adalah simbol kesejahteraan sesebuah negara. Kedatangan pelabur asing ke sesebuah negara kini di pengaruhi juga oleh faktor prestij dan kedudukan ibu negara tersebut berbanding dengan ibu negara-ibu negara lain di dunia.

2. Apakah imej yang kita hendak Kuala Lumpur di kenali? Bebas dari pengemis atau menjadi sarang pengemis? Tidakkah kehadiran pengemis memalukan maruah negara dan rakyat? Bila berada di Jakarta dan New Delhi, bukan sahaja penggemis2 di situ menganggu kita, juga persepsi kita memandang rendah kepada maruah negara-negara tetsebut. Begitu juga di Makkah dan Arafah dahulu, orang menyampah, mereka datang ke Tanah Suci untuk beribadah di ganggu oleh pengemis. Kita rasa malu di Tanah Suci terdapat ramai penggemis yang menjejaskan imej Islam. 

3. Jika di biarkan, pengemis akan bercambah dari setahun ke setahun, adakah bila tiba keadaan menjadi kritikal baru kita hendak mengambil tindakan? Sepertimana sinonim dengan politik Malaysia, ketika sudah terlambat, ahli-ahli politik akan bersuara menghentam kerajaan dengan pelbagai tomahan. Rakyat akan berkata "Apa tak ambil tindakan masa bilangan penggemis terkawal?"

4. Sebahagian besar pengemis terdiri dari rakyat asing. Juga, wujud sindiket. Takkanlah kita nak biar golongan ini mencemar imej 28 juta warganegara kita.

5. Kerajaan dapat mengenal pasti pengemis dari warga Malaysia dan pelbagai bentuk bantuan di bawah Jabatan Kebajikan boleh di beri untuk membela mereka.

6. Negara yang tinggi indeks kesejahteraan, pertama Denmark, kedua Norway dan ketiga Switzerland tiada kita bertemu pengemis di bandar-bandar mereka.

7. Selepas Ku Nan buat kenyataan, ramai orang politik menghentam Ku Nan. Adakah rakyat juga menentang rancangan Bandaraya KL untuk menghapuskan pengemis? Setahu saya rakyat menyokong. Rakyatlah yang selalu di ganggu oleh pengemis.



Cuba kita lihat selepas Bandaraya KL berjaya membenteras pengemis, apa perasaan kita sebagai rakyat Malaysia bila 'KL bebas pengemis'.

Begitu juga dengan Gelandangan. Ia akan membesar, jika di biarkan. Bukan sahaja akan merosakkan sosio-masyarakat Malaysia, ia akan membebankan kerajaan dari segi kos dan tumpuan yang perlu di berikan. Bukankah ramai di kalangan mereka terdiri dari rakyat asing? 

Adakah kita mahu pendapatan rakyat fan negara di salurkan kepada warga asing yang tidak memberi sebarang nilai kepada negara, silap2 boleh memberi ancaman kepada keharmonian, ketenteraman dan keselamatan negara. Patut kita hantar mereka pulang ke negara mereka? Bagi rakyat kita dari golongan ini, kerajaan berpeluang untuk membantu mereka memperolehi kehidupan yang baik (decent living) dengan adanya pekerjaan dan tempat tinggal.

Ada golongan pembangkang sekarang nak jadi Hero dengan memberi makanan kepada golongan ini kerana mereka tidak sayangkan rakyat Malaysia. Jika mereka sayang rakyat Makaysia, mengapa membela rakyat asing yang masuk ke negara ini dan rakyat asing ini membebankan negara kita? 

Mengapa pembangkang mahu Gelandangan bercambah di negara kita 

Isu pemberi sedekah di kenakan tindakan, kita boleh buat cadangan supaya Ku Nan semak balik cadangan ini. Tak perlu hentam mengentam.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Apa Untungnya Halau Pengemis?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 6 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!