Saturday, 12 July 2014

Anwar Tidak Pernah Tarik Balik Kenyataan SOKONG NEGARA ISRAEL

Saat ini umat Islam di seluruh dunia hanya mampu melihat dan menangisi nasib rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang sedang bermandi darah dihujani peluru bersimpang siur dan bedilan puluhan roket oleh askar Zionis Israel.

Sudah berpuluh korban nyawa di kalangan rakyat Palestin yang melayang dalam serangan-serangan itu tanpa mengira usia tua atau muda malah anak kecil yang baru nak mengenal dunia juga tidak lepas dari menjadi mangsa kezaliman Israel.

Sehingga kini lebih 700 sasaran di Semenanjung Gaza telah di serang dan paling tragis salah satunya menyebabkan lapan orang sekeluarga terkorban selepas kediaman mereka ranap dimusnahkan roket Israel.

Nyata sekali tidur malam rakyat Palestin sudah tidak nyenyak, bila terbit matahari mereka dihambat pula peluru-peluru dan roket Israel yang menggila. Air mata darah yang mereka harungi tika ini terlalu hebat dugaannya, berat mata kita memandang berat lagi mereka yang memikulnya.

Hanya semangat dan doa kepada Yang Maha Kuasa sahaja yang membolehkan mereka terus bertahan di bulan Ramadhan ini tanpa sedikit pun mencemburui umat Islam di negara lain dapat menjalani ibadah puasa dengan aman tenteram.

Mengikut rekod siri keganasan dan kezaliman Israel ini adalah yang terburuk selepas operasi ketenteraan Yahudi Zionis pada 2012 membuktikan kepada dunia betapa nikmat kedamaian dan kebebasan masih terlalu jauh untuk di kecapi rakyat Palestin.

Dalam pada itu Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah pun menyuarakan bantahan dan mengutuk kezaliman yang dilakukan oleh tentera Israel dan menyeru keamanan dipulihkan segera untuk mengelakkan lebih banyak nyawa orang awam menjadi korban. [baca seterusnya]




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Anwar Tidak Pernah Tarik Balik Kenyataan SOKONG NEGARA ISRAEL Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 12 July 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!