Tuesday, 17 June 2014

Tolak Soalan Adun Kajang : Suara Azizah Dikekang DAP?!

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh mengakui tidak memaklumkan peraturan Dewan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga semua soalan bertulisnya ditolak.

Yeoh berkata, pihaknya pada Januari lalu ada membuat taklimat kepada semua Adun supaya mengikuti setiap peraturan Dewan yang ditetapkan, tetapi tidak kepada Dr Wan Azizah yang baru menjadi wakil rakyat pada April lalu.

“Memang betul kita terlupa untuk memberi penerangan kepada Adun Kajang selepas beliau menang Pilihan Raya Kecil (PRK) tetapi saya rasa ini bukan masalah.

"Ada banyak soalan tambahan boleh dikemukakan oleh Adun Kajang dalam sidang Dewan," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Annexe selepas selesai mempengerusikan sidang DUN di Shah Alam, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tetap konsisten dengan keputusan itu dan mencadangkan Wan Azizah menggunakan saluran melalui soalan lisan dan soalan tambahan.

Katanya, kesilapan itu perkara biasa yang juga dilakukan Adun lain setiap kali persidangan bermula.

"Isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana bukan soalan Adun Kajang saja ditolak.Memang ada ruang lain untuk beliau ambil bahagian," katanya.

Yeoh menolak semua 10 soalan yang dikemukakan secara bertulis oleh Wan Azizah kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan, iaitu soalan tidak boleh melebihi 40 perkataan sedangkan semua soalan yang dikemukakannya melebihi had ditetapkan.

Wan Azizah menghantar soalan paling banyak untuk dijawab oleh kerajaan negeri pada sidang DUN kali ini.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang pada 7 April lalu selepas memenangi PRK Kajang menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi. – 17 Jun, 2014. - TMI

Alasan "terlupa" sesuatu yang lapok dan tidak masuk akal melainkan sesuatu kepedihan yang sedang dialami pemerintahan Khalid di Selangor, Hannah selaku proksi DAP dalam PKR di Selangor cuba mengawal keadaan bilamana soalan yang diberi atas tiket Adun Kajang sebenarnya datang dari Anwar sendiri.

Mana mungkin anwar tak ajar bini dia melainkan dia sendiri ajukan untuk balun team Khalid dalam masa yang sama mahu mengambil alih kerusi MB suatu hari nanti. Hannah kena kawal situasi sebab sesama mereka sedang melondehkan satu sama lain.

terlupa konon....


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tolak Soalan Adun Kajang : Suara Azizah Dikekang DAP?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 17 June 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!