Monday, 2 June 2014

Staff FMT letak jawatan?!


Portal berita Free Malaysia Today (FMT), yang berusia empat tahun, dilanda peletakan jawatan kakitangannya, termasuk ketua pengarangnya, K Kabilan. 

Malaysiakini difahamkan bahawa peletakan jawatan berpunca daripada perbezaan pendapat antara pihak editorial dan pengurusan tingginya berkaitan pelbagai isu. 

Sumber-sumber mendakwa bahawa lebih 10 editor dan wartawan akan akan berhenti, meninggalkan hanya tiga hingga empat kakitangan untuk mengendalikan portal tersebut. 

Ia juga didakwa bahawa pihak pengurusan tidak membuat caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kakitangannya selama beberapa bulan. 

Bagaimanapun, sumber-sumber itu berkata pihak pengurusan bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu. 

Ketika dihubungi untuk mendapatkan komen, Kabilan mengesahkan beliau telah meletak jawatan tetapi enggan mengulas lanjut mengenai isu itu. 

Sementara itu, peletakan jawatan beramai-ramai itu juga dilaporkan di blog Uppercaise, yang dikendalikan oleh wartawan veteran Gobind Rudra. 

Blog itu mendakwa peletakan jawatan itu adalah ekoran masalah dalaman. -mkini

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Staff FMT letak jawatan?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 2 June 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!