Wednesday, 4 June 2014

SPR Senaja Biarkan Fakta Terus Dibelit Pembangkang?! #SPR #PRKtelukintan

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menjelaskan spekulasi yang sengaja ditimbulkan penyokong Pakatan Rakyat (PR) berhubung 'kertas undi lebih' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Sabtu lalu.

Beliau ketika dihubungi Antarapos berkata, tindakan penyokong pembangkang yang menyebarkan fakta palsu bersabit jumlah kertas undi berlebihan sehingga menyaksikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, adalah tidak bertanggungjawab.


Sehari selepas PRK Teluk Intan, pengguna laman sosial Facebook disajikan dengan beberapa fakta yang salah bersabit pilihan raya itu.

Pihak yang tidak bertanggungjawab mempersoalkan kenapa jumlah kertas undi dan jumlah pengudi yang keluar mengundi tidak sama.

Mereka berkata sepatutnya jumlah kiraan undi adalah 40,242 iaitu setelah dicampur pengundi awal (392 undi) dengan jumlah pengundi keluar mengundi (39,850 undi).

Namun apabila ditambah jumlah undi yang diperolehi DAP (19,919), jumlah undi yang diperolehi BN (20,157) dan undi rosak (505), ia nyata bercanggah, apabila mencatatkan angka 40,626 undi.

Mereka mempersoalkan mengapa terdapat lebihan 384 undi berbanding jumlah keseluruhan undi.

Kekeliruan bersabit perkiraan itu dipercayai berpunca daripada laporan akhbar berbahasa Inggeris yang melaporkan jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah 39,850, walhal setelah ditonton semula rakaman pengumuman keputusan pengundian, pada Sabtu lalu mendapati, pegawai pengurus pilihan raya langsung tidak menyebut mengenai angka tersebut.

Perkiraan rapuh itu mudah dipatahkan Aziz dengan berkata angka yang diperolehi pihak tidak bertanggungjawab itu tidak tepat.

Jelasnya, angka yang perlu diperhatikan rakyat Malaysia adalah jumlah keseluruhan kertas undi yang dikeluarkan SPR sebanyak 40,668 keping bukannya jumlah pengundi keluar mengundi pada hari berkenaan.

"Sebagai mana yang dimasukkan dalam Borang 16, di bawah Peraturan 27 Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1981) -- Jumlah pemilih 60,349.

"Jumlah kertas undi yang dikeluarkan dalam pengundian 40,668. Mah Siew Keong (BN) dapat 20,157.. Dyana Sofea Mohd Daud dari DAP dapat 19, 919.. Jadi jumlah undian oleh pemilih 40,076... iaitu apabila dicampurkan kedua-duanya," jelasnya.

Tambah beliau, daripada jumlah keseluruhan kertas undi yang dikeluarkan SPR, 543 undi daripada adalah undi rosak dan bukannya seperti yang didakwa pihak tidak bertanggungjawab itu iaitu sebanyak 505 undi.

Sebanyak 49 kertas undi dicatatkan tidak dimasukkan ke dalam peti undi (tidak dikembalikan kepada SPR setelah dikeluarkan), tegas Aziz.

Oleh itu kata Aziz, jumlah undi yang dimenangi oleh Mah (20, 157), dicampur dengan jumlah undi yang diperoleh Dyana (19, 919), jumlah undi ditolak atau rosak (543) dan bilangan kertas undi yang dikeluarkan tetapi tidak dimasukkan dalam peti undi (49); maka ia akan selari dengan jumlah kertas undi yang dikeluarkan iaitu 40,668 undi.

Jelasnya lagi, jumlah kertas undi yang dikeluarkan tidak sama dengan jumlah daftar pemilih adalah disebabkan peratusan yang keluar mengundi kecil iaitu 67.4 peratus. 

Mengulas lebih lanjut, Aziz turut melahirkan kekesalannya kerana penyokong parti pembangkang gemar mencari salah SPR sekiranya keputusan pengundian tidak memihak kepada mereka, sedangkan semua angka yang diperoleh SPR telah dipersetujui oleh wakil-wakil calon di setiap saluran.

Ujarnya lagi, sebelum pengumuman keputusan hendak dibuat, SPR gagal mendapatkan Dyana mahupun wakilnya untuk diterangkan mengenai perkiraan itu.

"Panggil calon DAP.. tak datang..wakil pun tak ada masa nak mengumumkan,"ujarnya.

Kata Aziz lagi, pihak yang mempunyai kekeliruan bersabit angka pengundian itu seharusnya mendapatkan penjelasan daripada SPR dan tidak membuat andaian membuta tuli.

"Kepada mereka yang suka menggunakan maklumat yang tidak lengkap, yang mereka sendiri tidak faham, elok bertanya kepada SPR. Jangan manipulasi yang bukan-bukan dan mengelirukan orang ramai,"katanya lagi.- SUMBER


Pak Aziz ini buat lawak ke apa?!

Dah tahu pembangkang tu memang kaki belit dan memutarkan fakta kenapa tidak diambil tindakkan? 

Setakat duk menyalak je tak bertegas sampai pencen la SPR kena nganjing dek pembangkang bahlul di Malaysia ini. Aku pun naik serabut duk betulkan yang bawah tapi yang atas pulak macam acuh tak acuh bila mempertahankan SPR sendiri.

Apa tindakkan SPR pada tuduhan pembangkang pada gambar ini?!

SPR perlu lakukan tindakkan tegas sejak dari PRU13 lepas haram satu pun tidak ada yang disabitkan salah adakah ini perkara yang SPR tidak ambil perduli, Tidak boleh ambil tindakkan kerana mereka berlindung sebalik akta dan undang undang yang dilenturkan oleh mereka sendiri?!

Jika ditanya aku : Siapa suruh kau duk betulkan orang?!
TAK ADA SIAPAPUN,ADE AKU MINTAK DUIT KAU KE?

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
SPR Senaja Biarkan Fakta Terus Dibelit Pembangkang?! #SPR #PRKtelukintan Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 4 June 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!