Monday, 9 June 2014

Sewa Tapak Bazar Ramadhan Mahal?!

Harga tapak bazar ramadhan wajar diletakkan dengan harga berpatutan sebab rata rata peniaga MELAYU/ISLAM dan ada yang cuba berniaga/pasar malam ini kali nak buat BONUS (sebab masa bazar inilah dapat pendapatan lebih dari biasa)

Jika harga tapak bazar diletakkan dengan harga yang tinggi, bagaimana pula peniaga yang baru mencuba dan mempunyai modal yang sedikit, YB PM mengadakan pinjaman,YA,Bagus! Tapi dipaw oleh Majlis Perbandaran/Daerah kononnya kos operasi, akhirnya KERAJAAN dituduh bagi PINJAM SIKIT dan PUNGUT SEMULA LEBIH. Adakah hanya bazar bulan puasa kos operasi melambung naik 500% berbanding bulan lain?!

Pada aku bulan puasa bulan penuh keberkatan, bayangkan apa jadi pada makanan berbuka puasa "direndahkan nilai" makanannya oleh peniaga kerana nak "cover" balik harga tapak?Siapa terasa dan siapa merasa?!

Pembeli : "makcik asal kueh apam ini kecik?"

Penjual : "Harga barang naik nak...ini pun makcik nak bayo tapak ini pun pegi gadai gelang cincin menikah pakcik norodin kau..tulah kau pangkoh UMNO bla bla bla..."

Tak pasal UMNO kena...kan kan kan?!

Ada penyamun versi kunta kinte JUAL TAPAK BAZAR RAMADHAN


ALOR SETAR: Kurang tiga minggu lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadan.

Bagaimanapun di Kedah tindakan sesetengah penyewa tapak perniagaan bazar Ramadan yang mengambil keuntungan “atas angin” berjaya dikesan apabila ada di antara mereka yang terbabit menjual semula tapak tersebut pada harga yang jauh lebih tinggi.

Perkara itu dijelaskan, Setiausaha Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Mohd Asri Redza, yang mendakwa ada di antara peniaga yang memohon tapak bazar Ramadan daripada MBAS kemudiannya menjual semula kepada pihak ketiga bagi mengaut keuntungan mudah.

Mohd Asri turut mengakui wujudnya gejala penipuan itu malah pihak MBAS sendiri telah menerima beberapa adauan daripada pihak yang terinaya.

Penipuan ini dikenalpasti apabila terdapat sesetengah peniaga yang didakwa mempunyai hubungan baik dengan penyewa iaitu pihak ketiga seperti rakan karib, saudara mara mahupun kenalan dan pihak ketiga itu pula bersetuju menyewa tapak berkenaan berdasarkan harga yang ditetapkan kerana mereka yakin mampu memperoleh pulangan perniagaan yang berganda.

Jika sebarang pengaduan dibuat, pihaknya sedia turun padang bagi melihat serta menyelesaikan masalah terbabit.

Sehingga kini pihaknya sedang mengenalpasti jumlah berkaitan perkara itu ekoran terdapat penyewa asal yang telah menjual semula tapak berkenaan atas dasar persetujuan yang dibuat antara mereka.

Dalam perkara yang sama, Mohd Asri menegaskan lokasi yang diberikan oleh MBAS kepada peniaga untuk menjalankan aktiviti pada bulan Ramadan kebanyakkannya sesuai serta strategik selain mempunyai pengunjung yang ramai.

Jumlah keseluruhan tapak untuk bazar Ramadan yang disediakan pihak MBAS pada tahun ini ialah 1,602 tapak yang merangkumi 1,364 tapak bagi jualan juadah berbuka puasa manakala selebihnya bagi jualan pakaian serta perkakas sambutan Aidilfitri.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Sewa Tapak Bazar Ramadhan Mahal?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 9 June 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!