Monday, 9 June 2014

Najib Saman Malaysiakini - Hak Asasi Manusia

Tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman fitnah terhadap portal berita Malaysiakini dan dua pengarangnya adalah satu langkah yang dituntut dalam menjamin hak asasi manusia presiden Umno itu, kata Tan Sri Dr Rais Yatim.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan itu berkata sebagai seorang yang bermaruah dan merasakan dirinya telah dimalukan dengan sangkaan jahat, Najib, yang juga perdana menteri, tentu sekali mahu namanya dan nama partinya dibersihkan.

Venue (tempat) terbaik dan paling sesuai untuk berbuat demikian ialah mahkamah, katanya dalam kenyataan di sini hari Sabtu.

"Mengambil tindakan mahkamah lantaran teraniaya, difitnah, ditipu dan sebagainya adalah satu langkah yang dituntut di sisi hak asasi manusia," tegas Rais.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam Christopher Leong hari ini yang menggesa Najib dan Umno membatalkan saman fitnah itu.


Rais berkata kenyataan itu secara jelas menunjukkan badan berkenaan sudah turun padang bermain politik, dan seolah-olah tidak lagi mengambil kira hak asasi manusia seseorang yang mahu mendapatkan keadilan di mahkamah.

"Apakah Majlis Peguam sudah lupa undang-undang yang mereka sendiri dakwa hendak ditegakkan? Kini terbukti peranannya sebagai pengamal politik murahan," katanya.

Pada 30 Mei, Najib selaku presiden Umno dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan saman fitnah terhadap syarikat, ketua pengarang dan ketua editor laman web portal Malaysiakini menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini berhubung penerbitan dua artikel bulan lepas.

Najib dan Ab Rauf (bagi pihak Umno) menamakan syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd, Ketua Pengarang Steven Gan dan Ketua Editor Fathi Aris Omar sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dalam pernyataan tuntutan, Najib dan Ab Rauf mendakwa ketiga-tiga defendan telah melapor, mengeluar dan membenarkan penerbitan dua artikel berasingan bertajuk 'A case of the PM reaping what he sows' dan 'How much will Najib spend to keep Terengganu?'.

Kedua-dua artikel itu didakwa diterbitkan pada 14 Mei lalu.- BERNAMA


Seorang yang mengepalai majlis peguam yang jelas bias kepada pembangkang seperti mana yang didakwa oleh saudara Buzze Azam yang pernah membandingkan kehebatan Presiden Bar Council ini dengan Perdana Menteri Malaysia yang mana Presiden Bar Council lebih HEBAT daripada Perdana Menteri.

Itu pasal Christopher ini berani dan angkuhnya menyelar PM bila tindakkan undang-undang mahu dikenakan kepada 3 individu yang terbabit dalam menfitnah Perdana Menteri Malaysia?!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Najib Saman Malaysiakini - Hak Asasi Manusia Daeng Selili Rating: 5 Monday, 9 June 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!